Assalammualaikum....
Akhirnya dapat gak kami berkumpul ramai-ramai. Kawan satu sekolah menengah... 10 orang je yang diajak.. hahaha. yang kamcing2 jela yer.. Ok, Wani nak cerita kat mana we all makan steamboat. Harga murah sebab baru buka kedai ni di Kampung Jawa, Klang. Landmark kat Masjid Sultan Sulaiman Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) atau SMK Sri Istana Klang. Nama kedai Al-Fateh Steamboat & Grill . Kalau tahu kedai makan, Nasi Lemak Hj Mad, mesti tahu kewujudan kedai steamboat ni.. Atau taip je kat waze apps, "Lorong Raja Jumaat" mesti ada....
Lihatlah, betapa sedapnya makanan di sini.. habis licin ooooo...
BFF saya, nyawa saya, susah senang bersama :)
Ingat senang nak tengok I gelak macam kingkong? hahahaha
Yeahhh! kenyang!!! Perut pun dah berlipat-lipat :)
Untuk pengemar steamboat & grill , info kedai adalah seperti di bawah:
Al-Fateh Steamboat & Grill Kampung Jawa, Klang
- 5 petang hingga 12 malam sahaja dibuka
- No.tel untuk tempahan tempat : 0176300965
- Harga untuk Dewasa : RM21.90 seorang
- Harga untuk Kanak-kanak : RM 11.90 seorang
- Harga untuk Warga Emas 60 tahun ke atas : RM 13.90 seorang
- Harga Kanak-kanak untuk 6 tahun ke bawah adalah PERCUMA!
- Facebook : klik sini
Keseluruhannya, Wani bagi 5 bintang! Best!! Cuma kalau waktu kemuncak, parking susah sikit la.... huhuhuhu.... bye