Assalammualaikum
Hari ni nak kongsi resepi mudah dengan korang semua. Siapa tak kenal kek batik kan? Tapi aku buat versi menggunakan 100% coklat bukan Milo dan tanpa telur. hiks. Tambahan pula, aku menambahkan seri dengan kacang dan Chips warna-warni.. gituuu. hehehe. Jom, kita tengok step mudah untuk buat Kek Batik ini... :)

Kita perlukan:
Butter
Coklat Masakan @ Serbuk Koko
Chips Warna Warni
Susu Cair
Kacang
Biskut Marie (patahkan 4 bahagian)
Pertama sekali , sangai (goreng tanpa minyak) kacang terlebih dahulu
Kedua, Cairkan butter , susu , coklat masakan dan serbuk koko
Ketiga, gaul bahan-bahan tadi sampai sebati... jangan bagi berbuih ye
Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan 4 bahagian ke dalam coklat
(masa ni, tutup api ye)
Masukkan kekacang yang telah di sangai tadi. Gaul hingga rata
Last sekali, masukkan adunan tadi ke loyang/ mangkuk rata ye...
(tekan-tekan guna sudu untuk ratakan bahagian atas.. dan taburkan chips warna warni)
Bekukan kek yang di dalam loyang tadi dalam peti ais. Kalau nak cepat bekukan di bahagian atas peti
Masuk dalam peti ais/sejuk selama 4 jam
Potong menggunakan pisau tajam... Aku potong comot.. huhuhu..
SELAMAT MENCUBA!
plg mdh buat bila tetiba ada tetamu nak mai lah
ReplyDeletehehehe.. pagi raya leh buat dh ni.. ;)
Deletenmpk mcm sedap je..hehehhe
ReplyDeletememang sedap pun.. rasa coklat...nyammmmmmmm! hehe
DeleteSedap nampaknya tu...leh order la..salam kenal..singgah sahur
ReplyDeletehehehe... ordr tak dapekkk laaaaa... hehee
Delete