Angel Wing Heart

15 November 2010

kids & baby photo contest

Salam . Hai semua. :) Hari ni , aku nak bagitau korang, ada satu contest yg menarik di anjurkan oleh Safiyyah Osman . Agak menarik contest ni sebab ni baru pertama kali aku masuk untuk suka-suka je..hehehehe...

Contest ni, korang pun boleh join jugak. :) Senang je. Korang hanya perlu letakkan gambar kanak-kanak korang waktu kecil-kecil dulu. Tak kisah la anak buah ke, sedara-mara ke , anak korang ke kan. :)


banner contest
*letak di sidebar dan di dalam entry

Pastu , korang kena tag (link) seramai 8 org (maksimum) utk bgtau pasal contest ni. Biar org lain dapat join jugak kan?

Jgn tak tahu pulak, siapa yg masuk contest ni, mestilah dapat hadiah jugak kan?
Jen-jeng , hadiah nya ialah :

earring dari lazo diamond jewellery.white gold.
Oh, :) boleh bagi gf korang , mak korang , kakak ke , tak pun utk korang sendiri yg bergelar wanita. yeaaahhh!!
Boys pun boleh join contest ni jugak tau. Jgn Risau ..hihihi ^_^

tarikh tutup sehingga 30 november 2010
(tapi , penganjur yg wat contest ni kata , tarikh tutup akan bertukar bila-bila masa saja , so , kne alert siket la ye..)

Bawah ni , gambar saya masa kecik-kecil dulu.. yehaaaa!!


Sebab aku pertaruhkan gambar ni ialah :
  • Gambar ketika aku ,adik lelaki aku , ayah & atuk aku sedang bersantai di Kg. halaman atuk aku di Sg.Nibong ,Sekinchan, Selangor.
  • Mengambarkan tentang suasana kekeluargaan yg erat .. :)
  • Aku suka sgt Picture ni sebab gambar ni nampak nostalgia..
Ini adalah senarai-senarai nama yang telah ditag :


1. Ailyl Rozanna
2. Anna Bundle
3. MyWorld
4.Liyana Lunia
5. Raja Zatul
6. Ceritafyza
7.Kasya One story
8. Fahmie's Hyperlink


10 November 2010

Let's Cooking!! (Utk Raye Haji nie) :)



Ehem2.. Raye haji nak dekat da nie..even tak semeriah kat negeri aku, at least aku nak masak sesuatu yg simple. hee~~ al maklumlah aku tak balik kampung nenek aku di sabak bernam,selangor. So, kita masak untuk pagi raya nanti ok? :) Aku nak kongsi resepi2 yg aku nak masak next week nie...yehhhaaa...jom terjah ! :)
Ok , first sekali kita masak RENDANG DAGING dulu.. penting tau .. pebret aku ni.. :)
ni resepi nya :
1KG Daging mentah (tak kisah nak letak byk mane)
Kelapa 3 biji ( sekarang pun dah ada santan segera.So, u cn choose)
Bawang merah,Bawang putih & Halia (ditumbuk@dikisar)
Lada Kering (dikisar)
Lengkuas (ditumbuk)
Ketumbar 2 sudu (ditumbuk)
Kerisek 4 sudu
Lada Hitam (ditumbuk)
Serai
Daun Kunyit
Asam Keping & Kunyit Hidup
Garam,serbuk perasa (sedikit)

Ok , cara-caranya ialah ;
Panaskan bahan-bahan di atas tadi dgn pati santan sampai terbit minyak..Kemudian , masukkan santan biasa sekali lagi dan rendang sampai kering. Masukkan garam , serbuk perasa,& asam keping . Kacau sehingga kering . SIAP!

Ok , sekarang kita nak masak pulak KUAH KACANG ...
first , ;
Kacang mentah (direndang ,maksudnya masukkan kacang2 ni dalam kuali yg tak ada minyak)
Bawang merah,bwg putih & halia (ditumbuk@dikisar)
Udang kering (direndang)
Lada kering/ayam/daging (dikisar)
Air asam jawa
Santan kelapa
Gula,garam,serbuk perasa (sedikit)
Cara-caranya ;
Masukkan santan kelapa sampai terbit minyak. Masukkan lada kering,bwg merah,bwg putih,halia & ayam. Akhir sekali masukkan gula sedikit , garam ,serbuk perisa & air asam jawa. Biar sehingga masak/mendidih. SIAP!

SELAMAT MENCUBA YE.. & SALAM AIDILADHA..:)

03 November 2010

Banjir!


Ya Allah , sekarang tempat aku belajar , dah banjir.. hujan turun tak henti2.. area perlis, kedah banjir teruk.. aku risau sangat sebab aku nak balik umah aku kat klang,selangor.. takde laluan yg boleh tembus balik .. semua dah dinaiki air.. sedihnye.. semua student dah nak balik.. aku ni tgh fikir2 lagi cmne nak balik... Ya Allah, aku harap sangat2 air banjir surut lah nanti.. & korang semua doa2 lah aku dapat balik n banjir cepat2 surut..kesian org2 kat sini....:( (gmbr> credit for B.Harian)

30 October 2010

TEATER "APA NAK JADI"




GAMBAR DI ATAS > GAMBAR DGN KWN2
Pada 29/10/2010 satu jabatan aku , termasuk pensyarah pergi ke Auditorium Taman Budaya Pumpong , Kedah. Sebuah teater komedi "APA NAK JADI" Arahan Azaharina Ahmad .
Teater ini mengisahkan tentang konflik isu-isu remaja sekarang yang menghantar mak & ayah ke rumah orang-orang tua. Watak-watak dalam teater ini adalah dari golongan orang-orang tua yang berkobolehan dalam menjayakan teater ini. Memang agak lucu dan menarik. Walaupun 80% bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa negeri mereka sendiri ; Kedah. Aku tak berapa nak paham bahasa pelakon-pelakon , kadang-kadang sampai tanya kawan sebelah aku maksud bahasa mereka.
Apa-apa pun , aku ucapkan syabas kpd pelakon-pelakon kerana dapat menaikkan suasana 'komedi' itu. Enjoy!! ;)

22 October 2010

TEATER OBSESI 2010



FINAL UTK SUBJEK ACTING & DIRECTING .. AKU BERLAKON SEBAGAI WATAK KEKASIH DUAN DAN JUGA HARTAWAN. CERITA INI BERKAITAN DENGAN ABSTRAK. REALITI & HALUNISASI...SEORANG GRADUAN YG TIDAK TAHU ARAH TUJUNYA. SEORANG PENGANGGUR. SEORANG BEREMOSI.


SAKSIKAN TEATER INI DI POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PERLIS , DEWAN KULIAH UTAMA -MALAM PADA 24 OKTOBER 2010. BUKAN NOVEMBER. TQ KEPADA YG MENGURUSKAN TEKNIKAL. DOAKAN KEJAYAAN KAMI. AMIN. :)

11 October 2010

Seorang GADIS . .


SEORANG GADIS. BERNAMA SYAZWANI.. YG TAK TAHU MAIN GITAR.! HAHAHA..;P
poyo je..;)

09 October 2010



ini adalah KELUARGA ANGKAT KU...
masa tu ada PROGRAM ANAK ANGKAT anjuran budak jabatan aku..
1 rumah dalam 2orang STUDENT....
memang best!! Mandi air perigi dr GUNUNG JERAI KEDAH..
FMLY ni pun caring gle kat aku.. nANTI cuti sem, nak balik SELANGOR , insyaAllah aku singgah rumah mak & ayah angkat aku..
RINDU MEREKA..

26 September 2010






Mereka adalah besties saya.
Mereka adalah teman suka & Duka saya.
Mereka adalah Ruangan Hidup saya.
Tanpa mereka, Hidup saya sepi menjadi PILU.
Mereka adalah CINTA saya! (:

21 May 2010

Kenangan Sem 2 Jan 2010 =)






hahaha.. ni masa sem 2 , mendaki Gunung Jerai ,Kedah selama 3 hari 2 malam.. memang syok habis. penat pun ada , tapi semangat nak daki tu yang best! =)

Ok , yang gambar bawah ni pulak , krew-krew konvo masa april 2010 .. kami diberi tugas oleh lecturer untuk handle event ni, selain dapat sedikit sebanyak ilmu yg diberi tu..





 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol