Angel Wing Heart

08 April 2011

Bayi Jantung di luar . Saksikan kalau anda berani .


 Bayi jantung diluar . Berharap pembedahan dapat dijalankan dgn selamat . 

Selanjutnya .....

JOHOR BAHRU - Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri. 

Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan.

Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan.
Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya.

Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi.

Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL. - Kosmo


Bawah ni video seorang bayi yang seakan seperti berita di atas. Tapi tak sure lah bayi yang berlaku sekarang ni ke atau bukan. . Bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang ..

Yuyu Zulaikha : Ferrero Random GiveAway


Jom , jom pakat ramai-ramai join giveaway dari cik Yuyu kita ni .. heee~~ sapa taknak hadiah Free kan ? Senang je nak join , tak payah selitkan banner ni kat side mana-mana dalam entri pun dah cukup ! Tak payah taip panjang-panjang tapi aku nak jugak taip panjang-panjanggggggg... hehehe... Cuma ceritakan pasal Cik Yuyu ni dalam entri ni . 

First , Cik Yuyu ni aku kenal memang comel , cantik , cun orangnya . Menaip blog pun sgt simple tapi menarik :) Kalau jadikan isteri kira beruntung gitu .. hehhee... Blognya pun kemas dan tak berat nak loading . Yang penting entri dalam blog tu . :) Rasanya ni jela kot nak cakap. Panjangggggggggg tak saya taip ? KEHKEHKEH.

Hadiahnya sangat best ok . Bestttttttttttttttt sgt dan Banyakkkkkkkkkkkkkkkk!! hehehe.. Harap2 random.org bagi saya tuah. cyehhh! Ok, tag untuk semua bloggers..... miahahahhaha . BYE! :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol