Angel Wing Heart

28 March 2011

Misteri Deja Vu . Perasaan apabila anda terasa pernah ke tempat ini atau kejadian ini pernah berlaku..


Assalammualaikum.

Korang pernah dengar mengenai Deja Vu ?

Tak pernah ? atau pernah ?
Meh , aku terang kan.

Aku rasa kebanyakan manusia pernah alami perasaan ini termasuklah aku.
Kadang-kadang aku terfikir ,



"Eh , Aku rasa aku pernah pergi tempat ni semalam! betul tak tipu. aku pernah nampak dan alami sama macam sekarang ni !


hahahaha!

agak2 korang pernah tak jadi camtu ? Aku pernah. :)
Inilah yang dinamakan DEJA VU .

Deja Vu dikenali sebagai 'paramnesia' atau 'memori khayalan'. Dalam bahasa Perancis, bermaksud 'pernah melihat'.

Adakah memori itu petanda bahawa kita telah kembali ke masa lampau atau ia cuma kebetulan?

Misteri ini terbongkar , menurut teori sensasi optik. Walaupun perhatian mata kita tertumpu di hadapan, tanpa disedari pandangan sisi mata sebenarnya telah merakam peristiwa dan suasana sekeliling . Rakaman itu kemudiannya di simpan dlm memori sehingga menimbulkan perasaan 'familiar'. Orang buta juga boleh merasai perasaan Deja Vu ini melalui deria bau , pendengaran dan sentuhan.

Otak menyimpan informasi tentang segala kondisi di sekeliling kita. Sebagai cth , jika kita berjalan di tepi pantai sambil bercakap dgn seseorang , perhatian kita pada masa itu tidak tertumpu pada suasana sekeliling. Padahal otak kita merakamkan suasana itu secara tidak sedar....

Dah faham ? ok ini sekadar teori sahaja... Mungkin sekadar ilusi atau lain-lain. ..Tapi aku rasa aku nak alami Deja Vu ini.... macam...........



" Aku rasa aku pernah kahwin ! betul tak tipu ! baru semalam kahwin !! "

*PENGSAn!*

Kahkahkah . Kompem kena pelemPang ! heeeee~~~

27 March 2011

Kucing bantu kawal tekanan darah tinggi?


Assalammualaikum.

Seekor kucing mampu mengawal tekanan drh tinggi ?
Yup , sudah semestinya.

Menurut penyelidikan Prof Karen Allen , London ;
Seseorang yg membela kucing kurang berpotensi mendapat penyakit drh tinggi dan stress.
Malah seseorang yg membela seekor kucing dapat mengawal penyakit seperti ini.



Haiwan ini memberikan pengaruh psikologi yang menenangkan tekanan dan dengupan jantung. Kucing adalah haiwan yg terbaik memberikan psikologi terhadap manusia.

namun begitu , haiwan ini juga boleh membawa penyakit kepada pemiliknya sendiri seperti Asma , Tokso , dan Rabies . Oleh itu , setiap pemilik mestilah sentiasa peka dgn kebersihan kucing tersebut dan dijaga sebaik mungkin supaya terhindaar dgn penyakit ini.


Mitos juga ada menyebut , kucing adalah haiwan yg mempunyai 9 nyawa. Gelaran ini diberi kerana kucing masih mampu hidup walaupun terjatuh dari tempat yg tinggi .



Fakta Kucing :

  • Rekod kucing terberat dipegang oleh Himmy. Pemiliknya bernama Thomas Vyse dari Queensland , Australia. Beratnya mencapai 20 Kg.
  • Seekor kucing betina bernama Dusty dari Bonham, Texas adalh kucing paling produktif. Telah melahirkan 420 ekor kucing !!
  • Rekod kucing jatuh dari tempat tinggi adalah bernama Andy dari Florida. Pada tahun 1970 kucing tersebut jatuh dari tingkat 16 dan ia masih hidup !
  • Kucing tertua lahir pada tahun 1939 ( berumur 36 thn ) yg bernama Puss.



Menarik bukan ? OK , tarikh tutup contest gambar pets paling comel akan
close 31 April 2011 ini...

Belum terlambat untuk join ok!! :)

Rambang mata nak pilih mana yg terbaik !! kesemua nya sangat comel !! :)

Pemenang akan di umumkan 3 April 2011 ..... Gud Luck semua!!

Nak join contest ni ? Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut......:)




 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol