Angel Wing Heart

04 November 2011

Pengorbanan itu sangat berharga. Anda mesti hargai setiap pengorbanan itu.

Pernah dengar satu pengorbanan tak? atau pernah buat satu pengorbanan untuk orang yang tersayang? Kalau pernah, yes . Itu satu perkara yang amat bermakna untuk korang. Lagi 2hari kita & seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Kepada yang pergi Haji, Semoga mendapat Haji Makbur. InsyaAllah ^^

Entri kali ni, aku nak ceritakan pengorbanan2 yang pernah berlaku di sekeliling aku.. =) Masa aku sek men , hah biasalah aku pernah bercinta . (budak-budak jangan ikut perangai ni) tapi ni bukanlah cinta monyet. Sampai umur aku 20tahun aku still dengan dia lagi. Alhamdullilah . Berharap ini jodoh aku dengan dia. Masa tu, mak dia tengah koma di hospital. Tak sure sakit apa , dia pulak jaga mak dia kat hospital. Kesian sangat dengan dia masa tu. Aku pakat dengan kawan-kawan aku nak pergi ziarah mak dia kat hospital. Sampai kitaorang berdiri tegak tunggu bas. HAHA. Masa tu taklah panas sangat macam sekarang ni. Kitaorang pun pergi sana naik bas . Masa melawat , aku rasa sebak. Suasana memang pilu. Bacaan yasin kedengaran. Aku tengok mak dia dengan beroksigen semua. Tiba-tiba ajal dah menjemput. Suasana memang tragis, sampai doktor 'pam' untuk jantung berfungsi balik. Tapi Allah lebih sayangkan mak dia. Bagi aku, pergorbanan dia kat mak dia lebih bermakna daripada pengorbanan aku pergi melawat mak dia naik bas :') Bersabarlah sayang..

Kedua , pengorbanan ayah aku kat mak aku. Hanya orang yang tertentu sahaja yang akan faham cerita ini :') Ayah sanggup jaga mak sampai sekarang. Walaupun diuji seperti ni, ayah akan buat macam tak ada apa-apa masalah. Ayah jaga kitaorang. Ayah jaga mak. Ayah jaga family nya sendiri. Walaupun ada anak yang mengecewakan ayah, ayah tetap tabah. Aku tahu, dalam hati ayah ada tangisan walau diwajahnya tiada garisan kesedihan. Terima Kasih ayah atas pengorbananmu ini..:')

Pengorbanan mak yang melahirkan aku di dunia ini aku amat hargai. Yang bersusah payah menjaga aku walaupun dengan bantuan orang lain. Mak, selama wani di dunia ini, wani akan jaga mak & family kita sampai akhir hayat. Terima Kasih Mak!

Pergorbanan dia yang sabar melayan kerenah aku. Aku pernah berkawan dengan lelaki lain. Yes. Aku curang. Tapi dia tetap nak aku dan dia janji berubah tak akan abaikan aku walau macamana sekali pun. Aku tau dia busy dengan kerja dia dan aku sebagai stdnt kadang-kadang je busy. Aku macam tak memahami dia. Hurm. Tapi kalau dia busy sekali pun, aku nak 1hari tu , ada jugak lah msg dari dia. Bnda ni aku hargai sangat. Aku tau aku yang bersalah. Now, aku dah berbaik semula dengan dia & dia mula berubah,menjaga aku sehingga sekarang. Terima Kasih Sayang. (pls,jangan gelak.Baru nak jiwang.HAHA)

Pengorbanan seorang sahabat. Terima Kasih. Itu yang mampu aku ucapkan. Aku stdy di perlis. Jauh. Tiada saudara-mara dan sahabat aku ni lah yang menjaga aku. Melayan kerenah aku walaupun ada yang dia teremosi dengan aku. Aku tak bawa transpot kat sana. Aku menumpang motor dengan dia. (share-share duit minyak) Bagi aku, setiap persahabatan, mesti ada kekurangannya. Begitu juga dengan aku. Hargai sahabat anda walau sekecil mana pun nilai pengorbanan itu.

Buat masa ni, aku tak nampak lagi pengorbanan besar aku kpd orang-orang disekeliling aku. Tapi paling penting, pengorbanan kita terhadap Allah S.W.T semoga apa yang kita buat di dunia ini akan di ampunkan dosa , dilimpahi keberkatan , kebahagian & rezeki yang luas.

P/S : Dan kepada sesiapa yang pernah buat satu pengorbanan demi untuk aku, aku sangat-sangat hargainya. Terima Kasih tak terhingga!

2 comments :

Terima Kasih sudi membaca entri ini =)

 

Copyright 2016 © Syazwani Mazlan. Design by Ayu Barbydol