Angel Wing Heart

11 June 2012

Tanda-tanda Gangguan JIN

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN
A) Berpunca Daripada Jin
  • Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
  • Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
  • Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
  • Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
  • Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
  • Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.
B) Berpunca Daripada Manusia
  • Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
  • Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
  • Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
  • Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
  • Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
  • Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
  • Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
  • Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:
    1. Terlalu marah.
    2. Terlalu takut.
    3. Nafsu syahawat yang tinggi.
    4. Manusia yang lalai.
    5. Jahil
  • Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
  • Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.
TANDA-TANDA GANGGUAN
a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
  • Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
  • Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
  • Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
  • Mimpi buruk yang menakutkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
  • Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
  • Mimpi melihat makhluk halus.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
  • Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
  • Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketika Jaga:
  • Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan (Gila).
  • Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
  • Lesu dan malas.
  • Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
  • Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
  • Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi.
  • Melihat sesuatu yang pelik.
  • Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
  • Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
  • Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
  • Jiwa lemah dan mudah mengalah.
  • Selalu mengantuk.
  • Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Hilang darah.
  • Agresif dan bertindak liar.
Dipetik dari : http://www.zamdurrani.dumei.com/v2/index.php

06 June 2012

Muzium Tentera Darat


Assalammualaikum.

Yeaah! Entri pertama untuk bulan jun 2012 ini. Hehehe. Jarang sangat aku update blog sekarang eyh? Yela, aku dah semakin malas dengan ber0nline ni. Takde Life kalau asyik hadap lappy, internet saje.. Huhuhu. Kat rumah tunggu orang masuk minang je. Bhahahaha!

Memandangkan cuti sekolah bermula ni, kami pergi Port Dickson, Negeri Sembilan. Walaupun dah banyak kali pergi sini, tetap tak jemu yee. Cuma cuaca sini makin panas sangat. Mau masak aku kat situ. hehehe. Kami jenjalan ke Muzium Tentera Darat & Kota Lukut. Baru aku tahu, Negeri Sembilan merupakan Negeri tentera. Memang ada satu bandar tentera kat sini :O Jalan raya tempat ni, berwarna merah. Ala-ala red carpet gitu. Kawasan sini luas dengan sekolah-sekolah tentera, kediaman dan muzium.



 Tabik, tabik hormat!
 Tugu memperingati askar-askar yang gugur
 Wahoooo!



 Tutup hidung guna tangan pun bolehlah abang askar. hehehe


Ini merupakan terowong bawah tanah yang digunakan oleh komunis pada masa waktu dahulu. Oh ye, ni bukan terowong yang asli ye. Tapi memang best masuk dalam terowong ni :)


 Kota Lukut. Tinggalan tapak istana zaman kegemilangan Sultan Jumaat

Maafkan daku kerana entri seciput untuk dibaca. Daku tiada mood untuk menaip blog sekarang. wuwuwuwuwu. Take care readers! Love yaaaa! :)

23 May 2012

FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9)


Assalammualaikum.

Hye peeps! Siapa tau mengenai FESTIVAL FILEM & VIDEO PELAJAR MALAYSIA KE-9 (FFVPM9) ni? Okey, aku dapat tau pun dari Bff aku bum. Thank youu sebab bagitau. Tapi kalau dia nak masuk, boleh aje. Cuma aku kurang berkeyakinan pulak. Bukan calang-calang nak masuk tanding ni.hehehe. So, kawan-kawan yang lain...pe lagii.. serbulah. menarik nih.




1.0 PENGENALAN

Penganjuran FFVPM9 tahun 2011 yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA boleh diumpamakan seperti “sireh pulang ke gagang”. Universiti Teknologi MARA merupakan tuan rumah penganjuran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia yang pertama pada tahun 2003 dan setelah sembilan tahun berlalu, akhirnya Universiti Teknologi MARA dengan bangganya sekali lagi dipelawa untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran FFVPM yang cukup berprestij bagi mendokong pembangunan pendidikan filem dan video pelajar-pelajar IPT. 

FFVPM9 merupakan penganjuran festival berbentuk ilmiah dan manifestasi filem melihatkan penglibatan pelajar-pelajar, pensyarah-pensyarah dan kakitangan dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi dan Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). FFVPM9 2012 juga merupakan satu himpunan pengisian ilmu yang digunapakai bagi mempraktikkan segala urusan dalam menjayakan satu acara berbentuk akademik yang akan berlangsung mulai 21 – 23 Jun 2012. 

Berteraskan pada iltizam dan kerjasama semua pihak serta aplikasi ilmu, ianya menjadi satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah festival yang merapatkan industri dan pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia jurusan perfileman.

Menerusi penganjuran festival ini, pelbagai perancangan aktiviti akademik seperti pertandingan, pameran, wacana, bengkel, seminar dan persembahan termasuk penayangan hasil-hasil karya kreatif pelajar-pelajar IPT Malaysia akan dipersembahkan kepada khalayak yang akan berlangsung di tiga (3) lokasi utama Universiti Teknologi MARA Shah Alam yang berdekatan iaitu
1) Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC),
2) Dewan Sri Budiman (DSB)
3) Dewan Annexe, 

Pada Malam Kemuncak Anugerah FFVPM9, hasil karya kreatif pelajar-pelajar fakulti akan dipertandingkan dan dianugerahi menerusi kategori-kategori pencalonan yang mirip dengan anugerah pencalonan festival tempatan dan antarabangsa. Selain daripada itu, Malam Anugerah FFVPM9 2012 juga akan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan yang diselang-selikan dengan visual dan pencalonan di samping jemputan tetamu-tetamu VIP, 100 jemputan artis dan selebriti tempatan yang akan mewarnai acara malam tersebut.


2.0 MATLAMAT

Matlamat FFVPM9 ini dianjurkan adalah bertujuan:

i. Untuk memupuk sikap terkebukaan dan bertanggungjawab dalam merangsang penerapan nilai budaya, warisan bangsa dan sejarah Malaysia selaras dengan citarasa manusia sejagat menerusi filem;
ii. Untuk mengukuhkan kefahaman sosio-budaya bangsa Malaysia sebagai menjamin pendidikan perfileman Negara yang mempunyai latar kuat dan halatuju tepat;
iii. Memupuk kesedaran dan kepekaan warga muda dan mahasiswa terhadap pentingnya peranan filem dalam mencapai hasrat tersebut itu yang perlu disemai secara sistematik dan berterusan;
iv. Supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang lebih mendalam dalam bidang perfileman bagi membolehkan mereka menghargai filem dan sumbangannya dalam pembangunan Negara sebelum mereka menerokai alam pekerjaan yang sebenar; dan
v. Untuk membantu usaha mempertingkatkan guna tenaga mahir dalam industri perfileman.


3.0 OBJEKTIF


Objektif FFVPM9 adalah seperti berikut:

i. Bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap hasil kerja pelajar-pelajar menerusi filem-filem yang menyertai acara ini;
ii. Bagi menggalakkan penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan atau jurusan perfileman / komunikasi / multimedia;
iii. Bagi mencungkil bakat penghasilan filem di kalangan tenaga-tenaga muda;
iv. Memberi kesempatan bertukar-tukar fikiran serta mengeratkan silatulrahim di kalangan pelajar-pelajar IPT dengan organisasi-organisasi perfileman seluruh Negara;
v. Memperkembangkan keupayaan menikmati, menilai, membuat analisis serta membicarakan hasil karya dan penghasilan filem; dan
vi. Memperkembang daya komunikasi dan interaksi serta mempertingkatkan kemahiran teknikal dalam bidang perfileman.


4.0 PENYERTAAN

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pelajar-pelajar IPT seluruh Malaysia termasuk para pelajar Sekolah-Sekolah Seni Malaysia.



Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik SINI & EVENT . Good Luck! (Semua pelajar perfileman boleh join ok!)

P/S : Kalau ada masa nanti, aku update mengenai projek akhir aku : Program TV eyh.. :) bye!

20 May 2012

Suami Awesome saya.

Assalammualaikum.

Lama kan tak nampak aku post entri baru dalam blog aku ni? teheeee~ Sekarang dah sapu-sapu habuk & sawang dalam blog.. *dush2* Ada lah ubah-ubah sikit. Tak banyak ubah sangat pun. Kang macam bebudak lak blog aku nih. ngeee~ Oh yee. lagu pun memekakkan korang sekarang ni. hehehe. Apa leh buat, aku saje je nak bagi meriah blog ni. kahkahkah. Dengar-dengar ada orang rinduuuuuuuu bangat dengan blog aku. Sampai suruh aku post entri baruuuuuuuu. *terharu. Lap tisu kat muka* hehe

Eyh........kejap! Suami Awesome saya? erk. Tajuk nak gempak. Kasik orang lelaju nak bukak blog aku nih. kakakaka. ada ke yang nak tauuuuuu? HAHAHA, tunggu ada kat bawah ni. Sambung balik cerita. Sediakan snek sekali kat tepi korang okey. berjela nih. kakakakaka.

Alhamdullilah results semester akhir dah pun keluar dua hari lepas. Dan sekali lagi AKJ (budak poly je tauu) even menurun sikit. Takpe lah, mungkin takde rezeki. Bersyukur je :). Asalkan tak jejak lagi tempat study tu dah. kikiki. Tak sabar nak konvo tahun depan. yeahh. Sekarang ni aku tengah tunggu transkrip akhir tu boleh ambil atau disah gunakan untuk mintak kerja tetap atau tak. Tu yang buat aku pening. Dahlah poly aku tu jauh ke utara. Fyuuu~ Kalau nak mintak kerja tetap atas kelulusan aku, memang tak boleh lah sekarang ni disebabkan tiada diploma lagi. hurmmm. Sementara ni, aku kerja kerani dulu . Tu pun macam tak berbaloi. Yelah, hari sabtu pun kerja fulltime. Bukannya half day. Peliks Ok. Disebabkan tu, aku pun tengah mencari dan cari lagi kerja yang lagi better. Takpelah. Memula ni dulu, memanglah susah sikit.

Barulah aku tau macamana susahnya orang nak cari kerja. So, yang tengah study tu...ha, ready jela. Menggelupur nak cari. Memang tak boleh nak memilih sangatlah sekarang ni. Kawan-kawan aku pun ada yang nak sambung degree. Congrat ya. Aku taknak sambung lagi laahh. Mood nak study pun takde. kuikuikui. Diaorang pun ada yang mengajak sambung deg. tapi nantilah... sekarang mood nak kerja cari duit je. kikiki. Ayah aku pulak kata, kalau nak sambung tu boleh. sambil kerja tu, sambunglah. Adei. Malas lah. kerja , pastu study. hurm. Kalau kerja gomen, agak berbaloi lah nak sambung. Yela, kau dah kerja situ, sambung pulak degree, puhh naik pangkat jadi pegawai terus! masyukkk! hehehe.

Sekarang ni, pelan-pelan lah dulu kan. Ada rezeki tak ke mana. Kalau dah tertulis itu rezeki untuk kita, buatlah macamana pun orang nak halang rezeki tu, rezeki tu tetap untuk kita dan datang kat kita.. :)
Eyh, alang-alang aku post entri baru ni, ha... aku nak share tentang ciri2 lelaki mengikut UAI. Tak berat mana pun. Yang sederhana pun ok. Islam itu mudahkan. Cuma kita yang merumitkan.



Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.

4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.

13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

#UAI


Got it girls? hikhik. Maybe ada jugak yang aku tak beberapa setuju sangat. Macam no. 2 . hurmm. Kalau kat tempat aku ni, mana cukup 1500 tu. memang tak. Susah wooh hidup kat bandar nih. Kalau nak senang, kita duduk dalam hutan jelah ye. Jadi tarzan. Kakakakakak. *lawakhambar*

Andddddddddddd.... good news untuk kami semua, yeahhhh! aku bakal dapat cousin baru nanti. hehehe. makcik aku yang paling aku rapat dah prgnt 3bulan. Lama tak jumpa dia. Nanti free, bolehlah lepak rumah dia. Dengar-dengar dia nak masak special untuk aku sorang.kakakakaka.. lebiuuuuu auntie <3 bye! :')

03 May 2012

Permulaan Hidup...





Assalammualaikum.

Alhamdullilah, sekarang aku bergelar graduan secara tak rasmi. Baru masuk hari ke-3 aku berada di rumah. woowoot. hehehe. So, sekarang ni busy nak apply kerja yang sesuai. Yang dekat dengan rumah. Takpayah lah aku susah-susah nak menyewa bagai semua tu. Jimat duit. Sobsobsob.

Hari tu, Mib bawak aku jenjalan ke tasik taiping perak, first time aku jejak, 'wow' lagi cantik dari tasik shah alam.. Lagi banyak 'swan2' kat tasik tu. Mulalah mib buat muka comel, nak naik swan. macam budak tecik. hehe. Oklah, RM10 untuk setengah jam kau ronda 1 tasik besar tu.. Mula-mula nak pergi zoo taiping, tapi memandangkan hari macam nak hujan je, so kitaorang naik swan yang ade bumbung. romantik kan? kikiki.




Taiping ni, kampung nenek mib. Tak jauh mana la rasanya perak dengan selangor kan. hahaha. Best lah. memang best. Kampung aku takdelah benda-benda camni. ada tasik bagai. Zoo lagi. wakakaka. Lagi syok sgt , ade gunung-gunung...hutan... sejuk je mata tengok.. Cantik!


Cantik kan perak ni? Aku sempat snap gambar yang ade pelangi tauuu. bertuahnyee. hehe



Swan perak & 1M hikhik

Sebelum tu, hari jadi Mib, aku bagi dia 1set jam tangan. Ahaks, haruslah aku kena ade jam sama dengan dia jugak. hehehe.








Oh ye, sampai je rumah, mak aku kemain lagi beli barang2 dapur bebanyak..nak suruh aku masak le tuu.. then, aku masak gulai udang..fuyooo. sampai licin nasik. hikhik...lama tak masak sejak belajar kat perlis.


daun kunyit tu, jangan tak buang pulak ye chef wani :D

Sekarang ni, duk rumah dulu, rehat, sambil apply kerja. Doakan aku supaya cepat-cepat dapat kerja. itu permulaan hidup aku pulak.. Lepas kerja, macam-macam nak plan dengan Mib. For our future :)

P/S : AKU DAH JARANG UPDATE BLOG. SO, FOLLOW MY TWITTER OK. KAT TWET, AKU SELALU UPDATE  STATUS. RAJIN-RAJINKAN TEGUR AKU DI TWITTER. HEEE

13 April 2012

PRE-GRADUATE DINNER 2012


MAJLIS MAKAN MALAM PRA-GRADUAN POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN PERLIS. (JRKV)

Alhamdullilah. dah semester akhir sekarang. Tinggal nak present & exam je lagi ni. lagi 2minggu nak habis stdy. Ni aku post entri main langkau je. Sebab busy lah. Tapi nasib hari ni cam baik je.. rajin je nak update. wckwcwk. Btw, next entry baru aku buat full entri pasal dinner aku ni. Tema ROCK & ROLL!

 zoom lagiii.

Bersama rakan seperjuangan ! :D

Bye. Tunggu full entry nanti okeyys. :)

01 April 2012

Sebalik tabir sebagai Stand Upper

Assalammualaikum.Haishh. susah betul nak update blog ni. Lagi-lagi kalau gambar banyak & size besar gedabak. So, tak dapatlah nak upload semua gambar ye ^^ . Oh ye. Entri ni aku nak cerita mengenai shooting "PROGRAM TV SETULUS IKHLAS BERSAMA UP FOR CHARITY" . Salah satu projek akhir aku untuk last semester di JRKV PTSS. Macam biasa, kalau ada yang tak mengerti tuuu, rajin-rajin kan tangan anda untuk stalk blog aku ye. *malas nak ulang lagi* wckwckwckwck.



Kononnya buat muka comel bagi orang yang kenal aku, rinduuuuu aku.HAHAHA ;D


Masa shooting ni, aku sebagai stand upper. Lebih kurang mengacara lah. Tapi dalam program TV, tak banyak stand upper interframe. wckwckwckwk. First time projek akhir, student macam kami ni buat program TV berbentuk amal. Group yang lain lebih kepada short film. Mungkin dari segi shot untuk program TV agak mudah, tapi projek macam ni perlukan footage yang banyak sebagai backup.



Di set rumah orang susah 1
*khabarnya, aku tengah baca skrip ni.*
HAHA



Menggunakan Nikon D90 disebabkan banyak video kamera yang tak boleh pakai & ramai student dah book terlebih awal lagi. kualiti kamera nikon sangat clear..


Penggambaran program TV ni mengambil masa selama 4 hari. 2hari bersama stand upper & 2hari lagi bersama sukarelawan kempen amal ini.. Hari kedua, aku shot di rumah orang susah yang kedua. Kami tidak ambil secara rambang untuk pemilihan amal ni. Kami terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tahu lebih lanjut lagi siapa yang boleh dibantu & seterusnya dapat menjayakan projek akhir ini. Last sem ni, nak buat benda baru. Mungkin hiburan dah banyak sangat, apa salahnya buat lain dari yang lain kan? ;)



Day 2 *berkerut-kerut muka aku tengok skrip*


Salah seorang ahli kumpulan. Sebagai Pengarah & penulis skrip


Di set, rumah orang susah kedua
*ready untuk shot*

Kemainnn berbincang... sampai ternganga. Hahaha :p



Cik waniiii, gaya dah ada. Lenggok badan tu, cam ganaslah pulak. muahahaha!
*selekeh habis*



 Semoga apa yang kitaorang buat ni dapat manfaat & contoh untuk masyarakat. Zaman sekarang susah nak tengok orang yang prihatin kan? Lagi-lagi remaja. Even projek akhir kitaorang lain sesangat,bosan ke apa, yang penting niat kita.. 16 April 2012 ni, final presentation. Doakan kami okey. Video final akan menyusul dalam akhir bulan 4 atau awal bulan 5 2012 nanti. Masa tengok nanti, baru korang faham apa yang kitaorang nak sampaikan. tunggu ye.


Sebenarnya, banyak lagi gambar nak share dengan korang. Tapi tunggu dulu lah entri akan datang. Sebab bulan 4 ni lah paling busyyy sekali. InsyaAllah akan menyusul mengenai sukarelawan pulak. Sebagai promo video, korang boleh tengok video di bawah ni. Video ni bukan final punya okeh. Promo sahaja..Maybe korang akan faham projek akhir aku mcmana. Agak panjang siket video ni, so line kasiiii lajuuuu ahh. hehehe. Ehem, aku ada cakap dalam video tu.. :D








Byeeee!! *doakan kejayaan kami untuk projek akhir ni*

Korang boleh ke page Facebook di SINI kalau nak lebih cepat hidu entri baru aku. ;)

31 March 2012

Artis Korea selepas pembedahan plastik



New pictures revealed Korean celebrities before plastic surgery
Ha Ji Won from secret Garden, current picture

# 1
# 2Ha Ji Won from secret Garden1 jpg


In the past

# 3Ha Ji Won from secret Garden3 jpg

Han Eun Jung current picture
# 4Han Eun Jung1 jpg


In the past
# 5Han Eun Jung2 jpg

Kim Ah Young current picture
# 6Kim Ah Young1 jpg



# 7Kim Ah Young2 jpg
A whole process of becoming a beauty
# 8Kim Ah Young3 jpg


Lee Da Hee current picture, very beautiful
# 9Lee Da Hee1 jpg


Past
# 10Lee Da Hee2 jpg

Lee Min Ho childhood picture and current picture
# 11Lee Min Ho1 jpg


After nose job
# 12Lee Min Ho2 jpg

Park Min Young current picutre
# 13Park Min Young jpg
Past
# 14Park Min Young1 jpg

Park Shi Yeon current picture, very cute
# 15Park Shi Yeon1 jpg
# 16Park Shi Yeon2 jpg





Past
# 17Park Shi Yeon3 jpg

 
Shin Min Ah current picture is lovely
# 18Shin Min Ah1 jpg
# 19Shin Min Ah2 jpg




Past picture really gives me a WOW
# 20shin min ah3 jpg

CREDIT

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol