Angel Wing Heart

20 June 2013

Pertama kali bercuti bersama BFF di Langkawi


Assalammualaikum !

Pemandangan dari Cable Car

Inilah hadiah yang aku menangi dalam peraduan yang dianjurkan oleh team JOMLAH CUTI ! Langkawi!! Alhamdullilah, rezeki tengah tahun. Dapat jugaklah bercuti untuk pertengahan tahun ini. Hujung tahun nak plan ke mana-mana tak? hehehehe. At least, setahun sekali bercuti panjang sudah memadai. Untuk luaskan lagi pemandangan kita kepada ciptaan Ilahi :)

Cantik sangat tempat ni tau. Last aku pergi Langkawi masa darjah 6. Masa tu ingat2 lupa je. heheheh. Takde naik cable car. So, dah besar ni cepat2 plan nak naik cable car dan pusing 3 Pulau kecil yang ada di sekitar Langkawi. Bestttttttttttttttttt!


Bebas

Kitaorang gerak naik kereta ke Jeti Kuala Perlis pada malam Ahad . Dalam 8 jam untuk ke sana. Sampai kat sana pukul 8 pagi. Jangan tertipu dengan 'ulat-ulat' tiket atau kereta sewa , hotel & parking kereta. Kitaorang dh kena tipu dengan sewaan parking kereta. Masa tu, aku dah beritahu kawan aku, jangan ikut cakap 'ulat-ulat' tersebut tapi 'ulat-ulat' tu pun macam degil, kejar kereta kitaorang balik, so terpaksa lah layan jugak. Kitaorang kat sana 3 hari 2 malam, dia kata 3 hari RM15 . Ok, set lah. kawan ikut belakang motor tu seorang diri dengan keretanya. Yang lain dah turunkan barang siap2 kat Jeti. Sekali dia balik, katanya sehari RM15 ! parking punyalah jauh sampai dia tumpang motor 'ulat' tersebut. Melayu sesama Melayu pun nak menipu kan. Sesiapa yang nak pergi sini & parking kereta untuk beberapa hari, sila lah parking kereta yang ada pondok berpalang (ambil tiket dari mesin) di sebelah kiri sebelum selekoh ke Jeti Kuala Perlis.  Dah kena tipu, redha jela. Takpe, itu hari dia. Lepas tu, kitaorang terus beli tiket feri one way je dulu dengan harga RM18.00 untuk seorang dewasa. Feri ambil masa 1jam untuk sampai ke Pulau Langkawi dan waktu operasi feri pagi sampai 7 malam. Sampai sana, kitaorang ambil kereta sewa yang disediakan oleh pihak penganjur. Isi minyak kereta , kita shopping dulu di Kompleks Haji Ismail Group yang terkenal di sini. Shopping dulu sebab takut takde masa untuk buat aktiviti di sini. Itu pun memang tak cukup cuti 3 hari kat sini. Banyak tempat tak jejak lagi.

Kompleks yang terkenal di Langkawi. Bebas Cukai

Rekabentuk bangunan yang Islamik


 Shopping sakan you allsss!

Dalam ni bukan setakat coklat je yang jual , pinggan mangkuk , baju, minyak gamat, kain batik & seangkatan dengan Pulau Langkawi semua ada jual tau!




Pusing malam di Pantai Chenang (tudung dah serabai ditiup angin pantai, bestnya!)


Sempat masuk kedai di sekitar Pantai Chenang ini. Belikan adik seliper untuk mandi dan pusing Pulau esok




Esoknya kitaorang pergi ke Pantai Chenang dan cari agent untuk Island Hopping ini ( Pusing 3 Pulau, singgah , mandi) Dapat harga RM25.00 seorang. Ada jugak yang bagi harga RM30. Paling murah RM25 lah. Tapi kalau pandai cari lagi murah, lagi bagus. Tips aku, sampai je jeti Langkawi, jangan beli dari agent sana. Sana mahal sikitlah. Berpusu-pusu agent situ yang datang kat korang masa sampai di Jeti Langkawi nanti. hehehehe. Ala2 retis pulak. ngeh3

From left : Her tummy , breast and head

First , kitaorang pergi Tasik Dayang Bunting. Menakjubkan sebab tasik ni airnya tawar tapi tasik ni berada di tengah2 lautan air masin.  Meh, nak ceritakan sikit sejarah Tasik Dayang Bunting ni .....

