Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling :
Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama
ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila
kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti
meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib
Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat
yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan
perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan
mereka.
Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen
portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara
keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan
dilaksanakan.
“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk
mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi
negara bangsa yang kian dewasa.
P/S : Apa pandangan anda? Lepas ni tiada lagi la yang nak komen guna ID 'anonymous' di blog ye.. heheheheh . Semua kena buat blog baru la lepas ni kepada sesiapa yang tiada blog .
P/S : Apa pandangan anda? Lepas ni tiada lagi la yang nak komen guna ID 'anonymous' di blog ye.. heheheheh . Semua kena buat blog baru la lepas ni kepada sesiapa yang tiada blog .
Kredit : Metro