Angel Wing Heart

04 February 2012

TV PROGRAM & Kempen ' UP FOR CHARITY'

 Iklan Gigi siapa paling cumel.... LOL

Assalammualaikum. Sebelum ni aku ada post tentang final project aku di PTSS kan... Kalau tak ingat @ terlepas pandang, boleh tgk kat SINI & SITUN. Sekarang ni aku nak cerita lanjut mengenai TV Program yang group kami buat. Tv program bersangkut paut dengan kempen 'up for charity' . Sebelum ni group aku nak buat kempen 10sen berjalan di sekitar politeknik. Kempen untuk membantu golongan susah sekitar perlis. Dengan bantuan, kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat , Pebimbing Rakan Siswa , Pewakilan pelajar & Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual (JRKV).



Dengan hanya sepuluh sen, kita boleh membantu golongan susah selain memupuk semangat siswa siswi untuk menderma. Sekarang , bukan senang masyarkat nak membantu kan? Lagi-lagi student....So, dari sini dapat idea untuk projek akhir kitaorang... Mana tau akan jadi ikutan ke IPTA lain? :) Pensyarah setuju dengan idea projek akhir ni... Selain short film, nak cuba benda yang baru pulak TV Program... Jangan ingat tv program ni senang... Sebab, group aku kena handle event kempen 'Up for Charity' sambil shoot...


POSTER & BUNTING kempen 'UP FOR CHARITY'


CODE QR

Perasan tak ada simbol di atas ni kat poster , bunting & banner kempen group aku ni? ha... salah satu idea aku jugek ni...hehe... lecture taknak buat link-link letak kat poster dan seangkatan dengannya sebab sangat menyemakkan mata....so... aku dengan inisiatif lain, aku buat code QR ni... Code ni memudahkan anda semua untuk masuk ke fan page group kitaorang..cuma scan menggunakan smartphone (pastikan korang ada software utk scan code QR & direct ke fan page kempen kitaorang.. Best kan? Cerdik gak aku ni kekadang (perasan) hahaha. Next week , kitaorang akan hebahkan semua mengenai kempen ni di poli... Aku tau... student sekarang kaya2.... ada smartphone, bolehla snap code QR ni.... kan? =) hehehehe

Design T-shirt untuk sukarelawan

Dengan nasihat ketua jabatan, penyelaras , pensyarah & penyelia, kitaorang ubah kempen 10 sen kpd kempen 'up for charity'.. Taknak tertumpu dgn 10sen, tapi menderma walaupun hanya 10sen.. Ubah pemikiran masyarakat sikit...tak gitu? Projek ni akan berjalan sekitar politeknik perlis , konvokesyen , & shooting di dua buah rumah golongan susah di perlis. Sambil buat kerja amal...Sekarang , selesai mencari sukarelawan sekitar politeknik & merchandising siap tempah.... InsyaAllah semua akan berjalan dengan lancar. Sama-sama menolong golongan susah. Masih ada diantara kita yang memerlukan bantuan.


Banner


Jika anda menyokong kempen 'up for charity' ini, boleh like di fan page FB group kami....SINI




macam biasa , iklan gambar tak berapa wajib untuk ditatap :P kunun nya nak cuba buat muka comel macam gadis-gadis lain. Ahaks!


P/S : Terima Kasih pada En Zamri kerana sudi sponser baju untuk sukarelawan sahaja. InsyaAllah ada untuk jualan seperti t-shirt , button & seangkatan dengannya nanti. Kemuncak kempen & TV program pada majlis konvokesyen politeknik perlis. Doakan kami semua ! Jangan lupa LIKE FAN PAGE KEMPEN KAMI! ^____^

No comments :

Post a Comment

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol