13 April 2011
Klinik guna rokok rawat kanser
SEORANG kakitangan menghisap rokok yang digunakan untuk merawat penyakit kanser di klinik Griya Balur, Jakarta baru-baru ini.
JAKARTA - Klinik Griya Balur di sini menyediakan perkhidmatan merawat penyakit kanser dengan menggunakan asap rokok yang dihembus ke dalam telinga dan mata selain tiub ke dalam paru-paru si pesakit.
Menurut pengasas klinik tersebut, Dr. Gretha Zahar yang memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi nano dari Universiti Padjadjaran, Bandung, dia sudah merawat 60,000 pesakit sejak dekad lalu.
Dia percaya, dengan memanipulasi raksa dalam asap rokok, ia akan dapat mengubat semua pesakit termasuk kanser selain memperlahankan proses penuaan.
"Merkuri merupakan punca semua penyakit. Dalam rokok saya, terdapat pencari bahan (raksa) yang menarik raksa dari tubuh," katanya. - AFP
12 April 2011
Menarik! Ada Universiti Blogger Malaysia!
Weyh , ada UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA lah !!! menarik ni... sejak aku praktikal , dah lama tak makan dengan asgmnt ! KAHKAHKAH . jom ramai-ramai kita lapor diri dalam universiti yang baru sahaja ditubuhkan . :)
Dah dapat 1st agmnt dari UBM ni , mari perkenalkan diri aku :) Sesi Orentasi ....hihihihi ..
Yang ni lah banner UNIVERSITI BLOGGER MALAYSIA ...
First , nama saya Syazwani Bt Mazlan (malu2 kucing niee.... sesi mengorat dah bermula :p )Umur ? dah tahu kott....eceeyyh..Nama blog saya , dulu ' Apa Kata Hati? ' sekarang dah tukar kpd nama sendiri je lebih afdal katakan.. " SYAZWANI MAZLAN" boleh jugak panggil SM jee.. miaahahahaa :pMula berblog sejak tahun JUNE 2009, bulan JUNE tu jugaklah bulan kelahiran saya ..hehehe..
Stop mengenai diri saya , So , kita buat sesi pndangan pula yekk... Mengenai dunia blog masa kini. Kalau nak diikutkan , sudah banyak blog-blog yang telah ditubuhkan . Kebanyakkannya menceritakan tentang diri sendri (personal) , politik , isu semasa dan lain-lain lagi. Yang saya lihat mengenai dunia blog sekarang , kebanyakkan bloggers nak untung . Maksudnya melalui berblog ni , dapatlah jugak duit sampingannya kan? :) macam saya lah kot? KAHKAHKAH :P
Ok , pandangan saya mengenai IPTA maya yang baru sahaja ditubuhkan , saya agak teruja juga baca artikel mengenai benda baru ni. Biasalah manusia, kalau benda baru , mesti nak cuba . Tapi janganlah cuba benda yang bukan-bkan pulak kan? hihihi.. Memang menarik Universiti Blogger Malaysia ni .Kali pertama dengar/ tahu . Apa-apa pun banyakkan lagi 'assgmnt2' yang best2. Duit LOAN , jangan lupa bagi yee...hihihi..
Sekian . Harap terimalah pelajar seperti saya ..hihihihi :p
Bloggers yang lain , boleh join tau.. cepat2.. kita buat asgmnt sama2 ..:p Info lanjut di bawah ni ... :)
Bersempena dengan pembukaan rasmi Universiti Blogger Malaysia, pihak pengurusan sangat mengalu-alukan kehadiran para siswazah sekalian. dan bersempena itu juga, pihak pengurusan ingin mengadakan satu Minggu Orientasi sebagai pembuka acara bagi universiti kita ini.
Macam biasa lah. tak kenal maka tak cinta. so, untuk minggu orientasi ini, pihak universiti hanya ingin para siswazah sekalian untuk memperkenalkan diri anda masing-masing. berikut antara butir-butir yang perlu diisi secara mandatori (wajib) :
letakkan banner UBM dalam entry anda. nama anda dan nama blog anda.- sejak bila mula berblog.
apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini. pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
Tarikh Tutup bagi penyertaan ini : 13 April 2011 (rabu)
Pendapat terbaik akan dikongsikan sebagai entry khas di UBM. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan-rakan yang lain menyertai Minggu Orientasi ini dan sekaligus menyertai universiti kita ini dengan menyebarkan kepada mereka mengenai perkara ini (tag).
UBM : sila tinggalkan link penyertaan orientasi anda didalam ruangan komen.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)