GAMBAR sinar X menunjukkan sebilah gunting dalam perut Veronika Cruz.
Sebilah gunting besar terdapat dalam perut seorang wanita di Brazil.  Gunting ini tertinggal ketika menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya . Ishh.. Takut jugak kan ? Nasib baiklah dah dapat tahu. 
Selanjutnya.....
SAO PAULO, Brazil - Sebilah gunting besar tertinggal di dalam perut  seorang wanita, Veronika Cruz selama tiga tahun selepas dia menjalani  pembedahan, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Gunting itu tertinggal semasa dia menjalani pembedahan untuk memindahkan ovarinya di sebuah hospital di sini.
Selepas pembedahan itu, dia mengadu terdapat sesuatu dalam perutnya  sehingga mengakibatkan dia pengsan namun beberapa doktor menafikan  dakwaan Cruz.
Namun, selepas ujian sinar X menunjukkan gunting tersebut, Majlis Perubatan Sao Paulo berjanji akan melakukan siasatan. - Agensi




No comments :
Post a Comment
Terima Kasih sudi membaca entri ini =)