Angel Wing Heart

08 April 2013

Blog masuk majalah Remaja keluaran 1 April 2013





Assalammualaikum


Pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team Majalah Remaja kerana blog aku terpilih dalam ruangan blogspot di Majalah Remaja keluaran 1 April 2013 .  Tak sangka boleh masuk majalah sampai satu 'page'. Selalu aku tengok ruangan tersebut tersangatlah kecil. Tapi ruangan blogspot sekarang, buat rasa puas hati nak membaca. hehehehe.. Aku baru menghidu keluaran blog aku pada 4 April 2013 yang lalu. Sangat terlewat kan? Takpe, kejutan itu sangat baik. hehehehe



Gadis lincah berblog sebenarnya. I ni ayu tauuu... ahaks!

Alhamdullilah, rezeki blog aku masuk majalah. Aku mula berblog masa tahun 2006. Dulu aku kecil lagi.. baru tingkatan 2 . HAHAHA. Sekarang dah besar dah.. aiceh.. sebenarnya umur aku bukan 23 tahun tau! Alaa... janganlah 23 tahun... umur muda lagi baru 22 tahun sekarang... hehehehe..

Sejak menjak ni, aku selalu berblog ikut kepala aku.. Tu pun kalau aku rasa informasi tu berguna untuk korang. Eh, apa salahnya kongsi ilmu kan? Kalau kongsi, makin bertambahlah ilmu aku nanti. InsyaAllah. Sebelum aku kerja dulu, aku lagi rajin update blog. Tu pun berkaitan kos aku masa di Politeknik dulu, dalam jurusan Diploma Pengajian Filem Dan Video. Kalau rajin, bolehlah baca.. :)


Kejayaan berblog bukanlah setakat ini.. Aku akan cuba mantapkan blog dari semasa ke semasa. Mungkin aku masih baru lagi dalam berblog. Tidaklah sepopular blogger yang ada tapi aku cuba sampaikan apa yang menarik di blog aku. Bukan sekadar menulis hal peribadi sahaja :)

Terima kasih pada semua pembaca yang setia atau yang masih baru di blog aku. Sama ada mengikuti atau menjejaki. Berblog ni satu hobi aku. Aku suka berkongsi apa-apa yang menarik untuk aku, pada pembaca aku. hehehehe. Terima kasih jugak pada Cik Bulat kerana merekabentuk blog aku jadi lebih 'meriah' dan senang untuk dibaca. Cik Bulat sangatlah profesional. Kalau korang nak menukar template blog, bolehlah berurusan dengan Cik Bulat ..

Satu lagi, aku suka kalau orang kritik blog aku. Seriously. Dengan kritikan ini, membuatkan aku berkobar-kobar nak aktif lagi berblog.. ekekekke.. Dulu, aku pernah masuk ruangan kritikan blog secara online di sini, Siapa yang kritik tu? Lain tak bukan adalah Mamat. Sekarang dia blogger yang dah top. Terbaik. Dulu dia boleh dikatakan orang barulah jugak dalam berblog. Rezeki dia kan, penulisan dia pun sangat bernas!

Aku jugak pernah mengikuti contest online semasa aktif berblog dahulu. Bukan aku kata, sekarang dah tak aktif, aktif je... cuma aku buat entri, yang betul-betul tak bazir masa untuk korang baca. hehehhee. Balik kepada asal, aku sertai contest: Blog paling cantik 2011 . Masa tu design blog yang lama. Bukan yang sekarang ini. Tak tahulah blog yang cantik ke, atau aku yang cantik. Muahahahaha! Gila angkat bakul sendiri! hahahaha melawak je. Korang bolehlah throwback balik entri tersebut di sini

Dalam majalah Remaja 1 April 2013 ini, aku sangat terharu dengan ulasan team remaja terhadap blog aku.


Salah satu ulasan yang aku suka sangat ialah :

"Walaupun masih berusia awal 20-an, Syazwani ibarat sudah mampu berfikir di luar kotak pemikirannya"

Betul jugak ulasan tu, kadang-kadang aku terasa macam aku ni berfikir seperti orang tua. hehehehe. Kalau nak bersembang, aku suka sembang dengan ayah aku. Lagi-lagi bab politik. opss. Kat sini aku amat menghormati semua pembaca aku, so aku tidak akan buat ulasan mengenai politik kat sini, hehehehe.

Untuk informasi terkini yang perlu anda baca, sila klik di bahagian entri blog. Terima Kasih!

P/S : Dapatkan majalah Remaja keluaran 1 April 2013 berdekatan anda sebelum 15 April 2013 kerana majalah ini terbitan 2 kali sebulan.. :)

Mask Korea paling HOT dan LARIS kini di Malaysia!

 Assalammualaikum

Siapa taknak muka cantik, gebu, lembab macam orang Korea kan? Aku nak beritahu semua gadis-gadis kat luar sana yang inginkan muka lembab, berseri dengan penggunaan mask yang kini paling hot dan laris di Korea. Sekarang, tak payah nak ke Korea cari sumber kecantikan mereka ni, boleh sahaja beli kat Malaysia. Fuyooo. Malaysia pun dah ada jual ok... hehehehe

Aku guna Insolution Collagen Lifting Skin Clinic Mask . Apa yang menariknya, bila aku guna mask ni, kulit jadi lebih muda, berseri, tegang dan lembab-lembab gituuu. Untuk guna mask ini, korang mesti cuci muka dulu sebelum memakai mask. Guna selama 15-20 minit. Kasi serap semua collagen mask yang ada dalam ni. Bestkan? Siap ada callogen tu...



Masa muda ni la nak jaga kulit muka semua. Jangan jaga kulit muka je. Kesihatan pun penting maaa... Taknaklah dah tua nanti, muka kedut sana sini. At least adalah usaha nak jaga kulit muka.... hehehehe


Kemain aku pakai mask ni... dah rasa macam  watak-watak ahli sihir tengok... hehehehe..



Sebelum dan selepas aku guna mask korea ini.... Sebelum muka nampak kusam dan tak bermaya je.. Bila guna mask ni, muka nampak lebih muda & berseri gituuu... Sorry ye.... aku tak mainlah nak edit-edit gambar ni.. Meh, zoom gambar aku selepas guna mask ini....


Amboiii... kemain kulit aku berseri-seri lepas guna mask korea ni ye... hehehe.. So, apa lagi gegadis kat luar sana? Bukan mahal mask ni... Mampu beli.. Guna untuk sebulan sekali, ok apa... Bagi kulit kita ni berehat..Manja-manjakan diri gituuu...hikhik..

Antara produk yang dijual oleh CATHYJOY






No alcohol, no mineral oil, no artificial pigmentation ,no paraben-good for all skin type mask

Berita baik untuk pembaca blog aku, hari ini Cathyjoy akan memberikan kod diskaun khas untuk anda! Gunakan kod diskaun 8868 untuk semua pembelian  Leader Insolution Mask sahaja! *Seperti gambar di atas* bermula dari kategori Insolution Collagen Lifting sehingga Insolution Mela-Tox Skin . Kod diskaun ini boleh digunakan sehingga 31 Mei 2013

Tunggu! Bukan itu sahaja, Cathyjoy juga membuat satu promosi bagi 5 keping Leader Insolution Collagen Lifting Mask dengan harga RM49.50 dan percuma satu  Beauty Clinic IPI Lightmax Ampoule Mask untuk anda!


Jom, terjah CATHYJOY sekarang!
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol