SEORANG remaja, Kamil Hric dari Slovakia menyiarkan gambarnya menggantung anjing peliharaannya di laman sosial Facebook. 
POPRAD, Slovakia - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun merakam  aksi dia menggantung anjing peliharaannya dan menyiarkan gambar-gambar  tersebut di laman jaringan sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja berkenaan, Kamil Hric menulis di akaun Facebooknya: "Saya telah membunuh anjing saya - ha, ha."
Gambar tersebut menunjukkan anjing berkenaan cuba meronta semasa ia  digantung di ampaian, manakala Hric melihat kejadian itu sambil ketawa.
Hric yang berasal dari Poprad ditangkap selepas beberapa orang  pengguna Facebook memaklumkan kejadian itu kepada polis. Hric dilaporkan  memberitahu pendakwaraya: "Apa masalahnya? Ia cuma seekor anjing. Saya  membunuhnya untuk berseronok." - Agensi
P/S ; BLOG DALAM UBAHSUAI. HARAP MAKLUM ;)
P/S ; BLOG DALAM UBAHSUAI. HARAP MAKLUM ;)


