Angel Wing Heart

06 April 2011

Ada ubat hapus Radiasi nuklear ke?


Dah ada orang jual ubat untuk hapuskan radiasi ke ? Wah , nampak menarik. Ubat ini mampu membuang radiasi nuklear dalam tubuh manusia melalui proses perkumuhan dalam tempoh enam jam . Nama ubat ini ialah Premium Zeolite .

Harga ubat ini bernilai RM1, 705 dan dijual di Jepun . Malangnya ubat ini adalah palsu semata-mata dan tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi nuklear tersebut. Pokai jugak duit-duit yang kena tipu tu yeekk..  

Selanjutnya .....

TOKYO: Polis Jepun, semalam menahan dua lelaki yang menjual ubat didakwa mereka dapat melindungi orang ramai daripada kesan radiasi nuklear.
Dua lelaki berkenaan iaitu peniaga makanan kesihatan, 50, dan pembantunya yang berusia 29 tahun didakwa menjual ubat berkenaan tanpa lesen, kata jurucakap Jabatan Polis Tokyo. “Iklan yang disiarkan mereka menyatakan ubat yang diberi nama Premium Zeolite boleh menyerap bahan radiasi dan membuangnya daripada tubuh manusia dalam tempoh enam jam melalui proses perkumuhan,” ujarnya.

Menurutnya, ubat itu terbukti tidak efektif untuk membebaskan bahan radiasi seperti mana didakwa. Dua lelaki terbabit menjual 10 botol ubat itu kepada tiga orang antara 17 Februari hingga 29 Mac lalu dengan harga 47,500 yen (RM1,705)... - AFP - METRO




Misteri Besi dari Langit !


KLANG: “Sehingga sekarang saya tak tahu apa objek ini. Saya cuba bertanya kawan-kawan, tetapi mereka juga buntu dan membuat andaian masing-masing,” kata Mokhtari Ahmad, 67, menceritakan objek misteri seakan-akan besi yang didakwa ‘jatuh dari langit’ menembusi bumbung rumahnya di Kampung Bukit Kapar, Meru, dekat sini, Ahad lalu.
Mokhtari ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, objek berbentuk bulat, berat kira-kira 300 gram dan panjang hampir 20 sentimeter itu jatuh ke dalam rumahnya kira-kira jam 6.30 petang.

“Ia jatuh betul-betul di depan saya. Jika berjalan beberapa langkah ke depan sebelum itu, pasti objek misteri ini tepat mengenai kepala saya.
“Selepas jatuh ia mengeluarkan asap tetapi saya tak berani pegang kerana panas,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, objek misteri itu mengambil masa hampir setengah jam sebelum boleh dipegang dan Mokhtari kemudian membalutnya menggunakan akhbar lama.

Menceritakan lanjut kejadian misteri itu, Mokhtari berkata, ketika itu dia baru pulang ke rumah dari bersiar-siar bersama keluarga di Shah Alam dan ketika kejadian cuaca mendung.
“Ini kejadian pertama berlaku ke atas rumah saya, malah di kampung ini dan sehingga kini ia masih menjadi tanda tanya.

“Ia juga tidak mengeluarkan bau, cuma bila dipegang terdapat kesan terbakar,” katanya.

Dia mendakwa, selepas solat Maghrib di surau, dia memberitahu perkara itu kepada rakan dan mereka tidak tahu menahu objek apa yang jatuh dari langit itu.

“Pagi keesokannya saya membawanya ke Batu 8, di sini dan tunjukkan kepada kawan-kawan dan mereka hanya menggeleng kepala.

“Saya berhasrat untuk menyimpan objek ini kerana ia jatuh secara misteri,” katanya.



Ok, bukan kat tempat aku lah yeekk... tak pernah lagi aku jumpa benda-benda pelik ni.... tapi aku harap aku taknak pun jumpa benda yg pelik-pelik...heeee.... :p Korang fikirkan lah betul ke ada benda jatuh dari langit ? Macam hujan ais yang dulu pernah berlaku kat Malaysia. Takpe.. Nanti entri akan datang , aku try cari info ni.. 


 Nak coklat free tak ? Sini
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol