Angel Wing Heart

26 July 2013

Kek Batik Coklat Berkacang tanpa telur !


Assalammualaikum


Hari ni nak kongsi resepi mudah dengan korang semua. Siapa tak kenal kek batik kan? Tapi aku buat versi menggunakan 100% coklat bukan Milo dan tanpa telur. hiks. Tambahan pula, aku menambahkan seri dengan kacang dan Chips warna-warni.. gituuu. hehehe. Jom, kita tengok step mudah untuk buat Kek Batik ini... :)




Kita perlukan:

Butter
Coklat Masakan @ Serbuk Koko
Chips Warna Warni
Susu Cair
Kacang
Biskut Marie (patahkan 4 bahagian)



Pertama sekali , sangai (goreng tanpa minyak) kacang terlebih dahulu


Kedua, Cairkan butter , susu , coklat masakan dan serbuk koko


Ketiga, gaul bahan-bahan tadi sampai sebati... jangan bagi berbuih ye


Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan 4 bahagian ke dalam coklat
(masa ni, tutup api ye)


Masukkan kekacang yang telah di sangai tadi. Gaul hingga rata



Last sekali, masukkan adunan tadi ke loyang/ mangkuk rata ye...
(tekan-tekan guna sudu untuk ratakan bahagian atas.. dan taburkan chips warna warni)

Bekukan kek yang di dalam loyang tadi dalam peti ais. Kalau nak cepat bekukan di bahagian atas peti
Masuk dalam peti ais/sejuk selama 4 jam


Potong menggunakan pisau tajam... Aku potong comot.. huhuhu..

SELAMAT MENCUBA!

10 July 2013

Segmen Blogwalking Singgah Sahur - Hasrul Hassan






Jom ramai-ramai sertai Segmen Blogwalking Singgah Sahur dari Hasrul Hassan ini. Boleh tambah kenalan lagi & menukar pelbagai pendapat mengenai dunia blog. Bukan sebab nak dapat duit raya, tapi untuk mengenali blogger baru dan lama :)

Sertai Segmen ini di SINI

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol