Angel Wing Heart
Showing posts with label nuklear. Show all posts
Showing posts with label nuklear. Show all posts

14 May 2011

Kerosakan di loji nuklear Jepun lebih teruk!


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan bangunan reaktor No. 3 yang mengalami kerosakan di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi.


TOKYO - Salah satu reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun didapati mengalami kerosakan yang lebih teruk daripada jangkaan, kata beberapa pegawai kelmarin. 

Kerosakan itu memberi tamparan hebat ke atas usaha untuk menstabilkan semula loji jana kuasa tersebut yang rosak selepas dilanda tsunami pada bulan lalu ekoran gempa bumi kuat.

Bagaimanapun, suhu di loji jana kuasa itu masih di bawah peringkat berbahaya kerana pihak pengendali, Tokyo Electric Power Co., masih berterusan mencurahkan air untuk memastikan batang bahan bakar sentiasa sejuk.
"Situasi masih tidak berubah sejak krisis berlaku dan batang bahan bakar disejukkan dengan menggunakan air secara berterusan," kata seorang pegawai nuklear, Takashi Sakurai.

Sementara itu, kerajaan Jepun semalam memutuskan untuk menubuhkan dana bagi membantu pembayaran ganti rugi ekoran krisis nuklear tersebut.
Syarikat pengendali loji tersebut dijangka menerima tuntutan ganti rugi daripada pihak yang terkena kebocoran radiasi selepas berlaku kerosakan di loji nuklear itu. - Agensi

06 April 2011

Ada ubat hapus Radiasi nuklear ke?


Dah ada orang jual ubat untuk hapuskan radiasi ke ? Wah , nampak menarik. Ubat ini mampu membuang radiasi nuklear dalam tubuh manusia melalui proses perkumuhan dalam tempoh enam jam . Nama ubat ini ialah Premium Zeolite .

Harga ubat ini bernilai RM1, 705 dan dijual di Jepun . Malangnya ubat ini adalah palsu semata-mata dan tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi nuklear tersebut. Pokai jugak duit-duit yang kena tipu tu yeekk..  

Selanjutnya .....

TOKYO: Polis Jepun, semalam menahan dua lelaki yang menjual ubat didakwa mereka dapat melindungi orang ramai daripada kesan radiasi nuklear.
Dua lelaki berkenaan iaitu peniaga makanan kesihatan, 50, dan pembantunya yang berusia 29 tahun didakwa menjual ubat berkenaan tanpa lesen, kata jurucakap Jabatan Polis Tokyo. “Iklan yang disiarkan mereka menyatakan ubat yang diberi nama Premium Zeolite boleh menyerap bahan radiasi dan membuangnya daripada tubuh manusia dalam tempoh enam jam melalui proses perkumuhan,” ujarnya.

Menurutnya, ubat itu terbukti tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi seperti mana didakwa. Dua lelaki terbabit menjual 10 botol ubat itu kepada tiga orang antara 17 Februari hingga 29 Mac lalu dengan harga 47,500 yen (RM1,705)... - AFP - METRO




 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol