Assalammualaikum
Hari ni aku rajin sikit nak share dengan korang mengenai web agoda. Dulu aku tak tahu pun agoda ni untuk apa. Selalu nampak iklan terawang-awang je di internet. Lepas boss aku bagitahu , baru aku faham web ni untuk tempah / booking hotel. Senang je katanya. Tak perlu guna kredit kad pun tak pe. Guna debit kad pun boleh. Agoda ni yang aku faham la, sebuah company yang dah 'beli' bilik-bilik terpilih di serata dunia. ahaa...
Apa yang menariknya, harga hotel jauh lebih murah dari harga normal hotel. Siap boleh kumpul point lagi kalau booking secara online dengan agoda. Point ni boleh tebus & dapat diskaun harga lagi murah dari diskaun sedia ada. Kalau korang bagi komen mengenai hotel yang korang dah pernah stay tu, dapat 500 point. peh.peh..
Aku dah cuba booking hotel guna agoda. Memula macam terkial la jugak. Tapi aku ni, bantai je buat sendiri. Konon berdikari. Ahaks. So, aku guna Maybank kad. Debit kad aku guna okey. Bukan kredit kad. power..power.. hahaha. Agoda, boleh terima pembayaran melalui Paypal, Visa, Mastercard , kredit kad dan lain-lain lagi. Kalau nak guna debit kad tu, pastikan kad korang ada logo Visa atau Mastercard. So, boleh la guna.
Pergi web agoda , KLIK SINI . First , korang kenalah daftar dulu. Tapi kalau taknak daftar pun takpe. Akan terdaftar secara automatik. password akan diberi iaitu no ID . Boleh pilih pelbagai bahasa dalam web agoda ni.. Sama ada bahasa Malaysia , English dan lain-lain. Macam biasa, korang pilih destinasi yang nak pergi melancong tu. Tak kisah la dalam atau luar negara. Lepas tu Check rates! Korang akan nampak seperti ni selepas pilih salah satu hotel....Oh ye, sebelum terlupa, display rates in tu, tukar kepada Malaysian Ringgit (MYR) .
Rasa dah puas hati dengan hotel tersebut, bolehlah pilih berapa bilik yang nak (no.rooms) dan book it! Tengok atas ni, perbandingan harga normal dengan harga agoda bagi, jauh beza kan? Inilah untungnya kalau booking online... hehehehe... lepas tu dapat pulak rewards. Semua kemudahan yang ada dalam hotel diberitahu secara detail kat situ. Baca je ke bawah maklumat hotel tu, semua lengkap.
Lepas klik book it tu, akan keluar borang online seperti di bawah ni :
Yang tu akan terpaparlah segala berapa hari nak menginap, berapa kena bayar & termasuklah sedikit tax. Isi semua maklumat yang agoda ni nak. emel tu penting wooo. Jangan bagi emel yang dah tak boleh nak bukak pulak. Nanti, slip pembayaran, akan diberi melalui emel. Lepas tu, isi cara pembayaran menggunakan kad apa di 'payment method' . beri no kad & nama pemegang kad. Masukkan tarikh luput kad tersebut & kod cvc. Kod cvc kalau tak tahu , klik simbol tanda soal sebelah ruang tu. Akhir sekali klik 'pay & book now!'
Tunggu! belum selesai lagi tempahan korang. Buka balik emel & akan dapat emel daripada agoda. Klik confirmation for booking id. Pastikan pc/laptop korang support pdf ye... Nanti tak boleh buka pulak. Keluar la 'hotel Voucher' korang. Booking ID ni penting wooo... untuk tunjuk pada pihak hotel nanti... Akhir sekali, print hotel voucher korang tu... Voucher ni penting untuk diberi pada pihak hotel semasa sampai di sana. Tak perlu deposit apa-apa, tunjuk voucher & ic , terus je check in. Memang mudah...
Semua hotel yang tersedia di Agoda ni boleh je nak cancel atau ubah tarikh . Tapi, sesetengah hotel boleh cancel secara free! Yang lain kalau nak cancel kan boleh, tapi akan kena denda la.. So, apa tunggu lagi.... boleh la booking hotel yang nak menginap! Semoga berjaya booking hotel secara online ! :)
Jangan lupa, selepas membuat tempahan ini berjaya, call pihak hotel untuk pengesahan booking anda ye!
Jangan lupa, selepas membuat tempahan ini berjaya, call pihak hotel untuk pengesahan booking anda ye!
P/S: Masa nak konvo ni, aku call semua hotel dah penuh... baru beberapa minggu nak konvo. Haish.. Akhirnya agoda membantu aku. hehehehehe...