Angel Wing Heart

14 May 2011

Kerosakan di loji nuklear Jepun lebih teruk!


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan bangunan reaktor No. 3 yang mengalami kerosakan di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi.


TOKYO - Salah satu reaktor di loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi, timur laut Jepun didapati mengalami kerosakan yang lebih teruk daripada jangkaan, kata beberapa pegawai kelmarin. 

Kerosakan itu memberi tamparan hebat ke atas usaha untuk menstabilkan semula loji jana kuasa tersebut yang rosak selepas dilanda tsunami pada bulan lalu ekoran gempa bumi kuat.

Bagaimanapun, suhu di loji jana kuasa itu masih di bawah peringkat berbahaya kerana pihak pengendali, Tokyo Electric Power Co., masih berterusan mencurahkan air untuk memastikan batang bahan bakar sentiasa sejuk.
"Situasi masih tidak berubah sejak krisis berlaku dan batang bahan bakar disejukkan dengan menggunakan air secara berterusan," kata seorang pegawai nuklear, Takashi Sakurai.

Sementara itu, kerajaan Jepun semalam memutuskan untuk menubuhkan dana bagi membantu pembayaran ganti rugi ekoran krisis nuklear tersebut.
Syarikat pengendali loji tersebut dijangka menerima tuntutan ganti rugi daripada pihak yang terkena kebocoran radiasi selepas berlaku kerosakan di loji nuklear itu. - Agensi

Lelaki gila potong kepala wanita


ORANG ramai dan anggota polis melihat lelaki yang menotong kepala seorang wanita di Los Cristianos, Tenerife, semalam.


LOS CRISTIANOS, Tenerife - Seorang lelaki kurang siuman bersenjatakan pisau menggemparkan para pelancong apabila memegang satu kepala wanita yang dipotongnya di lokasi pusat peranginan terkenal Sepanyol iaitu Los Cristianos, Tenerife di kepulauan Canary, lapor sebuah akhbar semalam. 

Pembunuh itu dikatakan menyerang mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an atau 60-an dan melarikan kepalanya di sebuah pusat beli-belah yang sibuk kira-kira pada pukul 10.25 pagi waktu tempatan.
Saksi-saksi memberitahu melihat suspek berlari dari pusat beli-belah dengan memegang kepala mangsa dan darah menitis ke tanah. 

Beberapa pengawal keselamatan mengejarnya sebelum menjatuhkannya ke tanah dan menunggu kehadiran anggota-anggota polis.
Penyerang tersebut dilaporkan telah mengekori mangsa yang bekerja di sebuah pasar raya dalam pusat beli-belah Valdes selama beberapa hari sebelum pembunuhan ngeri itu berlaku. 

Dia didakwa telah keluar dari Hospital de La Candelaria pada Februari lalu untuk menjalani rawatan berkaitan keganasan.
Namun, timbul kekeliruan dalam laporan mengenai senjata yang digunakan suspek sama ada parang, pedang atau penyodok tanah. - Agensi
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol