Angel Wing Heart

08 October 2011

APAM KAU!

Assalammualaikum.. Hye peeps! Dah tidur ke?? awal lagi ni..hehehehe....Weekend ni korang gi mane je?? Aku duk umah sewa sambil korek hidung. Muahahahaha. (sengal) Hye, next week aku nak balik selangor . Yeaaayyy! Nak hang out dgn muncieeeee....rindu dengan mereka <3 iloveyousomuch muncieeee...

So, bila aku dah cerita pasal nak balik rumah ni, Korang rasa aku dah beli tiket bas ke belum?? hhihihi.. Belum laa... nanti esok aku beli oke.. jangan risau tau korang :) (poyo lebeyy) . Sebelum nak balik rmh, aku ingat nak order online APAM WARNA-WARNI ni.. menarik sgt. Sorry Trend APAM ni memang dah lama wujud. . mcm tu jgk dgn homemade coklat. Ade yang tak tau ke ape tu homemade coklat? meyh , tengok di bawah ni, homemade chocolate buatan aku sendiri. comel kan? time aku ade masa je aku buat...Kadang-kadang kawan aku tempah..itu pun kalau aku tak busy... :)





Siket-siket dah la aku tayang gambar homemade chocolate aku nie..kang ade lak yang jelouss... (sengal) HAHAHA. Aku nak beli apam colorfull online ni sebab nak bg buah tangan kat mak pak aku (mak ayah lah) ish. . Nak bagi kat muncie2 yang sayang aku.. eerrr.... hehehe.. So, dalam masa yang sama , aku nak tolong promot dua owner yang buat apam nie.. sambil tu , aku ada masuk contest nak dapat apam FREE. auww.. korang-korang yang baik hati tu, tolong lah LIKE picture saya ok.. di SINI thankyouverymuchsayang! hek.. Nak tau gambar aku pertaruhkan? sila la klik di atas tu yeee... dan jangan lupa LIKE.. :)

Bawah ni gambar apam-apam owner ni buat. memang mantap & comel-comel. Sesuai untuk weeding, enggmnt, birthdy, lepaking sambil makan apam cam gini pun boleh . Sweet kan? Rasa macam taknak makan jee...grrrr!




Gambar atas ni dibuat oleh APAMPOLKADOT.COM
Jom usha FB & BLOG owner ni !

Meyh, tengok owner apam yang kedua pulak.. yang ni, memang style lahh....terserlah kecomelannyeee... hihihi


 


Owner apam ke-2 , APAMWARNAWARNI
usha FB & BLOG owner ni jom! :)

Kalau dah jenguk owner-owner ni, boleh la beli kat depaaa.... boleh la survey price ok... Hye, panjanng berjela pulak entri aku kali ni kan?kan? ape taknye..blog aku dah sihat semula! alhamdullilah...so, setiap entri baru aku, semua followers dapat tau entri terbaru aku... :)  Apa pun aku says thankyousomuch sebab jenguk blog aku yang simple sgt nie haa.. sebab aku suke benda yang simple. .ni jela yang dpt sedapkan mata korang..hehehe... and thankyou jugak to silent readers.. mikacih kerana support aku. muahahahha..

byE,BYE,bye! :))

MAK,AYAH,ADIK2,AUNTIE,SYG, TAK SABAR NAK BALIK RUMAH! RINDU SANGAT! :')

04 October 2011

Kisah pemadam dan pensil . Terharu .

Kisah sebuah persahabatan 


Pensil      : Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah.

Pensil: Saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali disebabkan kesilapan saya.

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan karbon terakhir..

Indahnya sahabat seperti pemadam :')

P/S : Copy paste di FB . . Memang best kalau kita dapat kawan yang betul-betul kawan kan? Memang seronok daripada ada boyfiee.. muahahahahaha. So, hargailah persahabatan korang even tidak seberapa.... :)
 



NOTES : Tak sabar nak tunggu weeding makcik sayang . Kena jadi pengapit & baca al-quran (khatam bersama pengantin) Best , best . Jadi princess of the year lah kan? Siap sedia dengan high heel, sebab saya kan pendek + comel + cantik + = GEDIK . Muahahahahahhahahaha!!!

27 September 2011

Shooting Short Film ( Nawaitu ) Part 1


Assalammualaikum. Hye, hye peeps! :D lama tak update blog. Penat shooting pun tak habis lagi. Shooting kena tunda ke hari yg lain sebab cuaca yg tak mengizinkan. Takpelah. Buat jangan kabut2.Betul tak? :) Esok ni, aku ada rehearsal event managament. Huwaaaa... penat tak hilang lagi ni... :( Nak buat camne dah final project kan. Nak last sem dah nieee..berlambak asgmnt aku..huhuhu ... Pengurus produksi mmg goyang kaki je kat tmpt shooting. heh. Bagi krew2 makan semua... kebajikan kne jaga... kerja aku sebelum shooting. urus hal2 shooting. jmp polis,mpk & org2 besar. Yela. nak shooting tmpt org kn. Mestilah kne mtk kbenaran semua.








Selain tu, aku uruskan bajet2 produksi aku. Mane duit keluar, mane yg masuk. Hmm.. kerja kt tmpt shooting, paling sakit, bdk teknikal la..Dowg la kne set up semua. Aku pun tlg2 gak. tlg tgk pn ade. HAHAHA. Alang2 jadi krew, trs jd extra pelakon lak. muahahaha. tgklah kwn aku makeupkan. jadi lain lak...bdk xpenah makeup cmtu la...adoi..meyh, kita tgk di sebalik tabir duluu...part 1 oke.. byk lagi gmbr yg best2 sebenarnyee..:)






Skandal baru. muahahahahha :P







Ok , nantikan part 2 yang seterusnya ok.. sangat busy la..seriously..sampai tak cukup tidur. tak dapa nak taip banyak2...Byeee! :)

16 September 2011

Terpilih untuk sertai program SENYAP , tapi..

Assalammulaikum. Hari ini 1 Malaysia kan ? Mesti ramai yang pergi sambutan tu. Aku tak dapat lah nak join sebab jauh di perantauan ni..xbalik rumah..huhuhu.. Ok, aku nak cerita siket mengenai program SENYAP iaitu Social Enforcement For National Youth Awareness Programme. Di anjurkan pada AHAD ini 18 sept 2011 . Salah seorang penganjur program ni , telah pilih blog aku secara rawak. Memang happy sebab boleh join. Jumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Best kalau dapat join aktiviti menarik mcm ni. Tapi memandangkan aku di perantauan ni , tak dapat nak join. Busy dengan final project aku. Haiyaaa.... Ok , bawah ni adalah keterangan mengenai program SENYAP.


Program ini adalah pertama kali dianjurkan oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi. Gerakan Belia Teknologi Informasi atau lebih dikenali sebagai Information Technology Youth Movement adalah sebuah pertubuhan Belia berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007 dibawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Pengenalan Program :
SENYAP : Social Enforcement For National Youth Awareness Program.
Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan.


Kumpulan Sasaran : 100 Orang Blogger yang mempunyai Kriteria Seperti Berikut.
a. Mempunyai Sekurang-kurangnya 50 Follower didalam Blog Masing2.
b. Bukan Penulis Blog Politik.
c. Dipilih secara rawak oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi.

Maklumat Program adalah seperti Berikut.
Program : SENYAP
Tempat : Bilik Redang PWTC
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2011
Masa Jam : 09:00-18:30
Pakaian : Formal

Sila emailkan kepada saya Maklumat seperti berikut untuk tujuan Surat Menyurat:
1 Nama Penuh
2.Nama Blog
3.No Kad Pengenalan
4.Alamat Email (Sebarang Surat Menyurat akan melalui E-MAIL)
5.Nombor Telefon (Sekiranya ada perubahan akhir anda akan dimaklumkan melalui telefon.
6. 1 Slide Powerpoint ringkas mengenai BLOG anda untuk dipersembahkan pada sesi pengenalan bersama-sama Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
EMAIL : itym2007@yahoo.com

Sebarang Pertanyaan boleh diajukan didalam wall group ini, sekian terima kasih.

Khaireel Azlee Bin Abdul Aziz
President
Gerakan Belia Teknologi Informasi
Information Technology Youth Movement
Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (Lantikan Menteri)
Ahli Makmal Transformasi Pembangunan Belia."


makluman sini

Kepada bloggers yang terpilih tu , cepat2 lah hantar detail korang. Memang rugi kalau tak dapat join kan ? :'( Good Luck korang !!! :) Salam 1 Malaysia - 16 Sept 2011 . . Bye!

12 September 2011

Sugar Glider , binatang comel yang manja

Assalammualaikum . Teringin nak bela sugar glider tak? atau singkatannya SG? binatang ni sgt comel.. Sebelum masuk dalam majalah 3 dulu, aku dah memang berminat nak bela SG ni, tapi memang sakit siket lah sebab SG suka makan makanan yang mahal-mahal jer. Mcm yogurt, buah , sayur , telur , madu , susu , betik ...


Sugar glider ni merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Mereka adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, mereka tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. SG ni bukan adik beradik tupai tapi, SG adalah adik beradik kangaroo, sebab ada kantung kat perut dia mcm kangaroo. Mereka juga merupakan haiwan malam yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga di waktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Tapi kalau korg train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dgn environment tu.

Sugar glider adalah haiwan peliharaan eksotik di kebanyakan negara sekarang. Mereka sangat berbeza dengan haiwan domestik lain seperti hamster dan tikus. Mereka mempunyai personaliti tersendiri, mood, sensitif dan merupakan haiwan yang istimewa dan bijak dalam saiz yang kecil. Kerap disalah tanggap sebagi tupai terbang, sugar glider boleh dipelihara dengan mudah atau susah bergantung kepada tahap pengetahuan anda mengenainya. Penjagaan umum mereka memerlukan lebih banyak perhatian dan interaksi dengan manusia. Bayangkan kerenah seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang memerlukan banyak perhatian serta kadang-kadang manja dan kadang-kadang menjengkilkan, begitulah hampirnya persamaan penjagaan sugar glider yang sebenarnya.


Oleh kerana sugar glider haiwan berkoloni, mereka biasa hidup berkawan. Jika dipelihara secara individu dan tidak mendapat perhatian yang sepenuhnya, mereka boleh mati kesunyian. Sekurang-kurangnya korang kena beli sepasang la.. kalau beli seekor, korang kena jadi sahabat paling baik dgn SG la ;) tapi dengan penjagaan yang betul dari segi diet, interaksi dan keseluruhan, mereka boleh hidup sehingga 10-15 tahun lamanya. Memang disuggest utk pelihara sepasang, tapi kalau nak pelihara seekor pon boleh. Janji korg kena luang mase dgn dia. Dia ni juga dikenali sbg pocket pet, sbb korg leh simpan dia dlm pocket korg sambli bwk jalan2. biarkan dia tidur dlm poket korg pon dikira sbg luang mase dgn diorg.


Dia makan buah dan ulat yg boleh dibeli kat kedai ikan tu. ala, ulat kecik2 tu. Maintenance dia aku rase tak semahal hamster atau guinea pig sbb korg cuma perlu beli ulat dan buah.


SG ni mmg manja sebab suka duk dekat bahu , tapak tangan .. boleh masuk dalam poket lagi...bawak gi jalan-jalan..hehehe.. Harga SG ni sekitar RM250 seekor .. Mahal kan ? tapi seronok sebab sentiasa ada dgn kita.. hehe..Teringin betul nak bela ni..haisshhhh!..

Kalau korang nak cari SG , boleh tgk kat  MUDAH . MY takpun boleh usha kat FB jugak....sini atau info lain di blog INI .Sekarang ni , banyak fan page / club untuk peminat2 SG & sesiapa yang bela SG , boleh berkumpul & bertukar2 pendapat ttg SG masing2 ...best kan ? ;)



Ni bukan SG , patung je..hihihi ;P

Ada sesiapa yg penah bela? share jom ? ;)


P/S : DAH ADA RABBIT , HAMSTER, KUCING , nak pulak bela SG ye..hehehehe... :)

sedikit info dr : http://shorttext.com/8pxs64jyf0

10 September 2011

Tecik la baby ni :)

Assalammualaikum. Hey, dah lama aku tak membebel dalam blog usang nie kan. HAHA. Dah lama jgk lah korang tak muntah2 tgk entry blog aku. huish. Alhamdullilah , dah 70% settel tugasan aku sebagai pengurus produksi team ATAP RUMBIA PRODUCTION . Harap masa shooting set nanti , semua berjalan dengan lancar. AMIN. Dalam bulan 10 ni , maybe aku tak lah busy sangat. ye kot? :D lepas shooting , siap kan proposal & final untuk presentation nanti. Then , fokus dgn EVENT MANAGAMENT. Group kami akan buat satu forum perfileman. Apsiriasi Filem . Masa tu akan ditayangkan sebuah filem and akan didebatkan. Nampak menarik kan?

Ok , assignment pun dah berlambak menunggu , so takde masa sgt nak update blog usang ni.. Harap brsabar lah kalau nak intai2 my life . . :) Dah, skg nak cerita pasal si tecik. tecik bukan baby (human) tau.. tapi baby rabbit. Yes! aku punya rabbit dah lahirkan 5 ekor rabbit tapi hanya 2 ekor rabbit yang dapat hidup..

Gambar kat bawah ni, rabbit nya dah ada bulu dah. Kalau u guys nak tau, baby masa lahir, mmg merah menyala , takde bulu dan seakan-akan macam tikus!




COMEL KAN BABY NI TIDUR? :)


kalau nak tau , seekor baby ni telinganya pendek ! comel,comel  :)  Tak tau lagi jantan @ betina , tunggu umur baby2 ni 2bulan. Sekarang baru sebulan. So, takdapat bagi nama lagi . Sian dia kan. . Kalau korang nak bela rabbit , and ibu rabbit lahirkan anak, korang kena asingkan ayah rabbit tersebut. Ayah rabbit ni makan anaknya sendiri macam ayah kucing. Disebabkan itu lah seekor drpada 5 baby telah mati dimakan ayah rabbit. Tak sempat nak asingkan. 2 ekor lagi , umur tak panjang. kerana kekurusan (kurang susu) & obesiti (terlalu gemokkkk sgt) tak sempat tgk baby tu.. :(

Paling best main dgn baby rabbit. sebab manja . selalu aku letak baby rabbit kat bahu sambil pegang takut jatuh. Mula la baby tu main2 kat leher.. geli. .. HAHA (abaikan) . Korang yang minat dengan hewan peliharaan ni, jaga diaorang betul2 macam nyawa kita sendiri. Jangan abaikan mereka. Ok? Jom tengok baby rabbit aku ni , meh2....




Ok, sangat pandai !


P/S : Lepas ni teringin nak bela SUGAR GLIDER pulak. tapi rumah aku ade kucing yg hyperactive! semua nak makan . grrrr ..



Sayang korang , bubu, lulu , 2 anak arnab..:)

09 September 2011

Kami 1 family !





Detik-detik melepaskan tension di kepala ! HAHAHA . Banyak lagi gambar, tapi yang ni jela post ye..hee... Semoga persahabatan kita berkekalan.. Amin :)

31 August 2011

Sehening di Pagi Raya =)


Bermaaf-maafan di pgi raya ^^


Ni mak-mak datin , kiri tu baru nak kawin tahun ni =)


Budak tecik dgn ayah & mak dia..


Atok mmg style bak hang. HAHA


Budak tecik , dah pandai gelak ^^


Bukan 1 family ye.. Pakcik & Makcik , baby tecik tu cousin i..


Ni budak sentol. mmg tecik2 je orgnye. HAHAHA (sape lah tu kan) =P



Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin ^^

P/S : Kalau ada gambar best2 lagi , i share oke. Bye2 =)

24 August 2011

Teman sejati hanyalah AMAL

Bila Waktu Tlah Berakhir

Artist: Opick
Song Category: Nasyid 
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi
Lagu yang aku suka sekarang ni.. layan jela yeee... =)

23 August 2011

Tiket bus di tangan ! Alhamdulilah =)

 
Ehem-ehem . Aku dah nak balik beraya ni. Sila lah tengok tiket bus di atas tu...hehehe.. rindunya kat family. Dah lama tak balik.. Haisshhh!!!  Pastu nak bebuka dengan makcik sayang di restoran putra Ayu shah alam. Kalau sempat , aku post di blog ini yea!! heee...

Doakan aku selamat pergi dan balik. AMIN.
Yang sibuk buat kuih raya tu , elok2.. ingat-ingat orang lain.. =P
Masa cuti raya ni , aku taknak fikir pasal assignment ke , final project ke, aku nak enjoy. HAHAHA. Penat weyh kalau nak berfikir je..cuti pun , cuti gak lah kan.. =)

Kepada team production aku , jangan gaduh-gaduh. Kalau aku ada terlepas cakap ke, buat kerja korang tak puas hati ke , aku minta maaf sempena HARI RAYA AIDILFITRI ni . . Semoga final project kita berjalan dengan baik. InsyaAllah.






17 August 2011

Balik Raya?

Assalammualaikum , peeps , readers ! Macamana puasa korang tahun ni?? Penuh tak ? ehem2.. hehehe.. Rasanye dah berbulan aku tak update blog . Betul tak ? Bulan sebelum raya ni , memang aku busy gila. Sekarang ni , aku tengah edit balik rport praktikal aku. Esok mahu hantar... ^^ Short film dah nak settel , lepas raya ni boleh shooting . Thanks kpd krew ATAP RUMBIA PRODUCTION. Hope final project kita ni berjaya lah ye. . :)

Next week aku balik selangor sudah. Horay ! Alhamdullilah. Dapat jgk balik beraya ..sobs, sobs :') Then be4 raya tu , balik ke kg nenek aku .. Tahun ni meriah ke tak erk? Haish . umur dh lanjut ni , mcm tak terasa lak. Tapi terasa nak gi shoppingggg jeee... haiiiissshhh!... Ehem , tak sabar nak angkut HP baru.. tu pun , kalau harga jatuh . Raya2 cam gini , harga mesti best2 kan? hihihihi...

Ok, mcm biasa , layout blog aku pun dh berubah . Siap letak music lagi. Sori lah kalau tak suke ^^ tp aku suka ape...miahahahhaa...

Eh , jap2 ... be4 aku logout ni , meh tengok makcik kesayangan aku buat kuih raya.....lalalalla...biasalah org dah nak naik pelamin ni , rajinnye bukan main lagi...kalau aku lah , beli je kat expo tu berlambak..KAHKAHKAH... (pompuan malas. jgn jadikan contoh!) :P


Kuih Sarang Semut. Bukan Semut yg ade dalam kuih ni. LOL


Ini Kuih Arab . Atau Kuih Suji .

Buat kat kg nenek aku ni...balik kejap.. tapi aku tak dpt nak tolong la ..yela aku kan jauhhhh.....stdy , busy, jaga anak nak SPM , jaga kucing , pokok bunge ,  bla bla bla bla... :P (ngarut) HAHAHA
Ada ayat-ayat best aku nak bagi korang baca dlm blog ni . Ni untuk suka2 je.. jgn spoil pulak .

Kuih paling gangster= Lompat Tikam

Kuih paling sexy= Puteri Mandi

Kuih bajet cute= Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda= Seri Muka

Kuih paling alim= Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk

Kuih suka pukul= Kuih Lompang

Kuih dalam zoo= Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeettttt

Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit

Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram= Kuih Makmur

Kuih paling lembap= Kuih Siput

Kuih paling bahaya = Kuih BOM...

Thanks baca story mory hari ni . Thanks sebab follow even blog tak seberapa. mahu se simple yg mungkin.. Last, Aku ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa , dan hari raya aidilfitri yang bakal menjelang ..... Balik beraya , drive elok2... :) Ade something aku nak share dengan korang , sempena hari raya ni , KLIK SINI . Ok ,Bui bui bui ^^

P/S : InsyaAllah , gambar-gambar RAYA akan diupload utk update yg akan datang. Wait ya. :)

31 July 2011

Berpuasa !

Salam. Sempena bulan ramadhan ni, aku nak ambil kesempatan , mohon maaf di atas setiap kesilapan & keterlanjuran setiap bai-bait kata2 aku ok..hehehe.. Semoga ramdhn kali ini kita sama-sama mendapat keberkatan & kereda-anNya.. insyaAllah...

Aku pun dah jarang update blog. Hanya lama2 sosial yg lain2 tu yg menemaniku..hehehe..

Selamat berpuasa & bersahur ye esok!! Tak sabar nak balik raya hujung bulan ni....lama tak jumpe MakAyah <3 :)
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol