Assalammualaikum.
Hye peeps! Siapa tau mengenai FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9) ni? Okey, aku dapat tau pun dari Bff aku bum. Thank youu sebab bagitau. Tapi kalau dia nak masuk, boleh aje. Cuma aku kurang berkeyakinan pulak. Bukan calang-calang nak masuk tanding ni.hehehe. So, kawan-kawan yang lain...pe lagii.. serbulah. menarik nih.

 
 1.0 PENGENALAN
 
 Penganjuran
 FFVPM9 tahun 2011 yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA boleh
 diumpamakan seperti “sireh pulang ke gagang”. Universiti Teknologi MARA
 merupakan tuan rumah penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar 
Malaysia yang pertama pada tahun 2003 dan setelah sembilan tahun 
berlalu, akhirnya Universiti Teknologi MARA dengan bangganya sekali lagi
 dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran FFVPM yang cukup 
berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan filem dan video 
pelajar-pelajar IPT. 
 
 FFVPM9 merupakan penganjuran festival 
berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihatkan penglibatan 
pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Filem, 
Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama 
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga 
merupakan satu himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi 
mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu acara berbentuk 
akademik yang akan berlangsung mulai 21 – 23 Jun 2012. 
Berteraskan pada 
iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi 
satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang merapatkan 
industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan perfileman.
 Menerusi penganjuran festival ini, pelbagai perancangan aktiviti 
akademik seperti pertandingan, pameran, wacana, bengkel, seminar dan 
persembahan termasuk penayangan hasil-hasil karya kreatif 
pelajar-pelajar IPT Malaysia akan dipersembahkan kepada khalayak yang 
akan berlangsung di tiga (3) lokasi utama  Universiti Teknologi MARA 
Shah Alam yang berdekatan iaitu
 1) Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC),
 2) Dewan Sri Budiman (DSB)
 3) Dewan Annexe, 
 
 Pada Malam Kemuncak Anugerah FFVPM9, hasil karya kreatif 
pelajar-pelajar fakulti akan dipertandingkan dan dianugerahi menerusi 
kategori-kategori pencalonan yang mirip dengan anugerah pencalonan 
festival tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu, Malam Anugerah 
FFVPM9 2012 juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang 
diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping jemputan 
tetamu-tetamu VIP, 100 jemputan artis dan selebriti tempatan yang akan 
mewarnai acara malam tersebut.
 
 2.0 MATLAMAT
 
 Matlamat FFVPM9 ini dianjurkan adalah bertujuan:
 i. Untuk memupuk sikap terkebukaan dan bertanggungjawab dalam 
merangsang penerapan nilai budaya, warisan bangsa dan sejarah Malaysia 
selaras dengan citarasa manusia sejagat menerusi filem;
 ii. Untuk 
mengukuhkan kefahaman sosio-budaya bangsa Malaysia sebagai menjamin 
pendidikan perfileman Negara yang mempunyai latar kuat dan halatuju 
tepat;
 iii. Memupuk kesedaran dan kepekaan warga muda dan mahasiswa 
terhadap pentingnya peranan filem dalam mencapai hasrat tersebut itu 
yang perlu disemai secara sistematik dan berterusan;
 iv. Supaya 
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang 
perfileman bagi membolehkan mereka menghargai filem dan sumbangannya 
dalam pembangunan Negara sebelum mereka menerokai alam pekerjaan yang 
sebenar; dan
 v. Untuk membantu usaha mempertingkatkan guna tenaga mahir dalam industri perfileman.
 
 3.0 OBJEKTIF
 
 Objektif FFVPM9 adalah seperti berikut:
 i. Bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap hasil kerja pelajar-pelajar menerusi filem-filem yang menyertai acara ini;
 ii. Bagi menggalakkan penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi   
di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan atau jurusan 
perfileman / komunikasi / multimedia;
 iii. Bagi mencungkil bakat penghasilan filem di kalangan tenaga-tenaga muda;
 iv. Memberi kesempatan bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan 
silatulrahim di kalangan pelajar-pelajar IPT dengan 
organisasi-organisasi perfileman seluruh Negara;
 v. Memperkembangkan keupayaan menikmati, menilai, membuat analisis serta membicarakan hasil karya dan penghasilan filem; dan
 vi. Memperkembang daya komunikasi dan interaksi serta mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman.
 
 4.0 PENYERTAAN
 
 Penyertaan adalah dibuka kepada semua pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia termasuk para pelajar Sekolah-Sekolah Seni Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik
 SINI & 
EVENT . Good Luck! (Semua pelajar perfileman boleh join ok!)
 
P/S : Kalau ada masa nanti, aku update mengenai projek akhir aku : Program TV eyh.. :) bye!