Tasik Dayang Bunting pada asalnya terdapat seoramg perempuan dari kayangan turun ke Bumi dan berkahwin dengan orang Bumi. Semasa di Bumi, dia tinggal di tasik dan mengandung. Kemudian dia mati ketika melahirkan anak dan bersemadi di tasik ini. Suaminya kemudian bersumpah bahawa setiap perempuan yang tidak dapat mendapat zuriat bolehlah mandi di dalam tasik ini.

Itulah sejarahnya dan aku tidak pasti samada ia dongeng atau sebaliknya. Pastinya, memang bagi aku jika korang tidak dapat zuriat boleh la mandi di sini atau minum air tasik ini. Bukan percaya, tapi kita berusaha. Yang pastinya zuriat dapat atau tak adalah rezeki daripada Allah swt. Kalau percaya kurafat pulak. Tapi ada juga yang dapat zuriat bila minum air tasik ini. Mungkin rezeki Allah. bagi aku semua ini mitos belaka. hehehe. Tapi aku terjun jugak mandi dalam tasik tu. Siap terminum lagi. Kahkahkahkah!!


P/S: Sebenarnya banyak lagi versi sejarah Tasik ini. Tapi aku tak tahu la yang mana satu betul.




Adik Bongsuku




  BFF

Berlatar belakang kan bukit berbentuk seorang perempuan mengandung yang sedang terbaring ( dari kiri , head, breast , tummy )
Kat sini kitaorang pakai life jaket lah. Air tasik kan dalam plus aku yang tak reti berenang ni. hehehe. kat tempat orang , jangan mencarut bagai ye. Kawasan macamni, apa-apa pun boleh jadi.

Tips Island Hopping : Pakai baju mandi siap-siap sebelum pergi pusing pulau. Tak perlu bawa baju salinan. Naik bot nanti , angin laut kuat, cepat je kering. Balik dari Island Hopping baru ganti baju. hehehe

Selepas itu kitaorang pergi satu destinasi iaitu beri burung helang makan. Bukan kita yang bagi makan tau! Kang tersiat kulit tangan kang. hehehehe. Pemilik bot yang akan beri Burung helang makan (campak makanan ke laut) dengan tiba-tiba je, sekawan burung helang datang sambar. fuhhh. banyak betul burung.




Destinasi terakhir pula, kitaorang ke Pulau Beras Basah. Kat sini, air lautnya sangat biru. Tenang je tengok tau! Kat sini kitaorang pun mandi jugak. hahahahahha






Kalau bawa roti, boleh la bagi ikan comel makan kat laut ni :)



 Island Hopping hanya di buat pada waktu pagi sahaja. start pukul 9.00 pagi - 2 petang.

Hari terakhir di sini, kitaorang pergi ke Oriental Village. Ala-ala perkampungan tapi dalam ni ada kaunter tiket cable car!! hoyeahhhh!! hehehehe Macam-macam cenderahati yang dijual dalam ni :)





Hari biasa pun ramai jugak orang.. Awal-awal pagilah korang datang sini ye.

Dalam Cable Car



 Pemandangan Cable car di sini.

TIPS Cable Car : Tak perlu rasanya turun di middle point. (pertengahan perhentian) teruskan je ke atas Perhentian akhir . Kat atas sana, turun jela.. Sana ada jambatan gantung , kedai makan , kedai cenderahati. Bolehla rasa betapa gayatnya kat atas jambatan tu. hehehe. kitaorang tak turunlah sebab ramai sangat orang satu hal.. Lagi satu pulak, ada orang tu gayat... hehehehhe



Botol pasir yang unik. Boleh buat di sini . RM20.00 sahaja. Siap dalam 20minit



Bot bertayar yang akan bawa korang terjun ke dalam air. hahahahaha!



 

Sempat singgah selepas balik dari Oriental Village. Banyak bot-bot comel kat sini.
(ada di sebelah Petronas semasa pergi atau balik dari Oriental Village)

Last , di Kuala Perlis selepas balik dari Langkawi, sempat singgah, solat di Masjid terapung.










Tempat menginap kitaorang di Twin Peaks Island Resort , Pekan Kuah (tengah bandar Kuah)
Boleh buat tempahan bilik dengan menggunakan Agoda.com ( klik sini ) Semalaman hanya RM90 termasuk sarapan pagi untuk standard room :)


Akhir sekali, terima kasih kepada pihak penganjur yang memilih aku sebagai pemenang tempat pertama ke Langkawi ini. Alhamdullilah, dari semasa ke semasa aku akan pantau peraduan apa lagi yang team mereka buat. ekekekek (penggunaan bahasa diri 'aku' hanya di blog sahaja) Kalau korang nak bercuti, tapi susah nak plan , bolehlah tempah dari syarikat Zaufan Travel & Tours Sdn Bhd (JomlahCuti) . Dalam dan luar negara pun ada :)


13 June 2013

Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal

Oleh Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling :

Kuala Lumpur: “Tiada lagi penulis ‘anonymous’ dalam media sosial sama ada blog atau portal dibenarkan seperti yang ada sekarang ini apabila kerajaan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat serta identiti sebenar,” tegas Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebagai garis panduan operasi media sosial tidak terus disalahgunakan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

“Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian “Ia bagi memastikan mana-mana pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen ras, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berperlembagaan mahukan cuba menggulingkan sistem demokrasi berparlimen diambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam ucapan pada Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2012 di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Ketua Pegawai eksekutif Urusniaga Hiliran Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Pengerusi Malam Wartawan Malaysia, Datuk Chamil Wariya.
Najib berkata, tindakan kerajaan itu bukan bertujuan untuk mentarbiyah tetapi sebagai usaha menangani cabaran kematangan bagi negara bangsa yang kian dewasa.

P/S : Apa pandangan anda? Lepas ni tiada lagi la yang nak komen guna ID 'anonymous' di blog ye.. heheheheh . Semua kena buat blog baru la lepas ni kepada sesiapa yang tiada blog .

Kredit : Metro

09 June 2013

5 Hadiah menarik untuk Birthday Giveaway




Assalammualaikum....

Ok, aku dah dapat apa yang nak diberi untuk Birthday Giveaway . Meh , tengok apa yang menarik sangat aku nak bagi ni... Simple entri je kali ni... So, jom join Birthday Giveaway. Senang je.. tak perlu buat entri blog. Like & Share jeeeeee.... hehehehe

HADIAH PERTAMA

Sebuah Kamera Lomo Flower kalis air untuk dimenangi !





Specifications of Aqua Pix 28mm Waterproof Lomo Camera Flower
Waterproof Camera
Dimension: 12 x 9 x 5.5 cm
Weight: 0.21kg
Waterproof up to 3M
Focus free
Manual Camera
Easy film loading system
Thumb-Wheel film advance system
No Warranty

HADIAH KEDUA


Sebuah Headphone untuk dimenangi!



HADIAH KETIGA

Schwarzkopf Extra Care Travel Essentials Pack (Shampoo)


HADIAH KE- EMPAT


Shawls dari Sincerely By Us Boutique



HADIAH KE-LIMA

Enchanteur Beautiful Travel Pack

Nak join Birthday Giveaway aku ni? Boleh.... Tarikh tutup 30 Jun 2013, Ahad 12 a.m . Jom memeriahkan lagi ! Klik link di bawah ini ye :)


06 June 2013

Digi WWWOW Internet For All Awards 2013 !




Assalammualaikum

Buat pertama kalinya aku masuk peraduan Digi WWWOW Internet For All Awards ini. Saja masuk untuk hobi. Bloggers yang masuk memang ramai. So saingan pun sangatlah sengit. hehehehe. Memang tak berharap untuk menang tapi kalau ada rezeki, apa salahnya kan? kehkehkeh.

Dengan TANPA PAKSAAN , silalah vote blog aku untuk Digi WWWOW Awards ini ye. Kalau rajin, vote sehari sekali. hewhewhew. Pemilihan berdasarkan vote kan? So, vote la untuk blog aku banyak-banyak. hehehehe. Kategori yang aku masuk ini adalah "Bloggers of the year by Nuffnang" . Banyak kategori yang ada kat sini... Kalau berminat , vote lah mereka sekali ye... :)

Cara untuk vote :

STEP 1 : Login mana-mana media social sama ada Facebook , Gmail atau Twitter


STEP 2 : Klik "Vote Now!"


STEP 3: SELESAI ( selepas Vote, akan jadi warna kelabu seperti di atas )
So, apa lagi ..... jom vote blog aku sekarang.... :)


KLIK BANNER ATAS INI UNTUK VOTE !
Undian bermula
3 hingga 23 Jun 2013

Oh, ye ... para bloggers atau bukan bloggers , jom join Birthday Giveaway daripada aku ni... Tak susah, tak perlu buat entri blog... Hanya Like page FB aku & Share ! 5 Hadiah menarik yang menanti korang. Good Luck !!! KLIK SINI

04 June 2013

Birthday Giveaway ! Like & Share ! Jom sertai !

BIRTHDAY GIVEAWAY , CLOSE !


Assalammualaikum !

Ada giveaway best untuk anda semua sertai ! Dah lama aku tak buat giveaway untuk para bloggers atau yang bukan bloggers. So, ini masanya. Sempena hari kelahiran aku yang akan datang pada 30 Jun 2013 ini yang ke 22 tahun, aku buat satu peraduan khas untuk anda semua. Senang je nak sertai. Tak susah dan aku pun tak suka buat kerja susahkan orang. Nak bagi hadiah free , so nak dapatkannya tu pun tersangatlah mudah :)

Hadiah yang menanti adalah 5 hadiah . Apakah hadiahnya? Meh , KLIK SINI untuk tahu senarai hadiah Giveaway :) Syarat untuk sertai sangatlah mudah dan terbuka untuk semua. Tak kiralah takde blog ke apa, janji ada Facebook ye... hehehehehe

SYARAT SERTAI 'BIRTHDAY GIVEAWAY'



1 ) Terbuka kepada semua dan warganegara Malaysia 
2 ) Tarikh tutup penyertaan 30 JUN 2013 Ahad, 12 a.m
3 ) Pegumuman pemenang pada 9 JULAI 2013 Selasa
4 ) Para peserta layak sertai SEKALI sahaja
5) Sila PUBLIC kan banner ini di Facebook anda, kalau privacy, tak dapat detect siapa yang share  
6 ) Like page "Syazwani Mazlan Official Blog" di SINI 
7 ) Share banner di bawah ini yang telah disediakan di hadapan page facebook tersebut


Ok, aku terangkan lagi sekali... sangat mudah step giveaway ini.... Tidak perlu buat entri blog... Like page facebook aku dan share banner yang disediakan di page facebook tersebut... Tiga step sahaja yang perlu dibuat... Caranya seperti dibawah :

 
STEP 1
( Klik Like )



STEP 2
( Klik SHARE )




STEP 3
( Jangan lupa untuk public kan ye! Kalau tak, aku tak dapat detect siapa yang share )


Mudah kan? Tak susah pun... Nak bagi hadiah free ikhlas ni... heheheheh.. So, mari berjemaah sertai giveaway daripadaku ini yeahhh.. aicehhh!  Para pemenang akan dipilih melalui random.org . Setiap peserta layak sertai sekali sahaja. So......... Good Luck ! Jangan lupa beritahu para bloggers atau bukan bloggers yang lain kalau you all rajin ! hewhewhew

P/S : JANGAN LUPA UNDI AKU DI DIGI WWWOW AWARDS YE !  
* SEHARI SEKALI VOTE * 
vote ini tidak termasuk syarat Birthday Giveaway pun ... Kalau korang baik hati , silakan la vote sehari sekali. hehehehe ;p Thanks!



 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol