Angel Wing Heart

28 April 2011

Berpelukan elak dihanyut ombak besar.


DUA orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu (dalam bulatan) ketika ombak gergasi melanda sebuah jeti di Castlerock, Ireland Utara.

CASTLEROCK, Ireland Utara - Seorang jurugambar, Tam Mullen berjaya merakamkan sekeping gambar yang menunjukkan dua orang gadis memeluk erat sebatang tiang lampu bagi mengelak daripada dihanyutkan ombak besar yang muncul secara tiba-tiba dari laut di sebuah jeti di sini pada Isnin lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mullen yang kebetulan berada berhampiran kawasan jeti itu sempat merakamkan aksi dua gadis yang ketakutan dan berpeluk di sebatang tiang lampu ketika ombak besar menghampiri mereka.
Dua gadis itu bernasib baik kerana mereka tidak dihanyutkan ke laut. 

Mereka kemudian dilihat bergegas meninggalkan jeti tersebut dalam keadaan gembira kerana terselamat. - Agensi

25 April 2011

Bapa CD meninggal dunia


NORIO OHGA memegang cakera mini Sony pada bulan Mei 1991 di New York.

TOKYO - Bekas Presiden Sony, Norio Ohga yang membantu mengubah industri muzik dengan memajukan format cakera padat (CD) meninggal dunia semasa berumur 81 tahun.

Graduan sekolah muzik itu yang menjadi presiden dari 1982 hingga 1995 meninggal dunia pada Sabtu lalu kerana kegagalan beberapa organnya berfungsi.

Di bawah kepimpinan Ohga, Sony merevolusikan industri muzik dengan format CD pada 1982 bersama dengan syarikat Royal Philips Electronics.

Keputusannya untuk membeli syarikat Columbia dengan harga AS$3.2 bilion (RM10.21 bilion) pada 1989 sekali gus menjadikan Sony sebagai konglomerat hiburan.

Dia turut mereka bentuk logo Sony dan pada zaman pentadbirannya, syarikat itu memasuki pasaran permainan video.

Pada 1993, Ogha melancarkan syarikat Sony Computer Entertainment Inc yang terlibat dalam pasa-ran permainan video yang didominasi syarikat Nintendo dan Sega. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol