Angel Wing Heart

31 December 2011

6 blog yang aku suka tahun 2011

Assalammualaikum. Entri kali ni aku nak cerita mengenai 6 blog pebret aku tahun 2011 ni. Selalu jugaklah aku usha blog-blog mereka yang gojes ni. Semua blog ni adalah blog peribadi. Tak hairanlah kalau blog peribadi pun boleh dapat peminat yang begitu banyak, kan?


Penamat tahun 2011 ni pun dah buat aku senyum sorang-sorang. Bukan apa, Nuffnang dah bagi aku bonus berblog. Terkejut jugak. Selalu lambat je naik. Hari tu tengok ada berapa je. Tiba-tiba akhir tahun cam gini, nuffnang memang baik hati nak bagi bonus. Macam dapat bonus kerja pulak. HAHA. Ok, jom sambung baca lagi tanpa perlu merapek atau merepek. Hee~




Blog pertama aku paling suka, Blog HARAPAN MARYA HANYA IMPIAN. Blog ni makin lama aku tengok, makin up. Fuyyhh.. terbaiklah. Suka buat entri dengan post gambar-gambar sendiri sekali. Aku pun teringin nak ikut jejak boleh tak? errr... :p Marya ni ijazah sarjana muda skrin a.k.a buat filem gitu. Sama macam aku. Tapi aku tahap Diploma Pengajian Filem. Salah satu suka masuk blog Marya sebab aku nak tengok hasil-hasil UITM@group Marya ni buat.. Dengan tu, aku boleh dapat ilham & perbaiki apa yang patut..





Kedua, blog AILYL ROZANNA. Blogger ni baru sahaja kahwin. Memang cun Ailyl ni. Macam korea ~ Cantik. Selalu jugak tengok blog dia yang comel sangat tu. Suka baca blog dia bila dia buat aktiviti sebagai blogger yang bergelar isteri ni. Memang best~ Teringin pulak aku nak kahwin. Ahaks! :p





Ketiga, sekali lagi aku suka usha blogger yang bergelar pelajar. Aku tak sure CIK YANA ni dari jurusan apa. Yang pastinya blog dia best. Even sekarang ni dia jarang update, aku selalu lah jugak menanti-nanti entri terbaru dia. Hope Cik Yana boleh luangkan masa siket untuk blog dia ni. hehehe~





Keempat, tak lain tak bukan, Cik FATIN LIYANA . Siapa tak kenal blogger yang femes ni. Topten carian GOOGLE lagi tu. fuuyyhh~ Orangnya pun cantik, comel je. Pandai dressup ~ Blog simple tapi best bila baca entri dia. Fatin jarang update mungkin sibuk dengan study. Tapi berharapan besarlah supaya dia boleh update blog~ :)





Kelima, blog LIYANA LUNIA . Blog yang kemas & comel. Pengisian yang kadang-kala sindir menyindir tapi tetap best. Selalu update sebab dia sayang dengan readers dia. hikhikhik :P Seorang yang happening & tak sombong~ Terbaikkkk :)




Blog terakhir, blog IRINE NADIA MARCELLO . Tuan empunya blog ni memang cantik,manis. Dah bertunang pun. Aku suka tengok gambar-gambar dia. maklumlah guna DSLR. Semua cantik-cantik. hehe.. Tapi satu je aku tak berapa berkenan sangat. Irine suka post entri berkaitan dengan bisness kecil-kecilan dia & kadang-kadang pasal iklan. So, aku jadi cepat bosan kalau nak masuk tengok..Tapi...blog dia memang cantik! :)

Ok, 6 blog ni memang aku selalu tengok. Macamana dengan korang pulak? Oh ye.. tahun 2012 blog siapa pulak yang dapat tarik hati aku eh? hehe...sama-sama kita blogwalking~ fftt.. Bye! :)

14 comments :

  1. Hai dan salam kenalan from shah ye...ni blog shah www.shahamri.com..entri ni mmg best la! :) Shah datang ni pun sebab nak kongsikan Tutorial Tingkatkan Earning Churp-Churp Dengan Cepat!...Tutorial ye bukan tips :) so kalau berminat sila la baca ye :)

    p/s: kalau yg belum join churp-churp boleh join di sini..masyuk! --> ++KLIK SINI UNTUK JOIN++

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru 2012...semoga tahun 2012 memberi keberkatan dalam hidup..InsyaAllah

    http://fendy1302.blogspot.com/2011/12/2012.html

    ReplyDelete
  3. hye.salam kenal jugak dr saya :) okey..sy blogwalking ye :) tq

    ReplyDelete
  4. sume blog awek2 comey...leh cuci mate..heee

    ReplyDelete
  5. semua blogger2 diatas bagaikan retis-retis.. :) hasil usaha mereka membuahkan hasil..

    gudluck blogger semua n selamat tahun baru.. expclly to u cik syazwani mazlan..

    ReplyDelete
  6. dear, kalau nak join segmen farah, just buat entri dan hantar url entri di komen segmen. yang bloglist tu nanti kite yang akan buatkan :)

    ReplyDelete
  7. haah sume memang best-best kan...
    samela suke bace blog marya

    ReplyDelete
  8. Hye. Thanx a lot dear. Macam tak setanding pun dengan blog2 dalam senarai ni :) Sori lama tak update sebab sekarang dah bekerjaya. Tak banyak masa terluang untuk blog tersayang. And once again, thank you so much. Sangat2 terharu tau ^_^

    ReplyDelete
  9. hahaha.tau xpe. mereka sgt cool kan ;)

    ReplyDelete
  10. lama tak jenguk blog hana tu.. busy kerja. hehehe

    ReplyDelete
  11. sy pn ske jenguk blog marya hana,fatin liyana n irine nadia

    ReplyDelete
  12. thanks for share :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol