Assalammualaikum.
Akhir tahun 2012 tahun lepas, sempat jugaklah aku dengan family besar lain join holiday kali ni di PD walaupun selalu sangat dah pergi sana. Isk.Isk. Tapi, resort kali ni pakcik aku pilih tempat yang memang menarik tertarik untuk menginap. Senang cerita, lain dari yang lainlah! Selalu kalau PD mesti dikaitkan dengan pantai kan? Tapi tempat menginap kami ni, jauh ke dalam. Panggil je Perkampungan Koboi. Ah, gitu.
Dalam resort ni, ada cafe jugak. Tapi faham-faham jela kalau setiap hotel ke, resort ke, mesti makanan kat dalam ni mahal kan? Oh, memang kami pergi makan restoran kat luar jela. Pekena ikan bakar! Slurrrp!
Ruangan depan cafe resort. Comel ada patung cam gitu.
Menu cafe yang tersedia diluar cafe. Mari tengok harga makanan plak.
Tadaaaaaaaa! Menu pagi . Nasi Lemak RM12. *Tarik nafas*
Aiceh, ni gegadis mana berangan ni? Wahahaha! Kerusi dan mejanya sangat unik kan?
Ni kedai serbaneka yang ada dalam resort ni. Harga kompem kaw-kaw. Air tin RM3.
Jom, tengok kawasan sekitar resort ni. Resort ni banyak jenis penginapan. So, boleh pilih mana yang berkenan. Tempat ni banyak aktiviti boleh buat. Berkuda, berenang, bbq, paintball, aktiviti lasak, kayak, go kart pun ada!
Ni tempat penginapan kami. Unik jugak. Macam rumah red indians. Tengok pulak dalam ni acaner rupanya.
Tv ada, aircond , kipas, semua lengkap.
Ni gaya peace adik sepupu aku. Comel kan dia? geram nak cubit-cubit! hehehehe
Ni pulak aktiviti berkuda. Nak naik kena bayar. Ada 3 kategori. Biasanya ambil yang first sekali tu la. Round dalam kandang ni. Sebelum tu, kena beli kupon dulu. Setiap aktiviti sini ada kupon. Tak boleh bayar cash dekat pekerja sini.
Kuda pun ada nama okayyyy!
Suka je Aleesya buat peace cam gitu. Masa petang, ramai la yang turun ke swimming pool. Ni free je. Tapi leceh la ade rules pakaian. Yang dewasa terutama Islam agak sukar nak memenuhi rules kat sini. T.T So, kitaorang pergi go kart. Budak lelaki suka la main go kart. Benda ni pun kena bayar jugak ok!
Kemain Aleesya nak jugak naik konon-kononnya drive .
Kalau ada partner, boleh la naik kart yang semput sikit ni... hehehehe. Romantik katakan :P
Aktiviti malam pulak, kitaorang buat bbq. Bbq pun sebenarnya tak boleh buat sesuka hati. Tapi kitaorang slambe je main bakar2, masak2 kat tempat bbq yang dah tersedia kat sini. ehekhekhek.
Pakcik aku kemain makan sedap!
Aku bagi 4/5 bintang untuk resort ni.Nak tahu lebih lanjut, boleh lihat di web rasmi EAGLE RANCH RESORT
Bye! Nak masuk tidur!