Assalammualaikum
Lama tak update blog nampak? Takde mooddddd nak update. hehehe. Ni saja nak meringan jari jemari ni untuk menaip entri baru. Apa topik yang aku nak bincangkan ni? lekas-lekas. Sambil dengar lagu sambil taip blog. Gituuuu. Ambil ilham sikit. hehehe. Selalunya aku akan update life aku kat blog ni. Menghilangkan rasa bosan dan rasa rindu kawan-kawan atau musuh-musuh kat aku. BHAHAHAHA!
Update gambar terbaru yang sengal
Untuk makluman, aku baru je tamat pengajian bulan 4 2012 yang lalu. bulan 5 pulak, aku dapat kerja sebagai kerani . Tuptup, aku berhenti kerja dan menganggur selama sebulan. hehehe. Stresssss! Susah kan cari kerja. Memandangkan diploma aku akan dapat masa konvo nanti. (konvo tahun depan!) Cuma menggunakan transkrip, surat tamat pengajian untuk mencari kerja sementara waktu ni.
Aku ada dapat tawaran kerja sebagai ass delivery dan pembantu tadbir. Dah tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya. Padahal gaji sama je pun. Kadang-kadang aku jadi tawar hati. Masa ni emosi dah jadi tak tentu arah. menyampah aku. hehehe. Takpelah, kita tengok jela mana satu aku pilih. hehehe. Next month aku akan start kerja. Boleh tak aku kerja dua2 sekali gus? bhahahahaha. Tak lupa juga, aku nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kpd sesiapa yang membantu aku untuk cari kerja, offer kerja dan bagi semangat moral untuk aku. hehehe.
Semalam, aku usha page unit exam poli aku, aku mintak surat provesional, transkrip, dan sijil tamat pengajian. Tak tahu nak call unit mana yang uruskan sebenarnya. Sebab poli aku jauh lahhhh. perlis woi. Sekali pihak sana reply mention aku tu, minta aku call unit sana. Aku cakap okey, padahal, aku tak call langsung. Malaslah. mesti tangguh-tangguh nak call. Tiba-tiba pagi tadi aku check hp, penuh semangat ni, pihak sana sudi nak poskan semua tu dekat rumah aku. Yeay! Alhamdullilah. memang rezeki aku hari ni. Tak payah susah2 aku call. Siap check nama aku dalam sistem lagi tu. Boleh detect alamat aku woii. Nama syazwani ni seorang je ke kat poli? miahahahha.
Kepada rakan yang lain, yang tinggal jauh dari perlis macam aku, mohon call unit peperiksaan untuk tujuan pengeposan ye. 04-9886388 . Surat tamat pengajian akan dikeluarkan pada julai 2012. better korang call hujung bulan julai untuk dapatkan surat tamat pengajian, transkrip. Surat provisional tu sebenarnya sijil tamat pengajian sementara je. yang sebetulnya akan dapat julai ni. Mohon call nanti ye.
Oh ye. Hari ni hari jadi adik bongsu aku dan jugak sepupu aku. Esok hari jadi ayah aku pulak. lusa, hari jadi aku!!! yeayyyyyyy! sederet sambut hari jadi. hehehee. penghujung jun yang penuh suka duka. Sabtu ni aku dah dewasa lah yeee. Esok nak beli kek dah. Nak tulis nama ketiga-tiga yang sambut besday kat rumah ni. hehehe. So............. tunggu update seterusnyaaaaaaaaaaa! miahahahaha. kbai
No comments :
Post a Comment
Terima Kasih sudi membaca entri ini =)