Angel Wing Heart

05 July 2013

Mini Gathering Politeknik Perlis

Assalammualaikum...

Atas cadangan Liyana Syafiqah , terciptalah Mini Gathering yang dibuat di HR STEAK Kampung Baru , Kuala Lumpur. Kenapa Mini Gathering? Sebabnya tak semua classmates kitaorang yang ada di sini. Ada yang tinggal utara , ada yang busy dengan kerja & assignment.

Liyana Syafiqah , gila-gila punya perangai. hahahaha

Memandangkan aku tinggal di Klang, Selangor dan bekerja di Kuala Lumpur , So tak susahlah aku nak join mini gathering ni. hewhewhew. Sudah lama tak jumpa kawan lama maa.... Last jumpa pun masa konvo bulan April 2013 lalu. Jumpa balik, semua dah berubah. Berubah bentuk fizikal (aku tak la ye . kahkahkah :p ) , & perangai masing-masing. Tahu tak , rindu gila waktu belajar masa Diploma ni.. Paling best kos Video & Perfileman ni gua cakap sama lu... hahahaha. Kos ni banyak erti kata lain (belajar bekerjasama) berbanding kos lain. muehehehe



Kemain diaorang gelakkan aku ! (bergegar kamera aku pegang. HAHAHA)


Sekarang ni ada yang dah belajar di UITM & UUM (Cuti Sem). Masing-masing sambung kos berkaitan Perfileman. Sambung dari bidang Diploma yang kitaorang ambil dulu tu.. Ada yang dah bekerja di syarikat ASTRO , CST, Jelas Juta Production, dan lagi satu production aku lupa la... wakakaka. Jom kita layan gambar... muehehehe.


                                                      Kitaorang dengan muka kekenyangan...

 4 orang perempuan je yang dapat datang (sebenarnya sikit je perempuan pun. LOL)


 Eh? Makan lagi ke apa? Dasar perut tong! HAHAHA



 Kasi senget 360 darjah! HAHAHA




 Sesi Interview : Isu dibangkitkan , " Macamana nak masak Kari Ayam sedap dari Restoran Mamak" kahkahkah!
Blerghhhh! Masing-masing dah naik badan. Kecuali aku, aku saja ok! hahahaha ( aku tahu itu hanya manipulasi gambar je. Realiti nya , aku macam model meletop. slim gitu. Kahkahkah )

Ajep ( Belakang angkat dua tangan) says Byeeee! hahahaha!

P/S : Harap selepas beberapa tahun lagi, kita buat Big Gathering pulak. Pastikan semua berkumpul. heheehe. Oh ye, tahniah kepada Fatihah (beg pink) yang akan melansungkan perkahwinan dengan pasangannya di Kelantan 5 & 6 Syawal ini. Dapat kad.... ada rezeki, harap dapat join konvoi ke Kelantan. InsyaAllah. Semoga korang sukses selalu! Take Care.

30 June 2013

Sambut Hari Jadi Serentak

Assalammualaikum

Alhamdullilah , hari ni genap umur aku 22 tahun . Dan masih lagi boleh berkongsi cerita dengan blogger dan silent readers semua. hihii. Yang paling istimewa , minggu kelahiran yang disambut serentak.. Selamat Hari Lahir buat adik bongsuku Ezza Sharina 14 tahun dan ayah tercinta Mazlan Sidek 55 tahun.


Rasa sekejap je berlalu , ayah dah berusia 55 tahun.. anak sulungnya (aku) baru 22 tahun. Sayang gila kat ayah. Dulu masa kecil, ayah belikan je apa aku nak. Aku nangis-nangis nak mainan, terpaksa jugak ayah turutkan. Tak macam ibubapa lain, anak dah menangis kat lantai, dibiarkan je. (sesetengah) tapi bila fikir, untungnya aku. Walaupun aku tahu, mesti ayah takde duit (tengah bulan or akhir bulan) sanggup jugak belikan aku macam2. Sampai berbakul-bakul mainan aku ada. Sedih pulak perangai kecil aku minta banyak-banyak.. :') Sedihnya rasa.. Terima Kasih ayah. Love you so much!!!!!



Dengan itu , baru hari ni, aku dapat belikan hadiah ayah blackberry ! Alhamdullilah, hasil titik peluh aku dapat beri hp ni untuk ayah. Ayah senyum lebar je... Suka dia. Pasni bolehlah ber'whatapps' sama nanti. Yeaaayyyyy!!!
For my dad !

Untuk adik bongsu pulak, atas permintaan dia, dia nak tengok Monster University dengan bawa kawan-kawan dia sekali. Semoga berjaya dunia akhirat dan belajar hingga PHD ok, amin! :) Adik yang berbaju hijau :)


Untuk diri sendiri pulak, aku beli bingkai lukisan gambar penari ballet ni. Ntah kenapa aku suka lukisan dinding ni. Nak gantung dalam bilik aku. You know what.. aku rasa lukisan ni bermakna sangat sebab? menggambarkan seorang gadis mampu melonjak naik, berdikari , bebas buat keputusan sendiri dan boleh bagi mak ayah duit belanja. Alhamdullilah. InsyaAllah, walaupun kadang-kadang aku juga pernah berputus asa... :') Terima Kasih kepada yang selalu disamping aku untuk beri semangat. sayang gila kat korang tau :')

For Myself :') (beli sendiri)


22 Tahun sudah :') baru timbang berat badan , dah 49 KG!! :O (before 40kg je)


Thank you so much kepada yang wish my birthday ye. Doakan supaya aku dimurahkan rezeki, diampuni dosa , diberkati , bahagia dan kahwin cepat!!! yeayyy!! muahahahha. Amin!!


P/S : Aku tak suka dengan orang yang sengaja nak merosakkan kebahagian aku , yang sibuk-sibuk , yang suka perli tak tentu pasal (takde arah tuju langsung) , yang menyakitkan hati aku tanpa sebab (tetiba je) . yeah, siapa kenal aku dia tahu la. muahahahaha.  Oh, ye.. yang suka bergurau dengan aku , I likeeeeeee! kahkahkah.
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol