Angel Wing Heart

18 February 2011

Mana Perginya SYG & Tanggungjawab seorang SUAMI?



Salam. Tengok berita-berita yang ada sekarang ni? Lepas kes buang bayi yg menjadi-jadi , skg kes Suami pulak yang pukul isteri.. Sangat-sangat teruk dunia sekarang.. =_=
Bukan aku nak cakap aku ni sgt baik & terbagus.

Tidak.

Aku nak cakap mengenai dunia yg berlaku skg ni.

Sedih tak kalau kamu sndiri yg lihat seorang isteri kena tendang sampai keguguran?? :'(
Mesti perit seorang isteri yg diperlakukan seperti tu kan?
Biasa lah gaduh itu asam garam kehidupan. Tapi ..
Beragaklah sampai nak ditendang , ditampar , dihina. sampai sanggup kehilangan zuriat sendiri..
ZURIAT HALAL mereka sendiri..

Ya Allah , kadang-kadang aku terfikir knp seorang suami tak cukup sabar dgn kerenah isteri mereka? Knp ye? Sedangkan zaman muda penuh dgn ayat-ayat cinta.. sampai sanggup bagi kata-kata janji.. tapi bila dah kahwin , sebaliknya pulak yg berlaku..


Rasulullah yang menyeru umatnya supaya berlaku baik dan berlembut dengan ahli keluarga sebagaimana sabda Baginda yang berbunyi:-

Maksudnya: Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaqnya dan paling lembut terhadap keluarganya.

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Bukan aku nak cakap semua suami tak baik.
BUKAN. Cuma segelintir je yang buat aku rasa terkilan sangat.. :(
Dalam hadis pun ada beritahu , kalau nak pukul isteri , pukul cara mendidik.
Bukan pukul menyakiti isteri.

Islam juga telah meletakkan syarat dan had tertentu terhadap kuasa untuk memukul yang ada pada seseorang suami. Perkara ini jelas berdasarkan

Firman Allah s.w.t. di dalam Surah an-Nisa’ 4 : 34

Maksudnya: Wanita-wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatlah mereka dan pisahkanlah dari tempat tidur mereka dan pukullah mereka, kemudian jika mereka mentaatimu janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa pukulan hanyalah peringkat ketiga setelah diberi nasihat dan dipisahkan tempat tidur. Begitu juga, pukulan yang dibuat hendaklah mengikut adab dan bukannya pukulan secara melulu. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya (juzu’ 5 m/s 172) menyatakan bahawa pukul dalam ayat ini adalah ‘pukul adab dan maksud daripadanya ialah memperbaiki bukan yang lain, seperti memukul bapa akan anaknya kerana belajar al-Quran’.

Kesimpulannya, hak untuk memukul yang diberikan oleh

Syarak hanya boleh digunakan jika:-

(a) Isteri nusyuz

(b) Tindakan menasihati dan memisahkan tempat tidur telah dilakukan

(c) Memukul dengan pukulan untuk mendidik dan bukan untuk menyakitkan


Seorang suami yang memukul kerana nafsu amarahnya atau kerana sikap panas baran dan cemburu butanya serta bukan atas dasar yang telah ditentukan oleh Hukum Syarak. Dalam erti kata lain, Suami telah menyalahgunakan haknya di mana pukulan yang dilakukan adalah berbentuk menzalimi dan bukannya mendidik.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:-

Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan akulah yang paling baik kepada isteriku.

(Riwayat al-Tirmizi)


Berdasarkan hadis-hadis ni , tahukan isteri tu berharga buat suami? Bukan untuk di zalimi..
Yang ni satu berita yang aku sedut dari metro ..
Amat Tragis ..
Keguguran , suami tak tahu . :'(


METRO

Moral : Jaga lah isteri & hargai seorang insan bergelar isteri.. Limpahi mereka dgn kasih syg anda :)

P/s : Kadang-kadang aku terfikir takut utk kahwin ! :(

INFO HADIS : kreadit untuk raudhuan- jurnal hukum

15 February 2011

Salam Maulidur Rasul & Selamat Hari Lahir Mak :)




Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam..:)
Mungkin tak terlambat lagi nak ucapkan salam ini ye??
hehhee..


Maulidur Rasul jgk jatuh tepat pada tarikh lahir mak yg tercinta;
PN. NOORAMAL SULAIMAN :)

Hari ni besday mak yg ke-43 tahun..
muda lagi u mak aku..
HAHAHA :P

ehem.. Aku dah plan dari awal januari lagi..:)
ok, cupcakes ni aku tempah dari cik fizah , rakan sekolah aku dulu...:)

Saja nak merasa BUATAN tgn si gadis manis ni..hehehe
Bertuah btl sape dpt cik fizah ni...hehehe
fizah , jgn marah yee,,,
:D





Famly ckp sedap & cantik fizah buat..
Tu la.. wani dh ckp , cntik je hiasan nye....ok la tu kn...
Dari wani ni , ha..langsung tak pandai buat kek..
:D

Thks to cik fizah...sebab sudi amik tempahan dari wani..
Nanti boleh tempah lagi..ye tak?? ;p

Last , Wani ucapkan Selamat Hari Lahir MAk..
Semoga diberkati & pjg umur selalu...
Dimurahkan rezeki & bahagia selalu..
Wahh..byk pulak nk wish :p

Apa cerita BUBU & LULU ?
Semalam aku dah beli tempat bekas makan dowg yg besar siket...
Pastu cari alfafa HAy , kedai tu tak ada jual pulak..:(
Jual pallets je...aku pun beli jgk sekali dgn botol minum nye...
Yela , ada dua ekor ni.. berebut..sian pulak kn...:)
Dowg ni memang memilih bab mkn..
pallets pun kurang mkn..
carrot lagi la tak nak.. ngade
nak alfafa hay je...
nak tau apa alfafa tu?
rumput yg di import..
bau rumput ni mcm bau TEH.. best je baunye..sebab tu arnab2 aku ni suka..
CISS!


ALFAFA HAY

LADANG ALFAFA HAY

Ni alfafa hay yg siap utk di makan...eh , bkn manusia yg mkn..tp rabbit..HAHAA ;p

(BUKAN ARNAB JE BOLEH MKN , HAIWAN LAIN MCM KUDA PUN BOLEH)

mhl siket la..
hari tu beli 800g je dh rm18..
pastu beli lagi yg 1kg - dpat rm 15...


Erm... Si LULU tak sihat...dye cirit..!
sian dye...
Aku bagi ubat cecair cmpur dgn air...
Hope cpt sembuh...

P/S : CHECK2 KELENDER SIAPA PULAK BIRTHDAY BULAN AKAN DTG ? :D

KORANG.. TOLONG VOTE KAN ARNAB SAYA BOLEH?? TGK SIDEBAR KANAN ATAS YE..:)

NAH !! KUCING UTK KORANG !! AMBIK2..HAHAHA.. :P
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol