
PENGENALAN
Adansonia yang  biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai  lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di  Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree,  upside-down tree dan monkey bread tree.
Pokok dari spesis ini  boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter  7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province,  Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup  dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9  meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun  lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini.
Pada awal tahun  2008, peningkatan untuk memajukan baobab ; produk yang kaya dengan  nutrien itu bagi bahan mentah untuk produk pengguna.
KEGUNAAN POKOK BAOBAB: 
- SEBAGAI PENYIMPAN AIR
 
Pokok  Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti  membengkak itu (sehingga 120,000 liter!) untuk membantu memberi  kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu musim  terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.
- MAKANAN
 
Daun  Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika.  Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan; digelar kuka dan  selalunya dibuat sup.
Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat  lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi  kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang  dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau  dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya  digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya  yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk  membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi  buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah)  dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji  baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga  yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau dibakar untuk terus  digunakan atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran.
Pokok  Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak  mentah. Di Tanzania, bahan dari pokok ini dicampur ke dalam air tebu  bagi membantu proses penapaian untuk membuat arak. Isi buah baobab boleh  disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan  tetapi mestilah disimpan dalam bekas kedap udara.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Sejak  berabad lamanya, penduduk di seluruh benua Afrika telah menikmati  keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai mampu mengubati demam  panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.
Nama baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud buah dengan beberapa biji.
Buahnya mempunyai rasa masam seperti kulit limau. Ada pula yang mengatakan ia seperti jus buah-buahan.
Ia  kaya dengan khasiat. Itulah buah pokok baobab yang merupakan sejenis  pokok berbatang besar yang terdapat di Afrika. Buahnya boleh dimakan.  Namun, ia tidak kelihatan menyelerakan.
Bagaimanapun, firma-firma  Eropah tidak lama lagi mungkin akan menggunakan pulpa atau isi buah  tersebut sebagai perasa bagi coklat bijirin atau minuman selepas berjaya  memperoleh kelulusan Suruhanjaya Eropah sebagai makanan.
Keputusan pada Julai lalu telah meletakkan buah tersebut pada radar pembangunan produk terhadap pengeluar makanan.
Pakar  perniagaan dan pembangunan berharap perkara itu akan turut memberi  faedah kepada jutaan rakyat Afrika yang hidup dalam kemiskinan kepada  satu kehidupan yang lebih baik.
Laporan pada 2007 oleh Institut  Sumber Semula Jadi Britain menganggarkan bahawa di bahagian selatan  Afrika sahaja, penuaian pokok boabab boleh menjana pendapatan bernilai  lebih AS$1 bilion (RM3.52 bilion) setahun dan menggaji hampir 2.5 juta  pekerja.
“Potensinya amat besar. Kami yakin bahawa ia akan membawa  satu keuntungan kepada semua terutamanya pengeluar,” kata Dr. Lucy  Welford selaku pengurus pemasaran PhytoTrade Africa, sebuah organisasi  perniagaan yang berkempen untuk kebergantungan kepada penggunaan produk  asli Afrika.
Sejak berabad lamanya, penduduk di seluruh benua  Afrika telah menikmati keenakan dan kesegaran buah baobab. Ia dipercayai  mampu mengubati demam panas atau cirit-birit dan kaya dengan kalsium.
Adakalanya, kanak-kanak yang kelaparan akan menghisap isi buah baobab seperti snek.
“Saya  boleh katakan ia seperti buah anggur dan asam jawa sebagai sejenis  bahan perasa,” kata Welford yang menjangka buah baobab akan digunakan  buat kali pertamanya sebagai perasa jus buah dan coklat bijirin.
Selain itu, buah baobab juga boleh digunakan untuk membuat aiskrim, jem atau produk berasaskan roti dan kek.
PhytoTrade mula memohon kelulusan untuk menjadikan isi buah baobab sebagai bahan perasa pada tahun 2006.
Welford  berkata, kelulusan tersebut telah meningkatkan minat media dan syarikat  tertentu dan PhytoTrade telah bertemu dengan pengeluar dan pengilang  produk makanan di Britain untuk membincangkan potensi pasaran buah  tersebut.
PhytoTrade bekerja dengan sebuah firma di Afrika Selatan, Afriplex yang membekalkan isi dan ekstrak buah baobab.
Pakar  mengatakan pokok gergasi baobab yang berbentuk seperti botol dan  mempunyai dahan bercabang membawa identiti mistik tersendiri dan sejarah  yang bakal melariskan jualan produknya.
“Rasanya yang masam,  berkhasiat dan kaya dengan vitamin serta cerita menarik di sebalik pokok  baobab akan memberi nilai tambah terhadap produk yang dihasilkan  daripada buahnya kelak,” kata pakar ekonomi, Ben Bennet yang menulis  laporan untuk Institut Sumber Semula Jadi pada tahun 2007.
Mempunyai  pelbagai nama seperti Upside-down tree kerana bentuknya yang ganjil,  Bottle tree kerana kemampuannya menakung air atau Tree of life, pokok  baobab telah melalui satu proses semula jadi yang lama dan mengagumkan.
Nama  baobab dipercayai berasal daripada bahasa Arab, bu hibab yang bermaksud  buah dengan beberapa biji. Buah baobab telah dijual di pasar-pasar  sekitar Afrika Utara sejak abad ke-16.
Pokok itu biasanya boleh  hidup sehingga 500 tahun. Malah, ada juga yang dikatakan hidup sehingga  5,000 tahun dan menjadi simbol kebanggaan warga Afrika.
Di Senegal  contohnya, mayat ketua atau pemimpin sesuatu kaum akan ditanam di  pangkal pokok baobab sebagai penghormatan kepada mereka.
BUAH BAOBAB
Sebelum  lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab  untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah  pun mengetahui nilai istimewanya.
Sebuah syarikat di Itali, Baobab  Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk  daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi  buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan  dan produk kosmetik.
“Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia  mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di  Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. –  Reuters

Sumber: http://wannura.wordpress.com/2010/07/11/baobab-adansonia-pokok-masa-depan/ & Liyana Syafiqah :)



wOw.. pokok ni cantik jer,.. cam magical.. tingginyer ,,,,
ReplyDelete@nexx mmg cntik kan?? ishh..nak pelok pun susah kn? hahaha :p
ReplyDeletegebu
ReplyDeleterasa nak tanam satu belakang rumah
mcm rasa sunyi pula bila tengok pokok ni..tdk tahu kenapa..
ReplyDelete