Assalammualaikum
Sedia maklum, borang permohonan BRIM 2.0 untuk semua warga bujang. Bujang bermaksud belum berkahwin atau duda atau janda yang tiada pasangan hidup. Gituuu. Boleh je mohon dan tak kiralah dah berkerja atau tidak, make sure purata duit kewangan korang 2K ke bawah. Kalau tak, tak dapat nak tolong. hehehe.
BRIM 2.0 boleh isi secara online atau menggunakan borang yang disediakan di Lembaga Hasil Dalam Negeri/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan di tempat kediaman masing-masing atau boleh download borang tersebut di website yang disediakan. Kalau malas nak guna borang, isi je secara online. Kalau isi menggunakan borang, borang tersebut mestilah dihantar ke LHDN/Pejabat Daerah/Jabatan Pembangunan Persekutuan/Jabatan Kebajikan Masyarakat/Jabatan Penerangan. Permohonan ini dibuka pada 1 November 2012 dan tarikh tutup belum lagi ditetapkan. So, cepat-cepatlah isi ye.
Yang masih belajar, tidak dapat bantuan BRIM 2.0 sebab dah dapat baucer buku RM250 tu. kikiki. Duit kerajaan bagi ni, bolehlah simpan . Jangan membazir. hihihi. Baucer smartphone pulak akan dibuka pada Januari 2013.
Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.Pemohon juga boleh buat semakan status keputusan permohonan BR1M di talian berikut:-
TALIAN HOTLINE SEMAKAN STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)Talian Hotline:- 1-800-222-500/1-300-88-3010EMEL :- br1m2@treasury.gov.my (beri nama penuh & no ic anda)
TERKINI : TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 MAC 2013 (LANJUT) HARAP MAKLUMBagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my (KLIK SINI)
KREDIT