Angel Wing Heart

02 June 2013

Tahniah pakcik bongsuku!




Assalammualaikum...

Holllaaaaaa! Amboi kemain gambar yang atas ni eh... Siapa yang kahwin ni? Jeng-jeng my pakcik paling bongsu selamat melangsungkan perkahwinan dengan cinta hati dia... ewaaaahh! Tahniah oncu sebab akhirnya dapat jugak kahwin yeeee... Masa ni aku baru sehari keluar dari wad. huhuhu demam denggi. Tak pernah masuk wad, rasa nak nangis je you all... Dugaan... Ambil darah 4 jam sekali, kalau ada doktor pelatih memang sakitlah aku kena cucuk... uwaaaaaaa... Taknak dah masuk wad lagi :(

Berbalik pada story mula-mula tadi, pakcik aku sebelah mak dah kahwin... So sekarang kedua-dua belah mak ayah aku, semua pakcik makcik dah kahwin.... tinggal cucu-cucu je belum kahwin termasuklah aku yang cucu sulung belah mak ni..yipppiiiii! hahahaha. Jom , cuci mata dengan gambar yang sempat ambil... Pihak perempuan rumahnya di Pahang... Penat jugaklah nak pergi Pahang dari KL.



  Selamat diakad nikahkan..... :)


Family kami :)

Tak sabar nak jumpa isteri ni...hehehehe


 Tak ready semuanya....errrrrrrrrr.

 Atok & Uwo (nenek)


Sesi potong kek ^^,


 Guest Book . Comel tak tulisan aku? muahahahaha!


 

Gedik-gedik dulu... hahahahaha.

Tahniah oncu (pakcik bongsu) Semoga murah rezeki & bahagia selalu!

Tahniah oncu! Tahniah makcik baru... Pasni nak panggil makcik apa ni? eherherher. Bye ! Entri yang pendek untuk kali ini tapi padat dengan gambar... hihiihi. Thank you baca!

20 May 2013

Pengalaman temuduga SPA dan MIG

Assalammualaikum.


Entri kali ni aku nak cerita dengan bloggers/readers semua yang aku ada menghadiri temuduga MIG. Ala, company David Teo tu. Dengan erti kata lain, Metrowealth. Masa tu kawan baik aku Noradila yang beritahu aku ada jawatan kosong dalam MIG ni di Instagram. Aku cam takde keyakinan pula memula tu. So, aku tak apply lagilah. Kemudian sebulan lebih camtu rasanya, aku usha-usha instagram lagi. Terjumpalah picture post dari David Teo. Mengenai iklan jawatan kosong. Ini kali kedua iklan yang diumumkan ni. Ada 4 jawatan kosong yang beliau cari ni. Pertama Visual Editor , Kedua Motion Graphic , Ketiga Graphic Designer , Keempat Pegawai Perhubungan Awam. So aku apply lah jawatan yang pertama memandangkan aku ada Diploma Video dan Pengajian Filem. Mana tau ada rezeki kan. Hantarlah resume aku via emel. Dalam masa seminggu camtu la, Admin MIG call aku, minta datang inteview. Fuhh, masa tu dupdadupdap jugaklah ni sebab pergi temuduga company megah kan... hehehe.. Aku pun readylah apa yang patut. Pakai blouse je masa tu, ikutlah company tu macamana kan.. Pakai baju kurung lagi better. Aku pergi sana seorang diri je... tempat tu bf aku yang tunjukkan jalan. ngeh ngeh. Sampai sana, dalam 6 orang je datang interview. Aku rasa, ni shortlist ni. Aku pun isi borang apa yang patut kat situ. Pukul 3 petang aku interview. Tapi.... interviewnya lama jugak... setiap seorang aku jangkakan setengah jam. Fuhh. Penat jugaklah aku menunggu. Tapi takpe, nak cari rezeki kan, kenalah sabar.


So, aku ada lah jugak sembang-sembang dengan seorang kakak ni, dia degree. Minta jawatan bahagian grafik. Lepas dia keluar interview, tanya-tanya dialah jugak apa yang kena. Owh, pihak diaorang tanya benda-benda basic je. Lega lah sikit aku. hehehe. Masuk je bilik temuduga, fuhhh... ini first time aku kena temuduga dengan 5 orang penemuduga. Wawawawa.. Bedal jela, lupakan je semua gemuruh tu, yang penting aku usaha, aku jawab.


Keluar dari bilik, fuhh lega yang amat. Kau nak menjerit ke, melompat ke, buat jela. Yang best aku jumpa jugak Pierre Andre dengan Farid Kamil, aku takdelah teruja sangat pun dengan retis-retis ni, cuma pandang lelama je. wakakakaka. Masa tu diaorang tgh shooting. Tapi takdelah sampai aku nak ambil gambar sesama ke apa.. oh oh, tu bukan akulah...hahahhaa. Admin kat sini sporting-sporting, memang peramah lah. Sampai aku keluar bilik interview, iring aku sampai aku keluar dari pintu company ni. Ucap terima kasih, bagi senyuman manis. Fuhh. Memang tabiklah dengan company David Teo ni. Perilaku bagus.

Seminggu lepas tu, pihak MIG ada call aku, tapi aku tak sempat nak jawab, handphone tak dengar lah pulak. Aku agak, aku dapat job tu... Tapi aku tak re call balik sebab aku tolak . Aku tak berkenan dengan masa bekerja dia. Memang aku akui kerja editing ni sampai lewat malam, tidur opis semua. itu aku tak kisah la sangat. Sabtu pun kerja jugak.. tu takde hal untuk aku yang bujang ni. Tapi masa nak cuti umum macam raya tu yang aku payah sikit. Uwaa, taknaklah aku beraya kat opis setiap tahun. T_T At least cuti yang besar macamni, aku nak lah balik kampung, rebus ketupat, bakar lemang semua tu. isk isk isk. Paling aku suka company ni, pihak MIG akan train staf dia jadi lagi power! Aku suka sangat yang ni. Masa bekerja pun, orang atasan nak ajar/turunkan ilmu diaorang untuk staffnya.. :)

Apa-apa pun aku bersyukur dan berterima kasih pada pihak MIG sebab bagi aku peluang untuk hadiri temuduga company besar macamni. Inilah pengalaman aku yang paling bermakna sekali... :)

Kedua, aku nak ceritakan pengalaman aku temuduga SPA . Jawatan yang ditawarkan Penolong Pegawai Tadbir N27 . Masa aku lepas habis belajar dulu, aku terus isi SPA ni walaupun aku belum lagi dapat sijil Diploma. hihihi. Pantas beb. Tahun ni baru konvo dan dapat sijil Diploma aku. Alhamdullilah selepas PRU13 , rezeki aku ada walaupun hanya panggilan temuduga, itu dah cukup buat hati rasa gumbira. heheheh. Aku dapat emel dari SPA untuk panggilan ni. Lepas 2 minggu notis emel, aku dapat surat rasmi dari SPA yang dihantar ke alamat rumah mak ayah aku. 


 Apa lagi, buat tambah-tambah ilmu am la sikit kan... Masa temuduga, aku no yang ke 4. Borak-boraklah dengan yang angka giliran 3 ke 1 .. Masa tu, masuk sikit,sikit orangnya.. So, yang selepas aku tu, aku dah malas nak borak. Tengah berdebar ntah apa yang kena soal kan.. Maaflah, sebelah aku tu aku kenal rasanya. Siti Sab kot.. hahahaha. Ingat nak tanya lepas aku dah temuduga, tapi takpe la, kang kalut pulak dia sebab turn dia selepas aku. hihihi.

Masa nak masuk, ketuk pintu bilik dulu dalam 3 kali. Bagi salam, dan tanya boleh masuk atau tidak tuan? Fuhhh.. nasib baik lah penemuduganya lelaki... So, dua orang penemuduga lelaki.. hehehehehe... orang kata, (bukan aku yang kata ok) kalau lelaki dengan perempuan nak bekerjasama mudah sikit. Biasalah magnet berlainan kan... hehehe

Semua komunikasi aku dengan penemuduga adalah BAHASA MELAYU :') Lega sikit... kikikiki . Penemuduga ni banyak bagi soalan saiko. So, aku agak susah jugaklah nak bidas kata-kata dia. Macam soalan yang akan ditempatkan ke Sabah atau Sarawak misalnya ni.....

Panel 1  : Kalau awak ditempatkan di Sabah atau Sarawak, awak boleh ke?
Aku      : InsyaAllah boleh tuan. Ayah saya Cikgu , dulu pernah ditempatkan di Sarawak. Kalau ayah saya boleh, kenapa saya tak boleh?
Panel 2 : Kalau mak awak tak bagi macamana?
Aku      : Mak saya mesti bagi, saya anak sulung tuan.
Panel 2 : Kalau mak awak tak bagi jugak pergi, macamana? ( ish... ni la soalan agak saiko jugak... takpe kita jawab bernas sikit, hehehe )
Aku   : Mak saya mesti bagi pergi tuan. Mak saya mesti nak tengok saya berjaya. (hehehehehe)
Panel 1 : Awak ni confident ye jawab.... Kalau dapat nanti, mesti mintak tukar tempat macam orang lain yang dulu-dulu jugak (pastu gelak-gelak)
Aku : Aku Sengih macam kerang busuk, kang gelak sesama kang, over pulak.. ishh.

Soalan yang lain-lain ditanya adalah berkaitan tugas yang ditawarkan , soalan-soalan pengetahuan am... Korang cubalah tahu dan faham mengenai dasar-dasar kerajaan. Maklumlah kalau nak bekerja kerajaan, kenalah tahu jugak... Setiap individu ditanya dengan soalan yang berbeza. Tak sama pun. Kalau tak dapat jawab soalan, jangan diam.... Cakaplah macamni, "Maafkan saya tuan, saya tidak pasti." Yang penting keyakinan menjawab tu ada dalam diri korang. Jawab salah takpe. Aku ni lagilah, berterabur je menjawabnya.. bukan semua betul pun..hehehehe. Kalau ada rezeki tak ke mana kan? Yang penting usaha dan akhir sekali serahkan semua urusan kepada Allah...

Itu jela yang aku nak share pengalaman aku interview SPA buat kali pertama ni... Aku tahu ramai yang temuduga SPA bermula awal Mei hingga Jun 2013 sebabnya, sebelum aku pergi temuduga, aku usha blog-blog orang lain...kehkehkeh ;p Semoga berjaya kepada sesiapa yang temuduga SPA ini ye.... Bloggers dan readers semua, doakan rezeki Syazwani Mazlan ada di sini ye..Amin... InsyaAllah... Tawakal dan berdoa.. Kalau tak ditawarkan , bukan rezeki lagi... Setiap kejadian ada hikmahnya... :)

Tips ? Bawa semua dokumen yang diperlukan, resume , berpakaian kemas dan menutup aurat , bawa ilmu pengetahuan am di minda , keyakinan bercakap. Itu sahaja.

P/S: Masih mencari pekerjaan tetap..... 

19 April 2013

Pemenang Pertama Contest Jomlahcuti.com 2013



Assalammulaikum

Alhamdullilah aku menang pertandingan " Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com " . Seronok sebab menang contest ni... Sebabnya aku dengan kawan-kawan baru tengah plan nak bercuti lepas PRU13 nanti. hehehehehhee...Oleh kerana aku tak terburu-buru tempah hotel penginapan untuk bercuti sakan nanti, akhirnya ada rezeki aku nak ke ......... jeng..jeng..jeng...



Hadiah yang menanti para pemenang : Pertama : Langkawi , Kedua : Legoland , Ketiga : Port Dickson .... dan..... aku menang tempat ke....... mari kita zoom gambar sikit kat bawah ni ..... hehehe


Terkejut tengok keputusan contest yang dianjurkan oleh Jomlah Cuti.com .... Alhamdullilah menang pertandingan ni... bolehlah pergi bercuti sakan dengan kawan nanti... Kalau pakej cuti persendirian , bolehlah topup bajet sendiri nanti... hehehehhe... Nak bagi suprise untuk birthday adik bongsu nanti... hehehehe... Sekarang tak suprise dah lah kot... sebab mesti dia dah baca blog aku ni.. wahahahahaha! My lovely auntie mesti jealous , tak dapat nak bercuti sama kan... hehehehe.. Takpe, nanti kita plan pergi USS pulak... InsyaAllah...

Rezeki untuk bulan ni... Terima kasih krew Jomlah Cuti.com atas anjuran contest ini.. Semoga perniagaan Jomlah Cuti.Com terus sukses dan maju ke hadapan. Tak sabar nak bercuti selepas pilihan raya ni.... Aaaaaaaaaaaaaa! hehehehehe


Entri contest " Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com " yang aku coretkan. KLIK SINI
Pengumuman pemenang contest " Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.com KLIK SINI


CUTI SEKOLAH BULAN MEI NAK DEKAT KAN? APA KATA TEMPAH PAKEJ PERCUTIAN ANDA SEKARANG? CUACA SANGAT BAIK & AIR LAUT KEBIRUAN PADA BULAN MEI SEHINGGA OGOS JIKA INGIN BERCUTI DI KEPULAUAN MALAYSIA. 
APA LAGI , JOM TEMPAH PAKEJ DI JOMLAHCUTI.COM !

08 April 2013

Blog masuk majalah Remaja keluaran 1 April 2013





Assalammualaikum


Pertama sekali, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team Majalah Remaja kerana blog aku terpilih dalam ruangan blogspot di Majalah Remaja keluaran 1 April 2013 .  Tak sangka boleh masuk majalah sampai satu 'page'. Selalu aku tengok ruangan tersebut tersangatlah kecil. Tapi ruangan blogspot sekarang, buat rasa puas hati nak membaca. hehehehe.. Aku baru menghidu keluaran blog aku pada 4 April 2013 yang lalu. Sangat terlewat kan? Takpe, kejutan itu sangat baik. hehehehe



Gadis lincah berblog sebenarnya. I ni ayu tauuu... ahaks!

Alhamdullilah, rezeki blog aku masuk majalah. Aku mula berblog masa tahun 2006. Dulu aku kecil lagi.. baru tingkatan 2 . HAHAHA. Sekarang dah besar dah.. aiceh.. sebenarnya umur aku bukan 23 tahun tau! Alaa... janganlah 23 tahun... umur muda lagi baru 22 tahun sekarang... hehehehe..

Sejak menjak ni, aku selalu berblog ikut kepala aku.. Tu pun kalau aku rasa informasi tu berguna untuk korang. Eh, apa salahnya kongsi ilmu kan? Kalau kongsi, makin bertambahlah ilmu aku nanti. InsyaAllah. Sebelum aku kerja dulu, aku lagi rajin update blog. Tu pun berkaitan kos aku masa di Politeknik dulu, dalam jurusan Diploma Pengajian Filem Dan Video. Kalau rajin, bolehlah baca.. :)


Kejayaan berblog bukanlah setakat ini.. Aku akan cuba mantapkan blog dari semasa ke semasa. Mungkin aku masih baru lagi dalam berblog. Tidaklah sepopular blogger yang ada tapi aku cuba sampaikan apa yang menarik di blog aku. Bukan sekadar menulis hal peribadi sahaja :)

Terima kasih pada semua pembaca yang setia atau yang masih baru di blog aku. Sama ada mengikuti atau menjejaki. Berblog ni satu hobi aku. Aku suka berkongsi apa-apa yang menarik untuk aku, pada pembaca aku. hehehehe. Terima kasih jugak pada Cik Bulat kerana merekabentuk blog aku jadi lebih 'meriah' dan senang untuk dibaca. Cik Bulat sangatlah profesional. Kalau korang nak menukar template blog, bolehlah berurusan dengan Cik Bulat ..

Satu lagi, aku suka kalau orang kritik blog aku. Seriously. Dengan kritikan ini, membuatkan aku berkobar-kobar nak aktif lagi berblog.. ekekekke.. Dulu, aku pernah masuk ruangan kritikan blog secara online di sini, Siapa yang kritik tu? Lain tak bukan adalah Mamat. Sekarang dia blogger yang dah top. Terbaik. Dulu dia boleh dikatakan orang barulah jugak dalam berblog. Rezeki dia kan, penulisan dia pun sangat bernas!

Aku jugak pernah mengikuti contest online semasa aktif berblog dahulu. Bukan aku kata, sekarang dah tak aktif, aktif je... cuma aku buat entri, yang betul-betul tak bazir masa untuk korang baca. hehehhee. Balik kepada asal, aku sertai contest: Blog paling cantik 2011 . Masa tu design blog yang lama. Bukan yang sekarang ini. Tak tahulah blog yang cantik ke, atau aku yang cantik. Muahahahaha! Gila angkat bakul sendiri! hahahaha melawak je. Korang bolehlah throwback balik entri tersebut di sini

Dalam majalah Remaja 1 April 2013 ini, aku sangat terharu dengan ulasan team remaja terhadap blog aku.


Salah satu ulasan yang aku suka sangat ialah :

"Walaupun masih berusia awal 20-an, Syazwani ibarat sudah mampu berfikir di luar kotak pemikirannya"

Betul jugak ulasan tu, kadang-kadang aku terasa macam aku ni berfikir seperti orang tua. hehehehe. Kalau nak bersembang, aku suka sembang dengan ayah aku. Lagi-lagi bab politik. opss. Kat sini aku amat menghormati semua pembaca aku, so aku tidak akan buat ulasan mengenai politik kat sini, hehehehe.

Untuk informasi terkini yang perlu anda baca, sila klik di bahagian entri blog. Terima Kasih!

P/S : Dapatkan majalah Remaja keluaran 1 April 2013 berdekatan anda sebelum 15 April 2013 kerana majalah ini terbitan 2 kali sebulan.. :)

Mask Korea paling HOT dan LARIS kini di Malaysia!

 Assalammualaikum

Siapa taknak muka cantik, gebu, lembab macam orang Korea kan? Aku nak beritahu semua gadis-gadis kat luar sana yang inginkan muka lembab, berseri dengan penggunaan mask yang kini paling hot dan laris di Korea. Sekarang, tak payah nak ke Korea cari sumber kecantikan mereka ni, boleh sahaja beli kat Malaysia. Fuyooo. Malaysia pun dah ada jual ok... hehehehe

Aku guna Insolution Collagen Lifting Skin Clinic Mask . Apa yang menariknya, bila aku guna mask ni, kulit jadi lebih muda, berseri, tegang dan lembab-lembab gituuu. Untuk guna mask ini, korang mesti cuci muka dulu sebelum memakai mask. Guna selama 15-20 minit. Kasi serap semua collagen mask yang ada dalam ni. Bestkan? Siap ada callogen tu...



Masa muda ni la nak jaga kulit muka semua. Jangan jaga kulit muka je. Kesihatan pun penting maaa... Taknaklah dah tua nanti, muka kedut sana sini. At least adalah usaha nak jaga kulit muka.... hehehehe


Kemain aku pakai mask ni... dah rasa macam  watak-watak ahli sihir tengok... hehehehe..



Sebelum dan selepas aku guna mask korea ini.... Sebelum muka nampak kusam dan tak bermaya je.. Bila guna mask ni, muka nampak lebih muda & berseri gituuu... Sorry ye.... aku tak mainlah nak edit-edit gambar ni.. Meh, zoom gambar aku selepas guna mask ini....


Amboiii... kemain kulit aku berseri-seri lepas guna mask korea ni ye... hehehe.. So, apa lagi gegadis kat luar sana? Bukan mahal mask ni... Mampu beli.. Guna untuk sebulan sekali, ok apa... Bagi kulit kita ni berehat..Manja-manjakan diri gituuu...hikhik..

Antara produk yang dijual oleh CATHYJOY






No alcohol, no mineral oil, no artificial pigmentation ,no paraben-good for all skin type mask

Berita baik untuk pembaca blog aku, hari ini Cathyjoy akan memberikan kod diskaun khas untuk anda! Gunakan kod diskaun 8868 untuk semua pembelian  Leader Insolution Mask sahaja! *Seperti gambar di atas* bermula dari kategori Insolution Collagen Lifting sehingga Insolution Mela-Tox Skin . Kod diskaun ini boleh digunakan sehingga 31 Mei 2013

Tunggu! Bukan itu sahaja, Cathyjoy juga membuat satu promosi bagi 5 keping Leader Insolution Collagen Lifting Mask dengan harga RM49.50 dan percuma satu  Beauty Clinic IPI Lightmax Ampoule Mask untuk anda!


Jom, terjah CATHYJOY sekarang!

04 April 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Assalammualaikum

Siapa pernah dengar laman web 'JOMLAH CUTI' ? Kalau anda dikalangan tegar bercuti , mesti pernah dengar laman web ini. Dengan permulaan bismillah, aku nak 'review' mengenai laman web ini...


Di sini anda boleh dapatkan tip-tip percutian dan promosi pakej percutian terkini daripada Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd . Setiap tahun mereka akan membuat promosi secara online dengan harga runtuh dan hilang akal! Zaufan travel & tours sdn.bhd adalah satu agensi pelancongan yang akan memberikan anda trip & pakej-pakej menarik! Menyediakan pelbagai pakej seperti Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea, Kemboja, Universal Studio Singapore dan China serta pakej bulan madu yang menarik! Jangan kata luar negara, dalam negara pun ada! Terutama kawasan kepulauan Malaysia. Zaufan travel & tours sdn.bhd terletak di 7-1-1 Suria Avanue, Jln Dawai 16/2, 40200 Shah Alam, Malaysia. Waktu operasi pula pada hari Isnin hingga Jumaat 8.30pagi-5.00petang. Manakala hari sabtu dibuka pada pukul 9.00pagi-1.00petang.

Anda tidak perlu risau, kerana jika anda berminat dengan pakej pelancongan yang disediakan oleh pihak 'jomlah cuti' , anda boleh membuat tempahan terus melalui borang yang disediakan di setiap pakej-pakej yang anda berminat di bahagian bawah entri tersebut. Mudahkan? Percutian bersama 'group' mahupun 'persendirian' boleh dibuat di sini.




Di web 'Jomlah cuti' anda boleh membaca pelbagai artikel/berita yang disediakan oleh pihak mereka. Di sini, tarikh percutian telah disediakan. Sangat memudahkan anda. Tak perlu pening kepala nak fikir tarikh sesuai. Kadang-kadang terlampau sibuk dengan urusan kerja, anak-anak atau keluarga, sampai tak tahu nak set tarikh yang sesuai untuk bercuti. So, jangan risau... JOMLAH CUTI jawapannya! yay!


Di bawah ini saya buat satu video ringkas mengenai laman web 'jomlah cuti'. Sedikit sebanyak, dapat memudahkan pengguna baru untuk melayari web ini :)





Slogan:

Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com kerana
"hari-hari makan maggie , siapa taknak cuti free!"


Salah satu percutian paling unik saya di Eangle Ranch Resort , Negeri Sembilan!

Percutian yang menyeronokkan adalah bersama krew 'jomlah cuti' ! :) Jika terdapat pertanyaan berhubung pakej yang disediakan ini, anda boleh menghubungi pihak 'jomlah cuti'  di talian : 03-5510 8266 atau emel sales@jomlahcuti.com / info@jomlahcuti.com .

29 March 2013

Website menjual barangan terpakai secara online


Assalammualaikum..

Haii, lama tak buat topik baru dalam blog ni. hehehhee. Ok, hari ni aku nak share dengan korang dengan satu website yang memang cool gila! Website ni merupakan gerbang untuk kita buat business kecilan gitu. Tapi yang terpakai sahaja ye! Preloved items only! Bagi aku memang best sebabnya almari aku memang penuh dengan baju tak pakai, dah tak muat, tapi still elok/keadaan baik lagi.


Dulu, aku pernah lah bagi baju-baju aku kat rumah anak yatim.. aherher.. tu dululah..Masa sekolah menengah.. Bila sambung study lagi, aku bagi pulak baju tak pakai aku kat adik perempuan kawan aku. Nak bagi kat adik aku, jauh beza sikit dengan aku..hehehe... So, sekarang banyak baju kurung tak pakai, tak muat kat aku... Bila jumpa website ni, mulalah aku nak menjualnya pulak... Tambah sikit rezeki... Website ni bernama FRIENDLY FASHION! Bukan sekadar menjual, boleh kenalan kat sini, berforum & bertepuk tampar... Eh??? hehehe


Ok, dah alang-alang aku cerita pasal web ni, Moh lah aku ajar cara nak gunakannya. Sharing is Caring kan? aherherher. I tak kedekut ilmu punya :) Memula, klik FRIENDLYFASHION . Sign up. Macam biasa. Benda basic kan? hehehe. Kalau aku, aku sign up guna facebook je... Lagi mudah. Lepas dah sign up, editlah profile korang mana yang patut. Agak-agak dah ada barangan terpakai nak dijual tu, boleh la tangkap gambar barang tersebut & submit item ! Mudahkan?

Dalam web ni, korang boleh follow members yang ada dalam ni... Bestkan? Macam-macam barangan ada jual. lelaki, perempuan, kanak-kanak dan untuk haiwan kesayangan pun ada!! WOW. Ini bukan sekadar web je, korang yang ada smartphone tu, bolehlah download apps friendly fashion ni. Untuk pengguna Apple & Android sahaja :)

Jangan lupa follow !

Ok, kalau korang rasa berkenan dengan preloved orang lain tu, rasa nak beli cecepat jeeeee, ha... klik je bawah items tu ' I WANT IT' . Nanti akan keluar message untuk korang taip kat situ.. Beritahu owner baju tu, yang korang nak membelinya.. & selanjutnya, owner akan beritahulah cara nak berjual beli dengan korang.. Aicehh..macam tak biasa beli online kan? hehehe


Si owner pulak, akan dapat msg pembeli dengan segera. Kalau yang dah apps ni dalam smartphone, lagi cepatlah owner tu bertindak membalas msg korang...  Macam yang aku dapat.. Baru je masukkan satu preloved aku, dah dapat feedback. Tapi lupa pulak nak beritahu ukur lilit... Bagi detail size yang standard je.. hehehehe...





Tadaaaaa! untuk first items, aku baru je upload gambar preloved aku yang ini... Tak sempat lagi nak masukkan semua... :) Ok, jangan lupa follow aku dalam friendly fashion ye? I will follow you alllsss back! hahahaha... Mari beli, confirm aku bagi service baikkkk punya... InsyaAllah :) And Good Luck! pada yang mahu mencuba jual preloved masing-masing!!

*MAAF, WEBSITE INI SUDAH BERTUKAR KE VINTED.COM UNTUK PENGGUNA LUAR NEGARA*


FRIENDLY FASHION

P/S : BARU DAPAT EMEL DARI FRIENDLYFASHION , WEBSITE INI AKAN TUTUP PADA 1 JULAI 2013 ! hmmmm... :(  So, ada lagi satu website yang serupa seperti ini iaitu : THE CAROUSELL. BOLEH LAYARI DI SINI
 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol