Angel Wing Heart

24 February 2013

Cara tempah hotel menggunakan Agoda


Assalammualaikum

Hari ni aku rajin sikit nak share dengan korang mengenai web agoda. Dulu aku tak tahu pun agoda ni untuk apa. Selalu nampak iklan terawang-awang je di internet. Lepas boss aku bagitahu , baru aku faham web ni untuk tempah / booking hotel. Senang je katanya. Tak perlu guna kredit kad pun tak pe. Guna debit kad pun boleh. Agoda ni yang aku faham la, sebuah company yang dah 'beli' bilik-bilik terpilih di serata dunia. ahaa...

Apa yang menariknya, harga hotel jauh lebih murah dari harga normal hotel. Siap boleh kumpul point lagi kalau booking secara online dengan agoda. Point ni boleh tebus & dapat diskaun harga lagi murah dari diskaun sedia ada. Kalau korang bagi komen mengenai hotel yang korang dah pernah stay tu, dapat 500 point. peh.peh..


Aku dah cuba booking hotel guna agoda. Memula macam terkial la jugak. Tapi aku ni, bantai je buat sendiri. Konon berdikari. Ahaks. So, aku guna Maybank kad. Debit kad aku guna okey. Bukan kredit kad. power..power.. hahaha. Agoda, boleh terima pembayaran melalui Paypal, Visa, Mastercard , kredit kad dan lain-lain lagi. Kalau nak guna debit kad tu, pastikan kad korang ada logo Visa atau Mastercard. So, boleh la guna.


Pergi web agoda , KLIK SINI . First , korang kenalah daftar dulu. Tapi kalau taknak daftar pun takpe. Akan terdaftar secara automatik.  password akan diberi iaitu no ID . Boleh pilih pelbagai bahasa dalam web agoda ni.. Sama ada bahasa Malaysia , English dan lain-lain. Macam biasa, korang pilih destinasi yang nak pergi melancong tu. Tak kisah la dalam atau luar negara. Lepas tu Check rates! Korang akan nampak seperti ni selepas pilih salah satu hotel....Oh ye, sebelum terlupa, display rates in tu, tukar kepada Malaysian Ringgit (MYR) .


Rasa dah puas hati dengan hotel tersebut, bolehlah pilih berapa bilik yang nak (no.rooms) dan book it! Tengok atas ni, perbandingan harga normal dengan harga agoda bagi, jauh beza kan? Inilah untungnya kalau booking online... hehehehe... lepas tu dapat pulak rewards. Semua kemudahan yang ada dalam hotel diberitahu secara detail kat situ. Baca je ke bawah maklumat hotel tu, semua lengkap.

Lepas klik book it tu, akan keluar borang online seperti di bawah ni :


Yang tu akan terpaparlah segala berapa hari nak menginap, berapa kena bayar & termasuklah sedikit tax. Isi semua maklumat yang agoda ni nak. emel tu penting wooo. Jangan bagi emel yang dah tak boleh nak bukak pulak. Nanti, slip pembayaran, akan diberi melalui emel. Lepas tu, isi cara pembayaran menggunakan kad apa di 'payment method' . beri no kad & nama pemegang kad. Masukkan tarikh luput kad tersebut & kod cvc. Kod cvc kalau tak tahu , klik simbol tanda soal sebelah ruang tu. Akhir sekali klik 'pay & book now!'


Tunggu! belum selesai lagi tempahan korang. Buka balik emel & akan dapat emel daripada agoda.  Klik confirmation for booking id. Pastikan pc/laptop korang support pdf ye... Nanti tak boleh buka pulak. Keluar la 'hotel Voucher' korang. Booking ID ni penting wooo... untuk tunjuk pada pihak hotel nanti... Akhir sekali, print hotel voucher korang tu... Voucher ni penting untuk diberi pada pihak hotel semasa sampai di sana. Tak perlu deposit apa-apa, tunjuk voucher & ic , terus je check in. Memang mudah...



Semua hotel yang tersedia di Agoda ni boleh je nak cancel atau ubah tarikh . Tapi, sesetengah hotel boleh cancel secara free! Yang lain kalau nak cancel kan boleh, tapi akan kena denda la.. So, apa tunggu lagi.... boleh la booking hotel yang nak menginap! Semoga berjaya booking hotel secara online ! :)

Jangan lupa, selepas membuat tempahan ini berjaya, call pihak hotel untuk pengesahan booking anda ye!

P/S: Masa nak konvo ni, aku call semua hotel dah penuh... baru beberapa minggu nak konvo. Haish.. Akhirnya agoda membantu aku. hehehehehe...

11 February 2013

Selamat bertunang sahabat!


Assalammualaikum

Holaaaaaa! Cuti raya cina ni korang mesti cuti sakan kan? Untunglah, untunglah *spesis yang tak puas hati* muehehehehe. Dah stress kat tempat kerja tu, eloklah pergi bercuti, rehat-rehatkan diri. ahaks. Ahad, 10 Feb 2013 kawan sekolah menengah aku dah bertunang. Tenkiu sebab masih ingat kat aku ni. sobs.sobs. Teringat masa sekolah dulu, bila petang je, melepak tak tentu hala. HAHAHA. Bestnya masa dulu. Tak perlu fikir apa-apa kan? :)



Ni gambar dulu-dulu, masa form 4 tak silap. Punyalah selekeh aku, cam gedik pulak tu. wakakaka. Agak-agak yang mana satu bertunang ni? ehem

Syuhhhh.... Kalau you all nak tau, sekarang ni I lagi gedik plus,plus tau! wakakakaaka...

Separuh hantaran yang diberi dari pihak lelaki dan perempuan. (sebelah kiri dari pihak perempuan, kanan pulak pihak lelaki)




Ha, ni dia kawan lama aku, Diyana Atikah Rosman.. selamat jugak bertunang. Malu-malu kucing pulak dia ni.. Kenduri nanti , jangan lupa jemput lagi. hihihi

Bersama tunangnya.

Sempat jugak kitaorang pose. Masa ni, pihak laki tengah bincang-bincang pasal hantaran semua kat ruang tamu. Anak-anak dara perap dalam bilik la... hehehe

Sebenarnya dah bertahun-tahun tak pernah bersua dengan kawan sekolah ni.. sejak SPM, semua buat haluan masing-masing. Ha, tahun-tahun ni dan akan datang, mesti kena jumpa punya.. masa tu ramailah yang dah bertunang, kahwin.. :)

Bahagianya tengok kawan dah bertunang.. Happy je tengok.. Tumpang ambil berkat sekali. muehehehe *gatal* Eh... baju aku dengan bff aku (dila) sama kan? ngeh3 . Saja nak mengedik you all!


Tahniah , Diyana. Kenangan kita bersama sekolah dulu tetap ku kenang & simpan di ingatan. Aicehhh. Semoga berbahagia selalu di samping tunang tersayang, dipermudahkan urusan perkahwinan, dimurahkan lagi rezeki... Amin. Orang kata, Kalau niat kita ada nak ke arah perkahwinan, insyaAllah Allah mudahkan urusan ini.



 Balik dari majlis, sempat jugak kitaorang keluar bersama . Fuhh. Kekok habis. hehehe. Macam baru kenal pulak. hehehe. Try makan TEXAS CHICKEN. Best betul daripada KFC ! Selalu roti bun KFC tu aku tak makan, tapi roti texas chicken ni, menarik hati betul. Roti Madu yang melazatkan! Air boleh refill. Steady laaa.. Siap letak kat luar air tu... (soft drink) Bukan setakat ayam je, burger pun ada. Apa yang KFC ada, Texas pun ada. Harga macam KFC jugak. Tak mahal. Berpatutan lagi :)




 Ehem, dila ajak pergi kursus kahwin. We all nak pergi dengan bakal suami masing-masing. Ahh..gedik kan? muehehehe. Harga sini RM80 , 2 hari kursus. We all nak buat awal sebab taknak kena kursus kahwin yang bakal dijalankan dalam masa seminggu. 3 Hari 2 Malam . Pastu harga akan dinaikkan. Taknak!!! Takut sangkut dengan kerja nanti. Lagipun we all penjimat orangnya. kehkehkeh. InsyaAllah dalam tahun ni nak pergi buat. We all tak gatal ok, we all nak jimatkan masa, duit, perancangan masa depan itu penting. Doakan rezeki kami ok.. :)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol