CONTEST CLOSE!
Assalammualaikum & salam sejahtera . Sekarang , sudah tiba masanya untuk kita umumkan pemenang-pemenang contest yg aku anjurkan pada 20 Febuari 2011 sehingga 31 Mac 2011 ~ Memang susah nak pilih mana yang terbaik ! Semuanya comel-comel sangat ! Serius . Kadang-kadang rasa geram je tengok. hihihi. Macam-macam haiwan peliharaan yang ada :)
Hadiah yang akan dimenangi oleh pemenang ialah :
TEMPAT PERTAMA
FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM30
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET
TEMPAT KEDUA
FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM25
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET
TEMPAT KETIGA
FOOD UNTUK PET ANDA BERNILAI RM20
&
HADIAH MISTERI UTK TUAN PUNYA PET
3 HADIAH SAGUHATI
-HADIAH MISTERI-
Inilah sesi pemilihan : Sesi 1 & Sesi 2 . Seramai 83 orang yang join contest ni , dan seramai 6 orang contest 'rosak' disebabkan aku tak dapat jejak url yang diberikan .setiap peserta yang join contest ni , aku akan blogwalking balik untuk inform kat mereka dan beri tanda ucapan terima kasih di shoutbox atau ruangan comments. Tapi semalam aku blogwalking untuk kali ke-2 lagi bagi proses pemilihan , sudah tak dapat jejak . Mungkin blog tersebut sudah tak aktif lagi atau sebaliknya . :( Dan .. aku tak kisah mengenai banner yang tidak 'di tempek' di side blog korang ok . :) asalkan korang sudi join contest aku ni sudah memadai. . Kalau bab tag "menge'tag" tu , tak kisahlah nak tag cara beritahu mereka yg lain menggunakan shoutbox atau lain2. Aku mmg sgt baik hati oohh !! hehehe ...
Terima Kasih sekali lagi kepada yg sudi sangat join contest aku ni . Contest yg pertama .. Sangat-sangat menggalakkan ! Jangan tak tau , ada beberapa lelaki juga join tau ! Menunjukkan mereka juga mempunyai sifat kemanusiaan terhadap binatang. hehehe...
Sesi pertama
Sesi Kedua
Ok , tak nak taip panjang-panjang , jom kita tengok siapa yang terpilih !
-
--
---
----
-----
------
--------
--------
------
----
--
-
Tahniah diucapkan ! Kucing ni , besar-besar nyusu lagi yek ! hehehe .Maknye boleh cool je . Fuhh !
Cerita beliau mengenai pets nya :
Nama: Mumu @ Mumu-Chan@ Mumu kecHanUmur: Setahun kotJenis /Baka/Model : Kucen kutip yang ku bela dari kecik dengan penuh kasih sayangStatus : Ibu tunggal anak 5Tabiat : ??WohOoo.......... kalu nak cerita perangai die terlalu banyak...setelah diperhatikan selama 2 minggu 3 hari dan sepurnama eceh-eceh...
Mumu kechan @ mumu chan perangainya...Suke lompat ke tempat tinggi a.k.a meja a.ka. lemari.. a.k.a dapursebaek saje diserbu oleh anak-anaknyer..cess,... kantoi suda............ :p
Haha , rabbit ni terus terlentang dengan memakai baju yang comel ! :)
Jom baca cerita pets beliau ni :
Mase mule2 aku jage dia time 2 awal bln 11 2010, kecik je.. aku panggil dia BABY..Arnab yang paling manje yang penah aku jmp..:PTabiat dia suke kejar org...da kejar main jilat2 kaki pulak...selamat xgigit..hihi Ade satu part aq tgh dlm tandas. pastu dia bole gegarkan pintu 2 gune kepale dia.. ah chomey, nk ajk aku main la 2...Mule2 bela dia igtkan betine rupenya jantan...hampeh betul aku...hehe
akhirnya nama baby 2 harus dikekalkan..
Comel burung ni , siap tidur lentok di ketiak tuannya ! HAHAHA , masyam tak ? :p
Cerita Beliau mengenai pets nya :
Pernah tengok burung tido baring celah ketiak orang tak?? heheJantina : JantanJenis : Burung BudgerigarTabiat : Suka kacau orang, buat aksi head-banging, membebelNama : Chombee
3 HADIAH SAGUHATI :
Landak batu , first aku tak tahulah pulak ada landak yang comel macamni boleh bela ! pernah nampak tapi takuttttt nak bela...hehehee .
Pemilik : Tira
Cerita mengenai pets beliau :
nama dia jacob. mama ngan ayah tira panggil dia akob. tira panggil dia jake. alang-alang nama jake, memanglah dia seekor jantan.oh, ini namanya hedgehog. atau bahasa melayunya landak batu. specialnya walaupun dia landak, tapi susur galur dia rapat dengan tikus tak kait ngait pun ngan landak.hobi dia menyondol kotak-kotak tisu, gulung-gulung jadi bola, tidur terkangkang, pastu jalan kedek-kedek laju-laju sambil takutkan boboy (ni kucing aku yang takut gila dengan jake yang kecik ni sebab dia berduri!)
Kura-kura yang comel dan senang untuk dijaga ! :)
Pemilik : Dyanzjha
Cerita beliau mengenai petsnya :
nama:
nama pet saye lulu (jantan) & lala (betina).
jenis haiwan:
mereka nie adalah kure-kure saye yg comey...sukeeee sangat kt kure2...saye beli mereka time pesta penang...skg da dekat setaun~~~
tabiat:
mase mula2 beli..geli la jugak nak pegang..lame2 ok jerkk siap mandikan dorg lagik taw...lulu & lala suke sangat *mengedik2* ..taw x cmne die mengedik2...??? bila dorg berjalan ulang2 alik kesane kemari kat dalam balang plastik tue..pastu bunyi cam air terpercik..skg nie da besar sket so kena beli balang yg lagi besar laaa...sangat aktif taw dorg nie~~mcm tuan die gak laaa...he3
makanan kegemaran:
makanan cam pallet tue...byk la kt kedai2 haiwan..kadang2 kangkung pon die layan gak~~~
Ha.. yang ni sugar glider atau dikenali dengan tupai terbang . betul ke aku cakap ni ? hehehe
Haiwan yg setia dengan tuannya kan ?
Cerita beliau mengenai petnya :
Jantina : male!hehe...
jenis haiwan: haiwan ni nama dia sugar glider..ala..dia lebih kurang macam tupai terbang gak..tapi lain sikit!
tabiat: haa...ni yang best tau! lulu suka sangat bela dia. sbb dia ni tak macam haiwan lain tau. dia ni sangat cute! and yang bestnya, haiwan ni kita boleh bawak dia pegi mana2...contohnya la kan,kalau lulu nak pegi kelas, lulu bawak je dia.letak dalam pouch dia(macam dalam gambar). dia tak kan lari. yang sukanya, dia ni suka main2 kat atas badan kita. lari2 atas badan kita, kat belakang kita..hehe...sweet kan...and most of my time memang dengan dia je la.dia memang best and sangat jinak...dia jugak boleh terbang tau!ok..i mean bukan terbang macam burung.tapi ala-ala macam tupai terbang tu!.hehe...suka lompat sana..lompat sini..tapi dia tak kan lari dari kita!hehe..haiwan ni manja sikit tau. kalau boleh dia nak sentiasa ada dengan kita. baru dia rasa selamat.comel kan?hehe.. and hari tu, dia ni dah pandai kiss lulu!hehe..ari tu bawak la dia baring sebelah lulu, and tiba2 je dia kiss pipi lulu.terkejut tau!sebab sebelum ni memang ada ajar dia kiss lulu.tapi dia tak penah buat.tiba2 je hari tu dia buat..hehe. owh..i love him very much! love him more than anything... i love sugar glider~
nama pets: i call him 'baby'..sebab time mula2 bela dia,dia baru umor 2 bulan...
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG :)
Sila berikan NAMA PENUH , NO.TEL & ALAMAT RUMAH , URL BLOG anda melalui emel atau msg di FACEBOOK .one_neey@yahoo.com
( BERIKAN MAKLUMAT ANDA SEBELUM 1 JUN 2011 . Penghantaran hadiah akan dipos setelah menerima maklumat lengkap pemenang dalam masa 1 minggu )
(Pemenang saguhati , TOPUP akan diberikan . Sila berikan no.tel anda di emel @ Facebook)