Angel Wing Heart

09 November 2011

Diskusi Perfileman di tempat belajar.

 Salam. Cerita ni memang aku nak 'publish' dalam blog aku. Tetapi memandangkan aku sentiasa busy dengan final project , aku terpaksa kuburkan... Sekarang , bolehlah aku ceritakan mengenai diskusi Tayangan Filem Patriotik di UUM , Perlis dan juga di tempat aku belajar di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Aku dan beberapa orang penting dalam 'group' untuk subject event management diberikan peluang untuk menyaksikan diskusi tayangan filem ni.. sebabnya kami satu group akan buat satu event berkaitan dengan diskusi seperti ini...




Diskusi Tayangan Filem Patriotik di UUM , Perlis
Filem ditayangkan ala-ala masa kehidupan seorang komunis & menyerah
(filem ni memang filem lama & aku tak ingat tajuknya)


Ok, diskusi ini sebenarnya adalah satu tayangan sesebuah filem untuk ditontonkan kepada para pelajar yang mengambil kos perfileman & video..  Selepas penonton selesai menonton filem tersebut, di hadapan akan ada beberapa orang penceramah yang akan membahaskan mengenai filem ini seperti pengisian yang akan diperolehi dan sebagainya. Pelajar juga sangat digalakkan untuk bertanya kepada penceramah mengenai filem tersebut. Bagi aku tidaklah terlalu berat pengisiannya cuma, dalam bab berpatriotik ni , aku tau mesti sesetengah di kalangan remaja seperti aku juga yang kurang mengambil inisiatif mengenai patriotik.. Kan?  Sebab tu lah remaja kena banyak tonton filem berilmiah sikit..

Lepas dah selesai tengok cara mereka buat event ni, so kami bersama pensyarah bersetuju untuk buat event Apresiasi Filem Bertemakan Kemerdekaan di PTSS pada 28 sept 2011 yang lalu.. Masa ni kami sepakat nak tayangankan filem 'Hati Malaya 1957' bersama seorang penceramah jemputan di UITM, Perlis iaitu Pn Izwani. Pensyarah aku juga menjadi moderatem dalam diskusi ni... iaitu Pn Sullia dan En. Mohd Tarmizi.


Sempat ambil gambar walaupun muka dah lesu mesu..hihihi (di PTSS)



Pensyarah-pensyarah dan penceramah jemputan (di PTSS)




Duduk dibahagian atas sekali sebab menjadi krew dalam event ini.. (di PTSS)

Bagi aku , event ni berjaya dijalankan walaupun terdapat beberapa sedikit masalah.. Itu tak apalah....student kan, semua ni biar menjadi pengalaman dan sesi pembelajaran.. So, next sem jumpa subject lain , buat yang terbaik! :) InsyaAllah..


Oh, ye sebelum nak balik rumah sempena Aidiladha lalu, ada satu subject elektif, iaitu subject yang dipilih sendiri oleh pelajar. So, aku pilih subject comic even aku tak ada asas nak lukis seni-seni ni..hehehe...saja nak cuba sesuatu yang baru..tak salah kan? :)



Cover Belakang & Depan



Comel tak ? hehehe... comic ni aku yang lukis , group ada 3orang sahaja. lagi dua orang color guna PS & software comic life bukan color pensil. hahhaa. yang lagi sorang , inking , grafik dan susun panel. Tenkiu semua :)

Ehem, malam ni aku dah nak gerak ke perlis. Huhuhuhu :( sedih . tak puas lagi cuti sebenarnya. Lepas ni ada lagi satu event - dinner untuk sem 6 & presentation short Film 'Nawaitu' . Presnt ni lah buat getar hati je... biasalah kalau dalam sesuatu produksi, mesti ada perselisihan faham. . Tapi aku berharap semuanya ok. Amin. Next Sem akan pecah beberapa group dalam 2-4org sahaja untuk hasilkan satu bahan dalam produksi masing-masing seperti iklan, PSA, Doku, Short Film , dan lain-lain lagi. Aku dah siap-siap pilih group aku..hehhee.. insyaAllah sem depan na hantar proposal masing-masing.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai short film aku, sila klik SINI . Tapi baru part 1 je... hehehe.. agak busy. mungkin lain kali aku post ok?


Ini Perlis . Welcome Perlis . Good Bye Selangor.

08 November 2011

Kehadiran arnab New Zealand White!


Salam. . dah lama aku tak ceritakan mengenai arnab-arnab kesayangan aku kan? hehehe.. ok, here we go!! Arnab aku dah jadi keluarga besar sekarang... =) yela , arnab aku baka mix anggora je. Tiba-tiba kawan ayah aku bagi sepasang arnab yang dah dewasa kat ayah aku...dah taknak jaga katanya...sebab anak dia ada sakit asma...so, tak bolehlah bela arnab atau haiwan-haiwan yang berbuluuu ni.. Yang jantan baka mix anggora tak silap aku..dan mak dye pulak baka New Zealand White....


Ni ayah kepada anak-anak New Zealand White (jantan ni baka mix anggora)



Ni pulak mak kepada anak-anak New Zealand White (baka NZW jugak)

Jom, aku nak kenalkan korang dengan anak-anak NZW ni yang baru dalam usia 3minggu lebih...kiranya belum cukup 2bulan lagi... selalu orang jual arnab, umur 2bulan ke atas...bawah 2bulan adalah dilarang sama sekali..yang kecik-kecik perlukan susu ibunya ok....



Mak NZW ni sebenarnya lahirkan 5 ekor anak arnab..sama jugak dengan arnab mix anggora aku...tp tinggal 2ekor je anak mix anggora yang hidup....Tengok gambar atas tu , anak NZW yang seekor tu hidungnya basah sebab minum susu mak dye...hehehe..(pelahap ni)

Kalau korang membela arnab dan bercampur dengan jantan, tiba-tiba lak betina tu nak beranak kan , cepat-cepatlah korang asingkan yang jantan tu sebab jantan ni macam bapak kucing jantan yang makan anak dia sendiri....anak NZW ni ada 5ekor tapi dah tinggal seekor sebab tak sempat nak selamatkan...tengok bawah ni, ada telinga anak NZW yang kontot kan? ha....tu dah kena lahap dengan bapak dye... (KEJAM) sobs..cacat anak NZW aku ni..:(




Menghidu kertas-kertas dalam kotak (baru nak belajar mengigit tapi tak gigit olang okeh!)


Hidung basah dek susu mak NZW... (pelahap sgt, lapar kot..hehehe)

Meh cerita arnab mix anggora yang aku bela bukan dari pemberian jiran sebelah menyebelah & sebelah lagi..hehehe... Ok, dulu awal tahun 2011 aku dengan kawan aku beli sepasang anak arnab 2bulan ... aku ambil yang betina & kawan aku dila ambil yang jantan.. dalam beberapa bulan, kitaorang belikan pasangan diaorang masing-masing..sampai lah arnab ni dah ada anak sendiri...hehehe... arnab aku dah 2x beranak..sekali 5ekor lahir tapi yang hidup 2ekor je..kali ke-2 lahir 5 ekor jugak..tapi semua 5ni tak dpt diselamatkan...sobsss...:(



Ni LULU , si mak betina baka mix anggora yang dah dewasa skg....



Ni pulak BUBU , si bapa baka mix anggora yang bertompok-tompok

Dua-dua ni dah dewasa pun...dah jadi mak ayah lagi tuu... tak bapa nak comel kalau dah besarkan?hehehe...1 family mix anggora ni tinggal dalam sangkar buatan ayah aku sendiri..letak kat beranda depan rumah aku....hehe.. Dulu mak ayah mix anggora ni comel macam gambar downg masa kecik-kecik dulu kat bawah ni...aikk.. arnab pun ada gambar tecik-tecik eyh...hahaha..arnab cepat membesar okeyy...=)




LULU & BUBU masa teciktecik dulu..heee..BUBU memey comel! ada dot-dot lagi tuu





Ni lah anak-anak BUBU & LULU baka mix anggora masa umur dalam 2bulan ke bawah
kesian yang seekor lagi tu, telinga kontot akibat BUBU yang pelahap :(




Sekarang ni lah anak BUBU & LULU...dah besar..mungkin usia mereka berdua ni dalam 2-3bulan.... dah boleh jual tapi masih larat bela lagi..so...janganlah jual...hehhee...
Ehem ! aku dengan kawan aku dila yang sama membela pets ni , mau tukar-tukar arnab sebab aku mau pindah rumah...tukar seekor pun jadi lah..hehe.. arnab kawan aku ni baka LIONHEAD & mix anggora.. so, dia dah dapat 6 ekor anak arnab sekarang. Kalau tak silap akulah kan...Nak tengok arnab kawan aku masa tecik dulu? meh-meh... Sorry, satu family arnab dila , aku takde gambarnya okehh... =)




Ni jantan , baka mix anggora..nama Tommy ^^



Kiri tu lah baka LIONHEAD (betina, nama mimie) dgn pasangannye Tommy ^^

Kalau nak tau , baka Lionhead ni macam singa lah bulunya... maksud aku , pipi arnab baka ni tebal dan mengembang mcm singa...& baka mix anggora ni sebenarnya baka yang dah bercampur aduk dengan anggora lain...kalau nak tau anggora ni banyak jenis bakanya...baka jenis ni bulunya lembut & tebal... tak macam arnab kampung....semua ni arnab perhiasan tauu.. jangan sembelih pulak...mahal-mahal beli....huhuhu :D

Teringin tak nak bela? hehehe.. senang je jaganya.. tapi kebersihan mesti selalu jaga tau! Jangan tak tau, arnab pun kena potong kuku ! :) Nak beli , kena tahu fakta arnab di SINI nak tau jenis-jenis baka arnab klik SINI dan SINI . Korang jugak boleh kongsi-kongsi pendapat @ nak jual/beli arnab di SINI pula ok.. tu jela cerita aku setakat yang terbaru mengenai pets aku ni...hehehe.. aku tak kesempatan nak jaga dowg ni semua sebab masih belajar di Perlis...So, ayah aku je yang jaga diaorang ni....(arnab teciktecik je rajin bela eyh?)



Baka Holland Lop.. Mahal sangat sampai beratus-ratus! (telinga jatuh)
Gambar dari Encik Google

P/S : sekarang ni aku ada arnab pemberian jiran aku & pets aku sendiri...So semua dah jadi pets aku lah kan? ^^ Bapak NZW (baka mix anggora), Mak NZW , anak NZW 4ekor = 6ekor ... BUBU & LULU serta anak-anaknya 2 ekor = 4 ekor.... Total arnab yang aku ada sekarang 10 ekor !! wow

Tak kisah habis duit banyak asalkan hidup ada pets! sobsss... pasni nak try bela sugar glider lak..HAHAHA =P
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol