Angel Wing Heart

04 April 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Assalammualaikum

Siapa pernah dengar laman web 'JOMLAH CUTI' ? Kalau anda dikalangan tegar bercuti , mesti pernah dengar laman web ini. Dengan permulaan bismillah, aku nak 'review' mengenai laman web ini...


Di sini anda boleh dapatkan tip-tip percutian dan promosi pakej percutian terkini daripada Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd . Setiap tahun mereka akan membuat promosi secara online dengan harga runtuh dan hilang akal! Zaufan travel & tours sdn.bhd adalah satu agensi pelancongan yang akan memberikan anda trip & pakej-pakej menarik! Menyediakan pelbagai pakej seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea, Kemboja, Universal Studio Singapore dan China serta pakej bulan madu yang menarik! Jangan kata luar negara, dalam negara pun ada! Terutama kawasan kepulauan Malaysia. Zaufan travel & tours sdn.bhd terletak di 7-1-1 Suria Avanue, Jln Dawai 16/2, 40200 Shah Alam, Malaysia. Waktu operasi pula pada hari Isnin hingga Jumaat 8.30pagi-5.00petang. Manakala hari sabtu dibuka pada pukul 9.00pagi-1.00petang.

Anda tidak perlu risau, kerana jika anda berminat dengan pakej pelancongan yang disediakan oleh pihak 'jomlah cuti' , anda boleh membuat tempahan terus melalui borang yang disediakan di setiap pakej-pakej yang anda berminat di bahagian bawah entri tersebut. Mudahkan? Percutian bersama 'group' mahupun 'persendirian' boleh dibuat di sini.




Di web 'Jomlah cuti' anda boleh membaca pelbagai artikel/berita yang disediakan oleh pihak mereka. Di sini, tarikh percutian telah disediakan. Sangat memudahkan anda. Tak perlu pening kepala nak fikir tarikh sesuai. Kadang-kadang terlampau sibuk dengan urusan kerja, anak-anak atau keluarga, sampai tak tahu nak set tarikh yang sesuai untuk bercuti. So, jangan risau... JOMLAH CUTI jawapannya! yay!


Di bawah ini saya buat satu video ringkas mengenai laman web 'jomlah cuti'. Sedikit sebanyak, dapat memudahkan pengguna baru untuk melayari web ini :)





Slogan:

Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana
"hari-hari makan maggie , siapa taknak cuti free!"


Salah satu percutian paling unik saya di Eangle Ranch Resort , Negeri Sembilan!

Percutian yang menyeronokkan adalah bersama krew 'jomlah cuti' ! :) Jika terdapat pertanyaan berhubung pakej yang disediakan ini, anda boleh menghubungi pihak 'jomlah cuti'  di talian : 03-5510 8266 atau emel sales@jomlahcuti.com / info@jomlahcuti.com .

29 March 2013

Website menjual barangan terpakai secara online


Assalammualaikum..

Haii, lama tak buat topik baru dalam blog ni. hehehhee. Ok, hari ni aku nak share dengan korang dengan satu website yang memang cool gila! Website ni merupakan gerbang untuk kita buat business kecilan gitu. Tapi yang terpakai sahaja ye! Preloved items only! Bagi aku memang best sebabnya almari aku memang penuh dengan baju tak pakai, dah tak muat, tapi still elok/keadaan baik lagi.


Dulu, aku pernah lah bagi baju-baju aku kat rumah anak yatim.. aherher.. tu dululah..Masa sekolah menengah.. Bila sambung study lagi, aku bagi pulak baju tak pakai aku kat adik perempuan kawan aku. Nak bagi kat adik aku, jauh beza sikit dengan aku..hehehe... So, sekarang banyak baju kurung tak pakai, tak muat kat aku... Bila jumpa website ni, mulalah aku nak menjualnya pulak... Tambah sikit rezeki... Website ni bernama FRIENDLY FASHION! Bukan sekadar menjual, boleh kenalan kat sini, berforum & bertepuk tampar... Eh??? hehehe


Ok, dah alang-alang aku cerita pasal web ni, Moh lah aku ajar cara nak gunakannya. Sharing is Caring kan? aherherher. I tak kedekut ilmu punya :) Memula, klik FRIENDLYFASHION . Sign up. Macam biasa. Benda basic kan? hehehe. Kalau aku, aku sign up guna facebook je... Lagi mudah. Lepas dah sign up, editlah profile korang mana yang patut. Agak-agak dah ada barangan terpakai nak dijual tu, boleh la tangkap gambar barang tersebut & submit item ! Mudahkan?

Dalam web ni, korang boleh follow members yang ada dalam ni... Bestkan? Macam-macam barangan ada jual. lelaki, perempuan, kanak-kanak dan untuk haiwan kesayangan pun ada!! WOW. Ini bukan sekadar web je, korang yang ada smartphone tu, bolehlah download apps friendly fashion ni. Untuk pengguna Apple & Android sahaja :)

Jangan lupa follow !

Ok, kalau korang rasa berkenan dengan preloved orang lain tu, rasa nak beli cecepat jeeeee, ha... klik je bawah items tu ' I WANT IT' . Nanti akan keluar message untuk korang taip kat situ.. Beritahu owner baju tu, yang korang nak membelinya.. & selanjutnya, owner akan beritahulah cara nak berjual beli dengan korang.. Aicehh..macam tak biasa beli online kan? hehehe


Si owner pulak, akan dapat msg pembeli dengan segera. Kalau yang dah apps ni dalam smartphone, lagi cepatlah owner tu bertindak membalas msg korang...  Macam yang aku dapat.. Baru je masukkan satu preloved aku, dah dapat feedback. Tapi lupa pulak nak beritahu ukur lilit... Bagi detail size yang standard je.. hehehehe...





Tadaaaaa! untuk first items, aku baru je upload gambar preloved aku yang ini... Tak sempat lagi nak masukkan semua... :) Ok, jangan lupa follow aku dalam friendly fashion ye? I will follow you alllsss back! hahahaha... Mari beli, confirm aku bagi service baikkkk punya... InsyaAllah :) And Good Luck! pada yang mahu mencuba jual preloved masing-masing!!

*MAAF, WEBSITE INI SUDAH BERTUKAR KE VINTED.COM UNTUK PENGGUNA LUAR NEGARA*


FRIENDLY FASHION

P/S : BARU DAPAT EMEL DARI FRIENDLYFASHION , WEBSITE INI AKAN TUTUP PADA 1 JULAI 2013 ! hmmmm... :(  So, ada lagi satu website yang serupa seperti ini iaitu : THE CAROUSELL. BOLEH LAYARI DI SINI
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol