Angel Wing Heart

14 May 2014

Tempat pelancongan menarik di Perak , Malaysia



Assalammualaikum..

Holllaaaaa!! Minggu lepas Wani berkesempatan menjenguk negeri orang iaitu Perak! Here we are!! hehehe. My officemates yang Cantik lagi Vogue ajak Wani datang bermalam di rumah beliau then bawa jalan-jalan area yang berdekatan di sini. Ala-ala Tour guide okeh! Hahahahaha! Sejak terperap dalam kereta , rumah dan ofis, Wani terus accept nak pergi Perak. hehehe. Bosan kalau life ni kalau tak tengok suasana luar. Betul tak? Takkan nak kerja 24jam? Badan dengan minda plus perasaan ni nak kena rest jugak tau. kihkihkih.

Wani rasa ni entri paling panjang nak membebel kot. hahahaha. Memandangkan Wani dah jarang-jarang update blog, apa kata korang semua cuci mata dengan gambar yang akan Wani up kat bawah ni.... Mesti korang nak pergi jugak kan? kan? hehehe. Sambil jalan, sambil dapat ilmu & pengalaman baru. yihaaaa!

Wani gerak dengan Kak Adha (my officemate) & Husaire (my officemate) pukul 6 petang gitu. Hari Sabtu. Sampai sana pukul 9 tak silap. Terus pergi Menara Condong di Teluk Intan dahulu sebelum ke rumah Kak Adha. Makan-makan dulu...



Meh, nak ceritakan jugak sejarah Menara ni... Sumber dari Wikipedia...

Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Kini bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali.



Husaire dan Kak Adha


Lepas pergi Menara Condong, terus balik ke rumah Kak Adha. So, esoknya kitaorang plan pergi Kompleks Sejarah Pasir Salak.... Keunikan kat sini, banyak rumah lama-lama. Tempat pun sunyi je.. Bayaran masuk RM4 dewasa. Kanak-kanak & OKU FREE.




Yang ni , anak buah Kak Adha. So funny this little girl. hahaha.

Kawasan dalam kompleks ni sederhana luas. Berhampiran dengan sungai. Ada tambahan Muzium Terowong (mengenai sejarah-sejarah Malaysia) dan juga Muzium Keris. Ok, korang cuci mata sampai lebam yer gambar-gambar gedik we all. hahahaha!





Wani yang snap ok. Cun tak? Happy Family!! Wahahaha!


Ok, Wani bagi sedikit maklumat mengenai Kompleks sejarah ni ye...


'Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina tahun 1990 atas inisiatif Tan Seri Ramli Ngah Talib, Menteri Besar Perak ketika itu. Kompleks ini dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990.
Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang Melayu yang cintakan negara menentang nafsu serakah penjajah British.
Perang Perak bermula da terjadi di sini pada tahun 1875 selepas setahun Sultan Perak setuju menerima nasihat Residen British. Residen British yang pertama di Perak ialahJ.W.W. Birch yang buta jiwa Melayu, tuli kepada bahasa Melayu dan naif dengan budi bahasa.Oleh itu Jabatan Muzium dan Antikuiti telah bersetuju membaiki struktur bangunan sedia ada dan menambah bangunan-bangunan kekal lain. Bangunan sedia yang ada di sana ialah Masjid Pasir Salak, kubu pertahanan, tiga buah rumah kutai dan tebing sungai.

Muka pau bulat sebesar alam. Lesung pipit seketul, ikat tepi belah kiri satu! hahahaha!











Jari Panjang & runcing, tapi Wani tetap cool dengan ketinggian yang pendek. hahahaha. Alhamdullilah. Jangan tak reti bersyukur pulak!





Nah, flying kisssss! hahahaha! Cepat sambut! Rugi2. hahaha!

Then, kami pergi ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Yipiiii! Dapat jugak check in ke sini. hehehhehehehe. Bangunan lama ni memang cantik buatannya, kalau malam-malam jadi seram la... Dikatakan sini banyak hantu.. aiyokkk.. hahaha!




Kak... tumpang tanya... aiii? Mana Hakak niiiii... hehehe




Ruang cafe, kedai dan tandas



Kalau nak pergi malam pun boleh. Still open.




Jom baca sikit Sejarah Kellie's Castle ni you alls...

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

  • Jika anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

SUMBER: Wikipedia




Bahagian depan Kellie's Castle. Ada jambatan menghala ke sana.









Cantikkkkkkkkkk kan? Bayangkan ni kediaman korang. hahahaha!









Tempat persembunyian keluarga Kellie jika ada peperangan




Yang ni, bangunan separuh siap Kellie's. Bahagian belakang



Melompat dengan lebih tinggi, walaupun gua ketot. hahahaha!











Ruang Tamu dalam Castle









Macam adik beradik tak? hehehe!









Dah terasa macam album gambar pulak dalam blog ni... Korang tak rasa ke macam yang Wani rasa? kahkahkah! Tabiat Wani, memang suka post gambar di Blog (paling banyak) dan juga Instagram! Korang rajin, boleh follow Wani... hehehehe : http://instagram.com/syazwanimazlan30


Ok, Baiii!

23 February 2014

ATTN BLOGGERS: Calander 2014 dah pos... =)


 To all bloggers yang join contest calander 2014 lepas, Wani dah post. Hope sampai kat rumah korang.. :) #bloggers #blogspot


Sorry kalau terlambat, sebab Wani super duper busy bekerja. Semoga korang suka ok. Thanks!!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol