Angel Wing Heart

10 April 2011

YaNa Yassin 1st Giveaway






Jom join 1st giveway daripada cik manis Yana Yassin ! :) Wahh.. tiba-tiba aku rajin nak join giveway bloggers lain. KIKIKIKI... Saja nak cuba2 nasib.. kot2 dapat , boleh share dengan korang. miahahahhaa... Aku bila lagi nak buat erk ?? ;p  Ok, mengenai cik Yana ni , aku baru mengenali beliau. 1st time tgk blog dia. hihihi... terus nak masuk giveway erk.. (Tak Malu) dush2 .. :p

Jom tgk apa yg diperlukan untuk join . Aku paling xsuke nak buat letak banner kat side blog. kalau giveway ni, senang sikit . Tak lah leceh kan....


* Letak banner nie dengan link kan ke Entri nie.
* Buat entri dengan tajuk : YaNa Yassin 1st Giveaway
* Follow Blog nie ( senang nanti nak tau pasal GA nie )
* Tag 3 orang bloggers dan pastikan diowng tau yg diowg di tag eh.
* Link kan Post Entri anda ke Bahagian komen dibawah entri ini.
* Tarikh tutup 30 April 2011.




Hadiah : 

1 - Color Contact Lens
2 - 10psc Foot Detox.
3 - Topup - RM 10
4 - Topup - RM 5


Saya tag : shakiddo , info klasik , tngku nizam  & semua bloggers!! :) BYE!

09 April 2011

Sudah Bertunang tapi tak mampu nak kahwin . Apa Kes?


 Gambar sekadar hiasan - Pak Google

Assalammualaikum . Sekarang ni sibuk nak bungkus hadiah untuk pemenang-pemenang 1-3 pets paling comel. Berbalik pada tajuk atas , Dah bertunang tapi tak mampu nak kahwin. Apa Kes kan ? Dah beli macam-macam barang hantaran , duit dan perah otak perancangan majlis , tiba-tiba cakap tak mampu nak kahwin . Kecik hati pihak perempuan tau.. 

Cyeh ! ni bukan bergosip ok. Ni realiti dunia . Ini lah yang berlaku kepada seorang kakitangan pentadbiran , Ahmad Mahfooz di Kabul mempunyai pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji tahunan pekerja rendah di Afghanistan namun tak mampu untuk mengahwini tunangnya itu. Dia sudah berhutang beribu-ribu dolar selepas mengadakan satu majlis pertunangan mewah melibatkan 500 orang tetamu pada Disember lalu. 

Ahmad memberitahu dia tidak tahu sama ada akan mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diharapkan oleh bakal isteri dan keluarga mertuanya. Kesian kan ? Sepatutnya memang tak perlulah buat majlis pertunangan atau perkahwinan besar-besaran . Sekadar termampu sudah cukup ! :)




"Saya berhutang dengan hampir semua orang yang saya kenal. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang untuk berkahwin," kata Mahfooz yang berusia 27 tahun.



Dia merupakan salah seorang golongan pertengahan di Afghanistan yang terpaksa berdepan dengan peningkatan kos perkahwinan. 

Kenaikan kos itu menyebabkan golongan muda menangguhkan perkahwinan.
Ekoran itu, pemerintah Afghanistan sedang menimbang untuk mengharamkan majlis perkahwinan mewah.
Undang-undang baru yang diusulkan oleh Kementerian Keadilan itu akan menghadkan jumlah jemputan kepada 300 orang sahaja manakala had perbelanjaan bagi setiap tetamu ialah cuma AS$5 (RM15).




"Majlis perkahwinan sudah menjadi seperti pertandingan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan pengaruh.
"Ramai orang muda tidak boleh berkahwin kerana mereka tidak mampu. Perkara ini mesti dihentikan," kata Ketua Jabatan Kementerian Undang-Undang Sivil, Majid Ghanizada. 





- AFP : kosmo online

P/S : Kat sana dah nak haramkan perkahwinan mewah . Kat sini ?? ada ke ??  

Jom Klik Kempen . Keep ur Promise :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol