Angel Wing Heart

23 May 2012

FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9)


Assalammualaikum.

Hye peeps! Siapa tau mengenai FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9) ni? Okey, aku dapat tau pun dari Bff aku bum. Thank youu sebab bagitau. Tapi kalau dia nak masuk, boleh aje. Cuma aku kurang berkeyakinan pulak. Bukan calang-calang nak masuk tanding ni.hehehe. So, kawan-kawan yang lain...pe lagii.. serbulah. menarik nih.




1.0 PENGENALAN

Penganjuran FFVPM9 tahun 2011 yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA boleh diumpamakan seperti “sireh pulang ke gagang”. Universiti Teknologi MARA merupakan tuan rumah penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang pertama pada tahun 2003 dan setelah sembilan tahun berlalu, akhirnya Universiti Teknologi MARA dengan bangganya sekali lagi dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran FFVPM yang cukup berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan filem dan video pelajar-pelajar IPT. 

FFVPM9 merupakan penganjuran festival berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihatkan penglibatan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga merupakan satu himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu acara berbentuk akademik yang akan berlangsung mulai 21 – 23 Jun 2012. 

Berteraskan pada iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang merapatkan industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan perfileman.

Menerusi penganjuran festival ini, pelbagai perancangan aktiviti akademik seperti pertandingan, pameran, wacana, bengkel, seminar dan persembahan termasuk penayangan hasil-hasil karya kreatif pelajar-pelajar IPT Malaysia akan dipersembahkan kepada khalayak yang akan berlangsung di tiga (3) lokasi utama Universiti Teknologi MARA Shah Alam yang berdekatan iaitu
1) Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC),
2) Dewan Sri Budiman (DSB)
3) Dewan Annexe, 

Pada Malam Kemuncak Anugerah FFVPM9, hasil karya kreatif pelajar-pelajar fakulti akan dipertandingkan dan dianugerahi menerusi kategori-kategori pencalonan yang mirip dengan anugerah pencalonan festival tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu, Malam Anugerah FFVPM9 2012 juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping jemputan tetamu-tetamu VIP, 100 jemputan artis dan selebriti tempatan yang akan mewarnai acara malam tersebut.


2.0 MATLAMAT

Matlamat FFVPM9 ini dianjurkan adalah bertujuan:

i. Untuk memupuk sikap terkebukaan dan bertanggungjawab dalam merangsang penerapan nilai budaya, warisan bangsa dan sejarah Malaysia selaras dengan citarasa manusia sejagat menerusi filem;
ii. Untuk mengukuhkan kefahaman sosio-budaya bangsa Malaysia sebagai menjamin pendidikan perfileman Negara yang mempunyai latar kuat dan halatuju tepat;
iii. Memupuk kesedaran dan kepekaan warga muda dan mahasiswa terhadap pentingnya peranan filem dalam mencapai hasrat tersebut itu yang perlu disemai secara sistematik dan berterusan;
iv. Supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang perfileman bagi membolehkan mereka menghargai filem dan sumbangannya dalam pembangunan Negara sebelum mereka menerokai alam pekerjaan yang sebenar; dan
v. Untuk membantu usaha mempertingkatkan guna tenaga mahir dalam industri perfileman.


3.0 OBJEKTIF


Objektif FFVPM9 adalah seperti berikut:

i. Bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap hasil kerja pelajar-pelajar menerusi filem-filem yang menyertai acara ini;
ii. Bagi menggalakkan penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan atau jurusan perfileman / komunikasi / multimedia;
iii. Bagi mencungkil bakat penghasilan filem di kalangan tenaga-tenaga muda;
iv. Memberi kesempatan bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan silatulrahim di kalangan pelajar-pelajar IPT dengan organisasi-organisasi perfileman seluruh Negara;
v. Memperkembangkan keupayaan menikmati, menilai, membuat analisis serta membicarakan hasil karya dan penghasilan filem; dan
vi. Memperkembang daya komunikasi dan interaksi serta mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman.


4.0 PENYERTAAN

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia termasuk para pelajar Sekolah-Sekolah Seni Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI & EVENT . Good Luck! (Semua pelajar perfileman boleh join ok!)

P/S : Kalau ada masa nanti, aku update mengenai projek akhir aku : Program TV eyh.. :) bye!

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol