GAMBAR yang disiarkan kelmarin  menunjukkan salah satu mumia yang diimbas dengan menggunakan komputer di  Muzium Kaherah Mesir pada 10 Mei lalu. 
PARIS - Seorang puteri Mesir yang hidup di antara 1580 dan 1550  Sebelum Tahun Masihi merupakan manusia pertama dalam sejarah diketahui  menghidap penyakit jantung koronari.
Penyakit itu dikesan menerusi imbasan komputer yang memberikan imej  terperinci ke atas mumia Puteri Ahmose-Meryet-Amon yang meninggal dunia  semasa berumur dalam lingkungan 40-an.
Menurut Persatuan Kardiologi Eropah, puteri itu didapati mempunyai aterosklerosis atau satu pengumpulan bahan lemak di dua dari tiga saluran koronari.
"Pada hari ini, dia mungkin memerlukan pembedahan pintasan jantung,"  kata ketua analisis mumia itu, Gregory Thomas yang juga Pengarah  Pendidikan Nuklear Kardiologi di Universiti of California di Irvine,  Amerika Syarikat menerusi telefon.
Menurutnya, dia berasa terkejut dengan jumlah pengumpulan lemak yang ditemui itu.
Separuh daripada mumia yang dikaji itu menunjukkan terdapat tanda-tanda pengapuran dalam saluran arteri yang menunjukkan tanda aterosklerosis.
Purata kematian mumia itu ialah kira-kira 45 tahun. - AFP



makasih gan infonya dan semoga bertambah sukses
ReplyDelete