Angel Wing Heart

07 April 2011

Telur Ayam tiruan ! Berhati-hati




Assalammualaikum & salam sejahtera . Berhati-hati dengan telur tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan . Telur tiruan ni bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar. Telur tiruan ini dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam. Kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.



"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati."


Kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.



"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.


Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.

- Bernama
P/S : Berhati-hati ketika membeli . Sekarang ni macam2 penipuan dah ada :( 


Nak Hadiah Best dari telur ayam ni ? KLIK SINI

06 April 2011

Ada ubat hapus Radiasi nuklear ke?


Dah ada orang jual ubat untuk hapuskan radiasi ke ? Wah , nampak menarik. Ubat ini mampu membuang radiasi nuklear dalam tubuh manusia melalui proses perkumuhan dalam tempoh enam jam . Nama ubat ini ialah Premium Zeolite .

Harga ubat ini bernilai RM1, 705 dan dijual di Jepun . Malangnya ubat ini adalah palsu semata-mata dan tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi nuklear tersebut. Pokai jugak duit-duit yang kena tipu tu yeekk..  

Selanjutnya .....

TOKYO: Polis Jepun, semalam menahan dua lelaki yang menjual ubat didakwa mereka dapat melindungi orang ramai daripada kesan radiasi nuklear.
Dua lelaki berkenaan iaitu peniaga makanan kesihatan, 50, dan pembantunya yang berusia 29 tahun didakwa menjual ubat berkenaan tanpa lesen, kata jurucakap Jabatan Polis Tokyo. “Iklan yang disiarkan mereka menyatakan ubat yang diberi nama Premium Zeolite boleh menyerap bahan radiasi dan membuangnya daripada tubuh manusia dalam tempoh enam jam melalui proses perkumuhan,” ujarnya.

Menurutnya, ubat itu terbukti tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi seperti mana didakwa. Dua lelaki terbabit menjual 10 botol ubat itu kepada tiga orang antara 17 Februari hingga 29 Mac lalu dengan harga 47,500 yen (RM1,705)... - AFP - METRO




 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol