Angel Wing Heart

13 June 2016

Giveaway by Syazwani Mazlan 2016



Assalammualaikum,






Rasanya dah lama Wani tak buat Giveaway untuk bloggers , Jadi, dengan ini, Wani berbesar hati untuk buat GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 bermula 13 Jun 2016 hingga 13 Julai 2016 iaitu selama sebulan. Pemenang bertuah akan menerima tudung/selendang beserta mask sheet setiap seorang!! Jadi.... tunggu apa lagi, jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je...

  • Buat satu entri bertajuk  GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
  • Follow Blog Wani
  • Like Page Wani
  • Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut
  • Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia
  • Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016

Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang.

Boleh copy di bawah ini, dan paste di Compose.
Jangan lupa tinggalkan link entri wani ini di dalam entri korang yer!


Terima Kasih yang sudi join bagi mengeratkan hubungan bloggers lama dan baru... Good Luck!!

Tempahan Full Template Blog dengan harga berpatutan!

Assalammualaikum...



Alhamdullilah, blog dah bertukar baju.. hehehe.. Terima Kasih kat Ayu sebab buatkan blog Wani nampak kemas, simple dan comel... kikikiki... Harga sangat-sangatlah berpatutan daripada designer blog yang lain tau! Kalau tak percaya, cuba contact Ayu untuk tempah design blog korang tu...

Sangat menepati cita rasa Wani . hehehe.. Servis pantas. Kebetulan, Wani pun jenis tak banyak songeh. hihihi.. Kalau berkenan, boleh request design yang korang nak. Tapi taklah 100% sama... Next time, inshaAllah kita akan bekerjasama lagi dengan Ayu ye.. hehehe.. Semoga suksess!

Boleh contact Ayu di Facebook atau blog beliau...

Facebook & Blog

10 June 2016

1 Tahun Perkenalan



Terima Kasih sebab sudi main tarik tali dengan saya, heheheh (degil),
Terima Kasih sebab tak pernah putus asa untuk saya,
Terima Kasih sebab terima kekurangan saya dan inshaAllah akan dibaiki.
InshaAllah tahun depan kita sama-sama tempuh perjalanan hidup baru pulak hehehe 
Lepas ni, ingat tarikh nikah jela ye hehehe
10.06.2015-10.06.2016  (1 tahun perkenalan)
08.02.2016 - Tunang 
Yang Comel,
Cik Tunang. (HAHAHAHA!)

04 June 2016

Resepi Ayam Sambal Bali

Assalammualaikum....


Resepi Ayam Sambal Bali semudah ABC.... pejam mata je boleh buat ni... senang.. hehehehe...
Pertama Kali Wani masak masakan ni... Menjadi pulak tu.. hahahaha... Masak lauk pauk okla... boleh lagi.. Kalau kek-kek, kuih muih ke... tak pernah la cuba masak... hehehe... Takpe-takpe, belajar satu-satu... hehehe...

Resepi ni inspirasi dari Aisha Shukor... Siapa yang join group di Facebook : Masak Apa Hari Ni.. mesti kenal la... hehehe... Resepi boleh tengok setiap gambar ni.... Selamat mencubaaaa....










30 May 2016

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Klang, Selangor

Assalammualaikum...


Pernah dengar tak Restoran Nasi Kukus Sotong Besar? Dari hari tu lagi nak pergi tapi semalam baru berkesempatan nak cuba makan di Restoran ni... huhuhu.. Mesti korang pernah dengar restoran ni dah viral jugak ler.... Yang penting korang kena cuba dulu baru tahuuuu!


Hari Selasa sahaja restoran ni ditutup ye ibuk3 bapak3... Dibuka pada pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Kalau taknak pack waktu malam, datang la waktu petang macam wani pergi ni... Orang tetap ada, tapi takdelah ekau nak tunggu berjam untuk duduk kat kerusi restoran tu ha.. hihihi.. Kedai ni nak tahu landmark nya, belakang AEON BIG JALAN KAPAR atau laluan BATU BELAH KLANG... Ala.... waze kan hadooo. apa guna handphone mahal-mahal... hahahaha!

Lagi satu, jangan nak macam diva tunggu waiter ambil order korang. hahaha! silap besar la kalau dok menunggu waiter, tapi boleh plak nak komen2 negatif kat facebook. haahhaa. Order kena datang di kaunter ye... & terus bayar. Masa Wani pergi ni, servis okay je.. tak lama pun menunggu. Lain orang, lainlah nasib!! hehehe. 




Masa untuk menambahkan lemak adik... hahaha

Sotong mmg besar2 wehhhh. sedap.. ranggup.. huhuhu... Nak order sotong sahaja tanpa set nasi kukus pun boleh.... Kambing pun sedap gak... Sambal macam kicap2, bukan bbq sos... Kat sini, macam-macam menu ada, kalau taknak perkena sotong, cubala makan ayam berempah ke... char keuw teau ada waktu malam je tak silap wani. huhuhu. Sebab adik wani order, takde plak menu tu.


Antara Menu yang ada di sini... Gambar Menu ni kredit pada tuan punya blog ye...
Tak sempat nak ambil gambar Menu huhuh





Rugi besar laaaa kalau orang Klang atau Shah Alam tak cuba.. dekat je punnn.... Pakat-pakat la bawa family masing-masing makan sini besarkan perut.. kikikiki.. 
Nah, alamat :

RESTORAN NASI KUKUS SOTONG BESAR

No.2 Tingkat Bawah,Kristal Klang Commercial Centre,Jalan Harmoni 1A/KU3
41050 Klang Selangor
Tel:03-33588255
SELASA TUTUP
BUKA : 11.30 PAGI - 11.30 MALAM
LANMARK: BATU BELAH KLANG / AEON BIG JALAN KAPAR



05 May 2016

TonyMoly: Tetap cantik di musim panas!

Assalammualaikum,


Di saat negara kita, Malaysia yang melanda musim panas dan kemarau, penjagaan rapi untuk kulit harus dititikberatkan. Oleh itu, Wani ada beberapa tips penjagaan/merawat kulit pada musim panas dengan menggunakan produk dari TonyMoly!



Apa itu TonyMoly? TONYMOLY adalah salah satu jenama kosmetik global yang menawarkan rupa kulit menawan. Tony bermakna menawan, bergaya dalam bahasa Inggeris. Moly pula bermakna bekas Jepun yang membawa semua perkara untuk bergaya. Jom, baca tips untuk cantik di musim panas ini supaya kulit tidak kering dan kusam.

Skrub:


Untuk membuang sel-sel kulit mati di wajah akibat cuaca yang tidak menentu, boleh gunakan produk skrub ini yang terdapat dalam laman web TonyMoly iaitu Peeling Me Aloe Soothing Peeling Gel. Wajah akan kelihatan lebih lembap dan remaja!







Pencuci Muka : 


Tips seterusnya ialah menggunakan pencuci muka Aquaporin Moisture Foam Cleanser. Produk ini kaya dengan mikro buih yang akan membersihkan kulit tanpa mengambil kelembapan semulajadi kulit anda!



Toner:


Selepas menggunakan pencuci muka, langkah seterusnya untuk mengekalkan keseimbangan dan kawalan kelembapan kulit, anda perlu menggunakan Aquaporin Opening toner ini.




Pelembap:

Pelembap muka amat dititikberatkan bagi mengekalkan kelembapan wajah anda ketika cuaca panas dan tidak menentu ini agar kulit tidak kering dan kusam. Anda perlu menggunakan pelembap Goat Milk Emulsion, wangian lembut emulsi adalah sesuai untuk semua jenis kulit. Melembapkan & melindungi kulit rosak.

Bedak :

Step seterusnya, anda wajib memakai bedak yang sangat unik ini daripada TonyMoly iaitu : Luminous Perfume Face Powder. Bedak ini dalam tekstur yang halus dan wangian yang boleh membuatkan aroma terapi diri anda. Kalau masam-masam, nak berlaga pipi pun tak perlu risau dah sebab dah sememangnya bedak ini memberikan efek wangi & menjadikan kulit anda licin bak sutera... 


powder_luminous perfume powder






Pewarna Bibir :


Pewarna bibir juga perlu agar bibir sentiasa lembap dan bermaya. Tak elok kalau dibiarkan kering je.. Bagi warna sikit untuk kelihatan lebih menarik dan berkeyakinan dalam membuat pelbagai urusan diluar. Wani cadangkan, gunakan pewarna bibir ini iaitu Delight Sweet Stick dalam pelbagai versi warna kegemaran anda...


Pembayang Mata :


Akhir sekali, untuk menambahkan keserian wajah anda, oleskan pembayang mata (eyeshadow) untuk kelihatan lebih bermaya dan segar. Anda boleh gunakan produk ini iaitu The Stage Eyetone Multi Pallete 1. Kesan makeup juga tahan lama dan berkualiti!




Ha, mudah je kan kalau nak kulit wajah berseri-seri bila tibanya musim panas/kemarau di sini. Jadi, nak tunggu apa lagi? Cepat ke website TonyMoly Cosmetics sekarang!

30 April 2016

Mini Reunion SMKKJ

Assalammualaikum.

Sekali sekala makan kat rumah kawan lama masa sekolah menengah dulu.. rumah syaqiren. sedap betul mak ko masak weh. menangis!! hehehe. Semua bawak pasangan masing2.. dah berlaki bini pun.. yang sorang tengah tunggu nk bersalin.. dapat la kita anak buah...hehehe. Alhamdullilah, lain kali berkumpul lagi ye... best sangat!! hahaha. Dah macam raya...













10 April 2016

Selamat Hari Lahir Tunangku ~ he.he.he...


Assalammualaikum..

Ni lah, pertama kali sambut birthday tunang. Tak pernah lagi sambut birthday sebagai couple.. ekekeke. Sebabnya lepas kenal 8bulan, terus je tunang. Semua tak jangka sebenarnya. Alhamdullilah, moga hubungan kekal bahagia hingga ke syurga. hehehe. 

Wani decide nak buat kejutan untuk abam. hehehe. Nak cakap wani ni jenis gegadis romantis tak ler jugak. hahaha. Ntahlah, suka tengok orang-orang tersayang happy, terkejut, gelak pastu muka terharu terkedu... hehehe. Bila tengok orang yang dah kita buat benda yang sweet mcm2, senyum lebar, gelak aje ni.. fuhhh. bahagianya Allah je tahu :) Untuk abam ni special sikit. hehehe. terharu dia sebab dia kata seumur hidup, takdelah terkona cam gini... hahaha. 1 kedai dengar lagu "Birthday" . nasib baik siang tak ramai sangat orang, kalau malam, habislaaa.. merah-merah muka cam badut kang. hahaha! Wani pulak memula tu buat macam tak tahu apa-apa je.. kahkahkah. Nakal betuiii Wani :p





Kepada tunang tersayang, selamat hari lahir yang ke-27 tahun, semoga dilimpahi rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberkati oleh Allah dunia akhirat. Semoga urusan kita berdua ke arah pernikahan dipermudahkan.
(kalau masa berdiri nak pandang muka abam, kena dongak sikit sebab iols pendek hahah)
Lepas kahwin pulak, inshaAllah macam-macam nak buat supaya hidup kita kat dunia ni, happy, bahagia, dan diredhai Allah... hehehe. , yang penting, hargai setiap insan yang hadir dalam hidup kita dan bertolak ansur. Nervous jugak nak kahwin sebab banyak tanggungjawab nak pikul. Harap semuanya baik-baik je. Mohon korang doakan ye :') Gambar atas ni pulak, wani singgah Aeon Shah Alam Seksyen 13. Berdekatan dengan Menara U Shah Alam. Sambil ushar barang hantaran nak dibeli untuk Majlis Nikah coming soon. hahaha. Dah aim handbag dengan kasut dah. hahaha. Tapi next month beli jam dulu. Encik tunang nak beli jam dulu.. Peminat jam sangat, wani pulak jenis tak pakai jam. hahaha.

Sesiapa nak buat surprise untuk gewe,cewek,tunang,laki bini or family, bolehlah buat reservation dengan kedai MasterChef ni: Laman Grill , Steak & Bar-B-Que di laman seri seksyen 13 Shah Alam, buka dari pukul 11 pagi hingga 11 malam sahaja setiap hari. Harga pun berpatutan & sedap!! Layanan tiptop! hehehe. Selain tu, outlet lain di Taman Putra Kajang.

Facebook : Laman Grill  Website :    Laman Grill


Hahaha, sempat lagi nak posing dengan baju budak. Tak sabar lewtuuu. hahaha. InshaAllah. Iols pun tak sabar nak kahwin. yahoooo!! hahahahahaha.

I love you, biy. =)

15 March 2016

Selamat Pengantin Baru Sahabat Dunia AkhiratKu

Assalammualaikum


Tahniah Noradilah & Afiq ! Selesai sudah sahabatku yang duanya dari Sekolah Menengah. Akhirnya Cinta Monyet you all sampai juga ke jinjang pelamin ye.. sweet macam sawit la korang ni... hehehe.. Majlis ni side perempuan pada 13 / 3 / 2016 . Teringat pulak zaman kita berkawan dari form 4 sampai umur dah 25 tahun ni.. hehehe.. Masa tu I tegur you dulu.. Kebetulan duduk sebelah menyebelah.. I tanya, You couple dengan afiq ek? kahkahkah. Tak sangka you layan soalan I. haahha. Lepas tu, kita rehat sesama. Petang-petang pulak lepak kat taman sama-sama, merempit sesama. hahaha. Kadang2 miss kelas pun sama2.. nakal sangat tau! kihkih.. Sebelum you nikah tu, i terembes pulak airmata yang mahal ni untuk you.. sebak tetiba, you dah kahwin.. Jangan lupa i ok.. I sayang you dunia akhirat. To Afiq, jaga dila baik2 ye.. Dila ni sensitif juga orangnya.. Jangan lupa bagi semangat yang kuat untuk dila tu.. hehehe.. I doakan korang bahagia dunia akhirat dan dapat baby comel & cantik & hensem. hehehehe... Amin... :)





Zaman sekolah dulu-dulu hehehhe.








 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol