Lama kan tak nampak aku post entri baru dalam blog aku ni? teheeee~ Sekarang dah sapu-sapu habuk & sawang dalam blog.. *dush2* Ada lah ubah-ubah sikit. Tak banyak ubah sangat pun. Kang macam bebudak lak blog aku nih. ngeee~ Oh yee. lagu pun memekakkan korang sekarang ni. hehehe. Apa leh buat, aku saje je nak bagi meriah blog ni. kahkahkah. Dengar-dengar ada orang rinduuuuuuuu bangat dengan blog aku. Sampai suruh aku post entri baruuuuuuuu. *terharu. Lap tisu kat muka* hehe
Eyh........kejap! Suami Awesome saya? erk. Tajuk nak gempak. Kasik orang lelaju nak bukak blog aku nih. kakakaka. ada ke yang nak tauuuuuu? HAHAHA, tunggu ada kat bawah ni. Sambung balik cerita. Sediakan snek sekali kat tepi korang okey. berjela nih. kakakakaka.
Eyh........kejap! Suami Awesome saya? erk. Tajuk nak gempak. Kasik orang lelaju nak bukak blog aku nih. kakakaka. ada ke yang nak tauuuuuu? HAHAHA, tunggu ada kat bawah ni. Sambung balik cerita. Sediakan snek sekali kat tepi korang okey. berjela nih. kakakakaka.
Alhamdullilah results semester akhir dah pun keluar dua hari lepas. Dan sekali lagi AKJ (budak poly je tauu) even menurun sikit. Takpe lah, mungkin takde rezeki. Bersyukur je :). Asalkan tak jejak lagi tempat study tu dah. kikiki. Tak sabar nak konvo tahun depan. yeahh. Sekarang ni aku tengah tunggu transkrip akhir tu boleh ambil atau disah gunakan untuk mintak kerja tetap atau tak. Tu yang buat aku pening. Dahlah poly aku tu jauh ke utara. Fyuuu~ Kalau nak mintak kerja tetap atas kelulusan aku, memang tak boleh lah sekarang ni disebabkan tiada diploma lagi. hurmmm. Sementara ni, aku kerja kerani dulu . Tu pun macam tak berbaloi. Yelah, hari sabtu pun kerja fulltime. Bukannya half day. Peliks Ok. Disebabkan tu, aku pun tengah mencari dan cari lagi kerja yang lagi better. Takpelah. Memula ni dulu, memanglah susah sikit.
Barulah aku tau macamana susahnya orang nak cari kerja. So, yang tengah study tu...ha, ready jela. Menggelupur nak cari. Memang tak boleh nak memilih sangatlah sekarang ni. Kawan-kawan aku pun ada yang nak sambung degree. Congrat ya. Aku taknak sambung lagi laahh. Mood nak study pun takde. kuikuikui. Diaorang pun ada yang mengajak sambung deg. tapi nantilah... sekarang mood nak kerja cari duit je. kikiki. Ayah aku pulak kata, kalau nak sambung tu boleh. sambil kerja tu, sambunglah. Adei. Malas lah. kerja , pastu study. hurm. Kalau kerja gomen, agak berbaloi lah nak sambung. Yela, kau dah kerja situ, sambung pulak degree, puhh naik pangkat jadi pegawai terus! masyukkk! hehehe.
Sekarang ni, pelan-pelan lah dulu kan. Ada rezeki tak ke mana. Kalau dah tertulis itu rezeki untuk kita, buatlah macamana pun orang nak halang rezeki tu, rezeki tu tetap untuk kita dan datang kat kita.. :)
Eyh, alang-alang aku post entri baru ni, ha... aku nak share tentang ciri2 lelaki mengikut UAI. Tak berat mana pun. Yang sederhana pun ok. Islam itu mudahkan. Cuma kita yang merumitkan.
Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...1. Solat fardhu cukup 5 waktu.2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,apatah lagi mandi-mandi yang lain.5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abangtaw..”10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.15. Jenis senyum sokmo.16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)#UAI
Got it girls? hikhik. Maybe ada jugak yang aku tak beberapa setuju sangat. Macam no. 2 . hurmm. Kalau kat tempat aku ni, mana cukup 1500 tu. memang tak. Susah wooh hidup kat bandar nih. Kalau nak senang, kita duduk dalam hutan jelah ye. Jadi tarzan. Kakakakakak. *lawakhambar*
Andddddddddddd.... good news untuk kami semua, yeahhhh! aku bakal dapat cousin baru nanti. hehehe. makcik aku yang paling aku rapat dah prgnt 3bulan. Lama tak jumpa dia. Nanti free, bolehlah lepak rumah dia. Dengar-dengar dia nak masak special untuk aku sorang.kakakakaka.. lebiuuuuu auntie <3 bye! :')
hoho..solehah baru je dpt result ari nie.hehe
ReplyDeletemenarik....hehehe...
ReplyDeletemenarikkk gilee :P
ReplyDelete