
salah satu 'pemandangan indah' di hutan Aokigahara! Cara Biasa membunuh diri di hutan ini
Hutan Aokigahara. Hutan ini yang turut dikenali sebagai See of Trees terletak di Gunung Fuji, Jepun. Gunung Fuji sentiasa dikaitkan sebagai gunung paling suci  bagi rakyat Jepun.  Oleh yang demikian, ada di kalangan mereka  bertindak ‘mencabut nyawa’  masing-masing di sini. Mungkin bagi orang  Jepun, bunuh diri telah menjadi sebahagian daripada budaya mereka.  Masakan tidak, ketika WWII, ramai tentera jepun meninggal disebabkan  amalan Harakiri dan Kamekaze mereka.

Sanggupkah anda berkhemah di sini?

Salah seorang daripada mereka yang mengakhiri riwayat mereka di tali gantung buatan sendiri.
Hutan  Aokigahara telah menjadi tempat paling popular di Jepun untuk membunuh  diri. Pada 2002, 78 mayat ditemui dengan pelbagai keadaan. Ia meningkat  berbanding 73 mayat ditemui pada tahun 1998. Bagaimanapun, pada tahun  2003, sebanyak 100 mayat ditemui. Pada tahun berikutnya, kerajaan Jepun  tidak membenarkan hebahan jumlah mayat ditemui, bimbang ia akan menarik  minat lebih ramai orang lagi untuk membunuh diri. Ramai di kalangan  mereka memilih untuk mengantung diri dan tidak kurang daripada mereka  bertindak dengan meminum racun! Hutan yang sunyi dan bertemankan bunyi  cengkerik ini menjadi tempat paling sesuai bagi rakyat Jepun untuk  menamatkan riwayat mereka yang kononnya ia adalah sebuah tempat yang  suci.

Hanya tinggal rangka.
DIFILEMKAN
Pada  tahun 2010, Filem berjudul The Forest arahan Shan Serafin mengisahkan  roh yang membunuh diri di Aokigahara menghantui seorang model.
Lebih  awal sebelum itu, pada tahun 2004, filem Jyukai: See of Trees Behind  Mt. Fuji arahan Takimoto Tomoyuki yang  mengisahkan 4 sekawan membuat  keputusan gila untuk membunuh diri di Aokigahara. Tomoyuki memberitahu  media ketika satu temubual,, bahawa beliau menjumpai sebuah dompet yang  terisi dengan duit sebanyak 370,000 yen (3760 dollar Amerika) ketika  penggambaran di sini. Ia tidak berakhir di situ, beliau juga menemui  bermacam-macam barang seperti kad kredit, lesen memandu dan pas keretapi  yang beliau mempercayai adalah milik si pembunuh diri.

Mereka tidak sempat untuk 'mengemas' barang-barang mereka.
P/S : MAAF KALAU GAMBAR-GAMBAR DIATAS MENGERIKAN ANDA .
THANKS KPD LIYANA SYAFIQAH KERANA SUDI KONGSI ENTRI NI :)



tak pasal2 je hutan tu jadi berhantu.
ReplyDeleteok dah follow
jom tonton ulasan buku oleh penulisnya di
http://orderbookonline.blogspot.com/p/video-ulasan-penulis-buku.html
aaaaaaa...takutnye..huhu~ memang terlalu kamikaze la orang2 jepun nie..huhu~
ReplyDelete@syafie hehhee.. kalau berani , pi sama2 nak?? hahhaa .. ok, wani dtg singgah balik :)
ReplyDelete@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid hahaha.. tu la pasal.. byk dah kes bunuh diri ni...=_=
ReplyDeletedasyat!!! kat jepun tu xbunuh diri kene pulak tsunami..dugaan..:)
ReplyDelete@renjerkabloi mmg dasyat ! mungkin dugaan utk mereka. Waallahualam.
ReplyDelete