Angel Wing Heart

11 December 2013

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

Assalammualaikum..
Hai uolss.. Hari ni tengah merajinkan  diri untuk update blog.. hehehehe. Disebabkan esok Wani cuti, so... gunakan masa terluang ni untuk tengok blog kejap. ngeh ngeh. Masa pun takde.. huuuu. Memang terasa kejap je masa. Life hanya kerja. Takpe, cari rejeki halal orang kata. Janji hati senang, hehehehe.

My boss, belanja we all makan malam di Restoran Mohd Chan, masakan Cina Muslim di Seksyen 15, Shah Alam. Pertama kali jugaklah Wani makan kat sini. Menu dia kebanyakannya untuk set hidangan besar, macam siakap masakan cina, sayur, udang, sotong dan lain-lain. Menu ringan macam goreng-goreng pun ada, jangan risau.





 Antara staf & big boss.
(Depan kiri, ex-staf , biru - Kak Adha, Wani , Kak Zha.)
(Depan kanan, Husaire, Suami boss & Kak Eika my boss)

 Oh ye, yang tengah-tengah tu Emma Maembong yer. Bukan Kembong. hahahaha :p


 Sebelah Wani ni, Kak Adha. Dia baik sangat, penyayang, ambil berat. Satu je yang Wani rasa kelakar sangat, dia kata "Wani ni antara 1 dalam sejuta" . Hahahaha. Orang yang rapat je tahu perangai 'gila' aku.
 Oke, Kak Adha yang panggil Wani Emma Maembong. Bhahahaha. tak habis-habis dia ni nak membahan.
 

Semua staf sporting sangat, 'gila' dan macam keluarga sendiri. Terima Kasih semua... :)

 Emma Maembong kuasa tiga. Bhahahahaha!

Bai!

09 November 2013

Borang Permohonan BR1M 3.0 & Syarat-Syarat BR1M 3.0 2014

br1m-3.0-2014

BORANG TELAH DIBUKA - KLIK SINI


Menerusi Bajet 2014, kadar pemberian BR1M 3.0 telah dipertingkatkan dan diperluaskan.
    1.Bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan kebawah, kadar pemberian dipertingkatkan kepada RM650. 
    2.Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000 turut menerima BR1M pada kadar RM450.
    3.Bagi individu bujang yang bekerja dan berpendapatan bulanan RM2000 dan kebawah, layak menerima bantuan RM300.
Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan online BR1M 2014. Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Borang Permohonan BR1M 3.0 Secara Online
Muat turun (download) Borang pendaftaran BR1M 3.0 boleh didapatkan dilaman berikut:
Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”. Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.


Borang permohonan br1m 3.0 2014 borang permohonan br1m 3 0 pendaftaran pemohon baru 2014

Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0

Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya. Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan:

Isi Rumah Syarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi Rumah Syarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)

Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda Syarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik. Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan.

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
  • Pembayaran BR1M 3.0 akan dibayar 2 kali setahun bermula tahun 2014
  • Pembayaran BR1M 3.0 Malaysia akan dibayar terus ke akaun bank anda
  • Tujuannya, kerajaan mahu menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan.
  • Pengumuman BR1M 3.o Malaysia akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Oktober 2013 ini.

BORANG TELAH DIBUKA - KLIK SINI

SUMBER1 ,SUMBER2,
SUMBER3 
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol