Angel Wing Heart

30 May 2016

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Klang, Selangor

Assalammualaikum...


Pernah dengar tak Restoran Nasi Kukus Sotong Besar? Dari hari tu lagi nak pergi tapi semalam baru berkesempatan nak cuba makan di Restoran ni... huhuhu.. Mesti korang pernah dengar restoran ni dah viral jugak ler.... Yang penting korang kena cuba dulu baru tahuuuu!


Hari Selasa sahaja restoran ni ditutup ye ibuk3 bapak3... Dibuka pada pukul 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Kalau taknak pack waktu malam, datang la waktu petang macam wani pergi ni... Orang tetap ada, tapi takdelah ekau nak tunggu berjam untuk duduk kat kerusi restoran tu ha.. hihihi.. Kedai ni nak tahu landmark nya, belakang AEON BIG JALAN KAPAR atau laluan BATU BELAH KLANG... Ala.... waze kan hadooo. apa guna handphone mahal-mahal... hahahaha!

Lagi satu, jangan nak macam diva tunggu waiter ambil order korang. hahaha! silap besar la kalau dok menunggu waiter, tapi boleh plak nak komen2 negatif kat facebook. haahhaa. Order kena datang di kaunter ye... & terus bayar. Masa Wani pergi ni, servis okay je.. tak lama pun menunggu. Lain orang, lainlah nasib!! hehehe. 




Masa untuk menambahkan lemak adik... hahaha

Sotong mmg besar2 wehhhh. sedap.. ranggup.. huhuhu... Nak order sotong sahaja tanpa set nasi kukus pun boleh.... Kambing pun sedap gak... Sambal macam kicap2, bukan bbq sos... Kat sini, macam-macam menu ada, kalau taknak perkena sotong, cubala makan ayam berempah ke... char keuw teau ada waktu malam je tak silap wani. huhuhu. Sebab adik wani order, takde plak menu tu.


Antara Menu yang ada di sini... Gambar Menu ni kredit pada tuan punya blog ye...
Tak sempat nak ambil gambar Menu huhuh





Rugi besar laaaa kalau orang Klang atau Shah Alam tak cuba.. dekat je punnn.... Pakat-pakat la bawa family masing-masing makan sini besarkan perut.. kikikiki.. 
Nah, alamat :

RESTORAN NASI KUKUS SOTONG BESAR

No.2 Tingkat Bawah,Kristal Klang Commercial Centre,Jalan Harmoni 1A/KU3
41050 Klang Selangor
Tel:03-33588255
SELASA TUTUP
BUKA : 11.30 PAGI - 11.30 MALAM
LANMARK: BATU BELAH KLANG / AEON BIG JALAN KAPAR



5 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol