Angel Wing Heart

09 April 2011

Sudah Bertunang tapi tak mampu nak kahwin . Apa Kes?


 Gambar sekadar hiasan - Pak Google

Assalammualaikum . Sekarang ni sibuk nak bungkus hadiah untuk pemenang-pemenang 1-3 pets paling comel. Berbalik pada tajuk atas , Dah bertunang tapi tak mampu nak kahwin. Apa Kes kan ? Dah beli macam-macam barang hantaran , duit dan perah otak perancangan majlis , tiba-tiba cakap tak mampu nak kahwin . Kecik hati pihak perempuan tau.. 

Cyeh ! ni bukan bergosip ok. Ni realiti dunia . Ini lah yang berlaku kepada seorang kakitangan pentadbiran , Ahmad Mahfooz di Kabul mempunyai pendapatan hampir sepuluh kali ganda daripada gaji tahunan pekerja rendah di Afghanistan namun tak mampu untuk mengahwini tunangnya itu. Dia sudah berhutang beribu-ribu dolar selepas mengadakan satu majlis pertunangan mewah melibatkan 500 orang tetamu pada Disember lalu. 

Ahmad memberitahu dia tidak tahu sama ada akan mampu untuk mengadakan majlis perkahwinan seperti yang diharapkan oleh bakal isteri dan keluarga mertuanya. Kesian kan ? Sepatutnya memang tak perlulah buat majlis pertunangan atau perkahwinan besar-besaran . Sekadar termampu sudah cukup ! :)




"Saya berhutang dengan hampir semua orang yang saya kenal. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan wang untuk berkahwin," kata Mahfooz yang berusia 27 tahun.



Dia merupakan salah seorang golongan pertengahan di Afghanistan yang terpaksa berdepan dengan peningkatan kos perkahwinan. 

Kenaikan kos itu menyebabkan golongan muda menangguhkan perkahwinan.
Ekoran itu, pemerintah Afghanistan sedang menimbang untuk mengharamkan majlis perkahwinan mewah.
Undang-undang baru yang diusulkan oleh Kementerian Keadilan itu akan menghadkan jumlah jemputan kepada 300 orang sahaja manakala had perbelanjaan bagi setiap tetamu ialah cuma AS$5 (RM15).




"Majlis perkahwinan sudah menjadi seperti pertandingan untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan pengaruh.
"Ramai orang muda tidak boleh berkahwin kerana mereka tidak mampu. Perkara ini mesti dihentikan," kata Ketua Jabatan Kementerian Undang-Undang Sivil, Majid Ghanizada. 





- AFP : kosmo online

P/S : Kat sana dah nak haramkan perkahwinan mewah . Kat sini ?? ada ke ??  

Jom Klik Kempen . Keep ur Promise :)

8 comments :

  1. itulah manusia..tak kira dari mana pun, perasaan nak berlumba dan menunjuk2 semasa mengadakan majlis perkahwinan ada di mana2 saje..kan lebih mudah ikut apa yang sudah termaktub dalam agama..yang wajib saja dilakukan..tak perlu nak membazir semua..kan?

    ReplyDelete
  2. @♥CIK SHA♥tau xpe...zaman skg semua nak tunjuk2.. apa slhnya buat kecik2 la kan.. asalkan sah jadi suami isteri. apa kata duit yg banyak2 tu , buat beli rumah ke.. brg2 yg perlu ke..kan2..? xdela susah di kemudian hari..:)

    ReplyDelete
  3. Islam itu mudah..kita yg buat susah dgn pelbagai adat...

    ReplyDelete
  4. @kaizen betul tu.. cuma kita je yg merumitkan lg perkahwinan tu... :(

    ReplyDelete
  5. tu la kan benda yg mudah disusahkan.. wedding is just one day ..marriage is a lifetime.. tapi kita kebanyakan fokus pada wedding shj.

    ReplyDelete
  6. @hanizeyecandy yup . btl tu.. kan bgs kalau duit hantaran tu buat cket je.. tkrkan duit hantaran yg byk2 tu kpd mas kahwin...woo..kaya den nyah. hahhaa... untung2... hahhaha

    ReplyDelete
  7. tahu xper..cetek ilmu agama cm2 la jadinyer...

    ReplyDelete
  8. haramkan je..kt msia ni pn sma.hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol